Pertubuhan Ghulam Al Dakwah

Gerak Kerja

‘Misi Dakwah’ merupakan nadi penggerak kepada Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor (GAD) yang telah bermula daripada Januari 2015 hinggalah ke hari ini. Matlamat utama GAD adalah bertujuan mendidik masyarakat untuk kembali memahami kandungan al-Quran dengan mentadabbur setiap ayat di dalamnya. Antara aktiviti dakwah GAD adalah seperti berikut: –

  • Kelas tadabbur Al-Quran online secara live oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman diadakan pada:
  • Setiap hari isnin dan jumaat bermula jam 10:00 pagi
  • Setiap hari isnin hingga jumaat bermula jam 9:15 malam
  • Kelas-kelas Al-Quran, aqidah dan fardhu ain untuk asnaf-asnaf (sasaran utama GAD) yang dikendalikan setiap hari oleh guru-guru Al-Quran GAD.
  • Kesemua kelas yang dikendalikan oleh GAD adalah percuma.
  • Agihan Al-Quran dan iqra’ secara percuma kepada golongan asnaf dan golongan sasar.
  • Agihan buku-buku poket cetakan GAD secara percuma kepada golongan asnaf dan golongan sasar.

Gerak kerja dakwah GAD bukan hanya tertumpu di dalam kelas-kelas sahaja, tetapi GAD mengembangkan dakwah melalui misi menziarahi asnaf-asnaf di seluruh Malaysia termasuk Sabah. Gerak kerja ini dibawah kendalian Unit Dakwah dan Kebajikan (UDKG) bergerak melalui wakil-wakil GAD yang berada di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan juga Jambi, Indonesia. Golongan sasar dakwah GAD adalah terdiri dari golongan berikut: –

  • Ibu tunggal
  • Keluarga miskin
  • Golongan remaja
  • Masyarakat setempat yang memerlukan bimbingan

 

UDKG akan menyantuni golongan sasar ini dengan bertanya khabar dan mendengar masalah mereka. Kemudian sedikit tazkirah akan diberi sebagai peringatan buat mereka dan team juga.

Bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas dan wang tunai akan diberi kepada asnaf yang telah dikenalpasti dan memang benar-benar memerlukan. Menawarkan kepada mereka kelas mengaji dan fardhu ain.

GAD menawarkan kelas pengajian seperti di bawah secara percuma.

  • tadabbur al quran online oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman mengikut jadual yang telah diatur.
  • Kelas-kelas Al-Quran, aqidah dan fardhu ain untuk asnaf-asnaf (sasaran utama GAD) yang dikendalikan setiap hari oleh guru-guru Al-Quran GAD.
  • Kursus solat untuk asnaf yang akan diatur mengikut keperluan asnaf

Tidak hanya tertumpu pada misi dakwah, GAD juga banyak membuat projek-projek seperti berikut: –

  • Membina semula surau-surau yang telah uzur
  • Membaikpulih surau-surau yang telah rosak
  • Membina jambatan yang merupakan laluan utama penduduk kampung
  • Membina jambatan yang merupakan laluan utama penduduk kampung untuk ke surau yang dibina oleh GAD
  • Membina semula rumah-rumah asnaf yang telah rosak
  • Membaikpulih rumah-rumah asnaf yang telah rosak
  • Membaiki balairaya yang akan digunakan untuk kelas-kelas pengajian asnaf
  • Membina telaga pada kampung-kampung yang telah dikenalpasti
  • Membina 2 buah madrasah di Kemboja
  • Membaikpulih bot guru al-Quran yang telah rosak

“Dan barangsiapa yang membantu kesusahan saudaranya, maka Allah akan membantunya”

Petikan Hadis

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor