[ad_1]
Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 45-47
Pengajaran ayat 42 :
1. Allah memerintah kan hamba hambaNya supaya sentiasa berjalan dan mengambil pelajaran daripada apa yang berlaku kepada umat umat yang terdahulu.
2. Islam menggalakkan manusia membaca sejarah sejarah lama yang benar kerana dalam sejarah itu ada pengajaran untuk mereka yang datang kemudian.
3. Tidak ada sejarah dahulu yang berlaku yang benar benar shahih melainkan apa yang termaktub di dalam Al Quran dan hadis.
4. Sebab binasanya umat umat dahulu adalah kerana kesyirikan mereka kepada Allah dan mereka tidak percaya kepada hari akhirat.
5. Balasan Allah apabila menimpa sesuatu kaum dia akan menimpa kepada orang yang mensyirikkan Allah dan juga orang yang soleh.
6. Sekiranya orang yang beriman melakukan kerja dakwah dan mencegah kemungkaran, maka mereka akan diselamatkan oleh Allah daripada azab.
وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهۡلِكَ ٱلۡقُرَىٰ بِظُلۡمٖ وَأَهۡلُهَا مُصۡلِحُونَ
Dan Tuhanmu tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zhalim, selama penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan.
-Sura Hud, Ayat 117
Kalimah مُصۡلِحُونَ ialah orang yang memperbaiki diri dan berdakwah kepada orang lain.
Pengajaran ayat 43:
1. Wajib beriman dan beragama dengan satu agama sahaja iaitu agama Islam.
2. Haram berhukum dengan selain hukum yang diturunkan oleh Allah.
3. Pendidikan yang berkesan ialah ada unsur yang mendorong dan memberi amaran.
4. Manusia pada hari kiamat terbahagi kepada dua iaitu satu ke syurga dan satu ke neraka.
Pengajaran ayat 44 :
1. Kejahatan orang orang kafir dan orang orang yang berdosa tidak akan ditanggung oleh orang lain.
2. Semua amalan soleh yang dilakukan adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain maka perbanyakkan amal soleh kerana ia untuk kamu.
لِيَحۡمِلُوٓاْ أَوۡزَارَهُمۡ كَامِلَةٗ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَمِنۡ أَوۡزَارِ ٱلَّذِينَ يُضِلُّونَهُم بِغَيۡرِ عِلۡمٍۗ أَلَا سَآءَ مَا يَزِرُونَ
(ucapan mereka) menyebabkan mereka pada hari Kiamat memikul dosa-dosanya sendiri secara sempurna, dan sebagian dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikit pun (bahwa mereka disesatkan). Ingatlah, alangkah buruknya (dosa) yang mereka pikul itu.
-Sura An-Nahl, Ayat 25
وَءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلۡتُ مُصَدِّقٗا لِّمَا مَعَكُمۡ وَلَا تَكُونُوٓاْ أَوَّلَ كَافِرِۭ بِهِۦۖ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَٰتِي ثَمَنٗا قَلِيلٗا وَإِيَّٰيَ فَٱتَّقُونِ
Dan berimanlah kamu kepada apa (Al-Qur'an) yang telah Aku turunkan yang membenarkan apa (Taurat) yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya. Janganlah kamu jual ayat-ayat-Ku dengan harga murah, dan bertakwalah hanya kepada-Ku.
-Sura Al-Baqarah, Ayat 41
Allah jelaskan ada manusia akan memikul dosa dosanya sendiri dan apabila dia mencetuskan maksiat yang baharu lalu dia akan memikul dosa orang yang dia sesatkan. Bahkan dalam ayat 41 juga Allah tegaskan jangan jadi orang kafir yang pertama kerana kesannya akan dia tanggung kekafiran dosa orang seterusnya.
Tadabbur ayat 45 :
لِيَجۡزِيَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ مِن فَضۡلِهِۦٓۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡكَٰفِرِينَ
agar Allah memberi balasan (pahala) kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dari karunia-Nya. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang ingkar (kafir).
-Sura Ar-Rum, Ayat 45
Allah nyatakan bahawa Dia akan membalas kepada orang beriman yang melakukan kebajikan dengan فَضۡلِهِ kurniaanNya. Allah membalas kebaikan seseorang bukan kerana amalannya tetapi atas anugerah Allah.
Amalan yang soleh diukur atas dua perkara. Pertama ikhlas kerana Allah dan kedua mengikut petunjuk dari Nabi shallallahu a'laihi wasallam.
Kalimah لَا يُحِبُّ ٱلۡكَٰفِرِينَ bermaksud Allah tidak menyukai orang orang kafir. Tapi kenapa Allah beri orang yang Dia tidak suka dengan berbagai nikmat di dunia? Tetapi untuk orang beriman Dia beri musibah? Dalam hadis Nabi nyatakan dunia ini bagaikan tiada nilai di sisi Allah bahkan lebih tidak bernilai dari bangkai seekor kambing yang cacat.
Tadabbur ayat 46 :
وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَن يُرۡسِلَ ٱلرِّيَاحَ مُبَشِّرَٰتٖ وَلِيُذِيقَكُم مِّن رَّحۡمَتِهِۦ وَلِتَجۡرِيَ ٱلۡفُلۡكُ بِأَمۡرِهِۦ وَلِتَبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya adalah bahwa Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan agar kamu merasakan sebagian dari rahmat-Nya dan agar kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya dan (juga) agar kamu dapat mencari sebagian dari karunia-Nya, dan agar kamu bersyukur.
-Sura Ar-Rum, Ayat 46
Antara tanda tanda kebesaran Allah kirimkan ٱلرِّيَاحَ angin angin yang membawa nikmat/berita gembira. Kerana Allah nak kita وَلِيُذِيقَكُم merasakan sebahagian rahmatNya kepada kita. Antara rahmat Allah kepada kita melalui angin adalah menurunkan hujan. Sebab itu Rahmat di dalam ayat ini adalah makhluk (nikmat hujan dan lain-lain nikmat ciptaan Allah).
Lalu dengan angin itu Allah jadikan agar kapal di lautan berlayar dengan perintah-Nya. Sebab itu Allah ingin kita rasa semua ini rahmat Allah. Dengan rahmat Allah melalui angin menyebabkan kapal berlayar dan ramai pedagang dapat merentasi negara untuk berdagang. Semua ini tanda kebesaran Allah dan agar kita menjadi orang yang bersyukur.
Kalimah شكر Syukur bermaksud adalah taat kepada pemberi nikmat. Syukur ada tiga jenis. Pertama dengan hati, kedua dengan lidah, ketiga dengan anggota badan.
Syukur ini adalah setelah Allah beri nikmat. Lalu bagaimana syukur kepada Allah melalui hati?
Syukur melalui hati adalah kita hendaklah yakin sepenuhnya semua nikmat ini adalah anugerah dari Allah!
Kedua syukur dengan lidah adalah kita cakap apa yang terdetik di dalam hati iaitu kembalikan nikmat yang kita peroleh kepada Allah kerana semuanya adalah kurniaanNya.
Ketiga syukur dengan anggota badan adalah mentaati perintah Allah. Menggunakan fizikal kita untuk berbuat kebajikan dan beramal soleh. Orang yang terbaik bersyukur kepada Allah adalah Nabi Muhammad shallallahu a'laihi wasallam. Nabi beribadah kepada Allah sehingga bengkak kakinya mendirikan solat malam sedangkan nabi sudah dijamin syurga dan dihapuskan dosa lalu dan akan datang tetapi nabi tetap bersyukur dan sebab itu nabi adalah yang terbaik menunjukkan kesyukurannya kepada Allah.
Kelebihan bersyukur kepada Allah adalah Allah akan tambah nikmatNya kepada hambaNya. (Surah Ibrahim ayat 7)
Tadabbur ayat 47 :
وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ رُسُلًا إِلَىٰ قَوۡمِهِمۡ فَجَآءُوهُم بِٱلۡبَيِّنَٰتِ فَٱنتَقَمۡنَا مِنَ ٱلَّذِينَ أَجۡرَمُواْۖ وَكَانَ حَقًّا عَلَيۡنَا نَصۡرُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Dan sungguh, Kami telah mengutus sebelum engkau (Muhammad) beberapa orang rasul kepada kaumnya, mereka datang kepadanya dengan membawa keterangan-keterangan (yang cukup), lalu Kami melakukan pembalasan terhadap orang-orang yang berdosa. Dan merupakan hak Kami untuk menolong orang-orang yang beriman.
-Sura Ar-Rum, Ayat 47
Kalimah وَلَقَدۡ adalah penegasan kepada Demi Allah, pasti dan sesungguhnya.
Allah nyatakan dalam ayat di atas adalah Dia telah mengutuskan beberapa Rasul sebelum nabi Muhammad.
Beberapa tingkatan manusia, rujuk
Surah An Nisa ayat 69
1. Rasul
2. Nabi
3. Syuhada
4. Siddiqin
5. Shalihin
Allah jelaskan bahawa para Rasul datang membawa keterangan kepada kaumnya untuk kembali kepada Allah. Sebab itu ayat ini boleh difahami bahawa sebagai Pendakwah hendaklah keluar dan berdakwah kepada manusia.
Allah juga rakamkan dalam Al Quran seorang lelaki yang bukan nabi tetapi lelaki biasa yang datang ke bandar mengajak kaumnya ikut petunjuk Rasul.
وَجَآءَ مِنۡ أَقۡصَا ٱلۡمَدِينَةِ رَجُلٞ يَسۡعَىٰ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱتَّبِعُواْ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Dan datanglah dari ujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas dia berkata, “Wahai kaumku! Ikutilah utusan-utusan itu.
-Sura Ya-Seen, Ayat 20
Kemudian para Rasul mendatangi kaumnya membawa keterangan. Keterangan boleh dimaksudkan dengan mukjizat dan wahyu Allah.
Kalimah فَٱنتَقَمۡنَا adalah Allah membalas perancangan jahat orang orang yang berdosa.
Kalimah وَكَانَ حَقًّا عَلَيۡنَا dan bagi Allah adalah wajib ke atas Kami untuk menolong orang orang yang beriman. Bagaimana pula dengan semasa perang Uhud Nabi mengalami kekalahan? Kerana ada beberapa sahabat tidak taat kepada perintah Rasul pada ketika itu maka Allah timpa kan musibah.
إِنَّا لَنَنصُرُ رُسُلَنَا وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيَوۡمَ يَقُومُ ٱلۡأَشۡهَٰدُ
Sesungguhnya Kami akan menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari tampilnya para saksi (hari Kiamat),
-Sura Ghafir, Ayat 51
Kalimah إِنَّا bermaksud pada ayat ini juga Allah berjanji bahawa pasti sesungguhnya Allah akan menolong para Rasul dan orang orang beriman dalam kehidupan dunia.
Allahu'alam
[ad_2]
Sumber