ZIARAH & DAKWAH – (Musibah Sakit)



Kelebihan ziarah orang sakit.
Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mempereratkan lagi hubungan ukhuwwah sesama muslim dan silaturrahim sesama keluarga.
Amalan ziarah sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar pada masa sakit sahaja. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar,
sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw:
Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]

Sumber

Setiap Musibah Telah Tertulis di Lauh Mahfuz || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗠𝘂𝘀𝗶𝗯𝗮𝗵 𝗧𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗧𝗲𝗿𝘁𝘂𝗹𝗶𝘀 𝗱𝗶 𝗟𝗮𝘂𝗵 𝗠𝗮𝗵𝗳𝘂𝘇

Allah tidak membebankan setiap hambaNya melainkan sesuai dengan kadar kemampuan dirinya. Rahmat Allah kepada kita terlalu banyak, oleh itu tidak mungkin musibah yang menimpa kita tidak baik untuk kita.

Dengarkan tazkirah daripada Ustaz Abd Muein Abd Rahman agar kita tidak sentiasa bersedih apabila musibah hadir walau tidak dijemput.

Sila share tazkirah ini supaya lebih ramai mendapat manfaat dan marilah bersama mendidik masyarakat untuk lebih memahami kalam Allah yang agung.

Youtube : https://youtu.be/bzwbiltSRt0

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah6Minit
#TadabburAlQuran

Sumber

TIPS Menerima Musibah Dengan Redha || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



Musibah dan nikmat bagaikan silih berganti. Setiap manusia tidak akan terlepas dari ujian. Sama ada kita suka atau tidak suka kita perlu melaluinya apabila ianya datang walau tidak dijemput. Bagaimana pendirian kita sebagai seorang muslim dalam memahami hal ini? Jom kita dengar pencerahan dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman bagaimana cara berfikir orang beriman apabila berhadapan tengan musibah yang menimpanya.

Sila share agar lebih ramai mendapat manfaat dan bersama menanam saham akhirat.

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah4Minit
#TadabburAlQuran

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor