[ad_1]
AKU TAK KISAH!
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah berkata:
يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي ،
Wahai anak Adam. Selagi mana engkau berdoa dan mengharapan kepada Ku, nescaya Aku ampuni apa sahaja yang engkau lakukan, Aku tidak kisah.
يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي ،
Wahai anak Adam. Jika dosa mu melangit tinggi, kemudia engkau memohon keampunan Ku, Aku akan ampuni diri mu, Aku tidak kisah.
يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً "
Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada ku dengan dosa seluas bumi, dan engkau bertemu dengan Aku dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan datang kepada mu dengan seluas keampunan.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, hadis no: 3491, hasan gharib]
[ad_2]
Sumber