[ad_1]
Alhamdulillah selesai misi khas bersama AJK GAD dengan kerjasama MADS di Sandakan, Sabah selama 2hari 2 malam dengan meneruskan kelas tadabbur Al Quran siri ke 3 di Sandakan, Sabah dan melihat projek naik taraf Surau Kg Melayu di Sandakan yang akan digunakan menjelang ramadhan nanti dan bagi mengadakan kelas al Quran dan iqra secara percuma kepada penduduk sekitar dibawah Tajaan GAD.
Perjalanan semalam antara rehlah yang sangat memenatkan kerana kami terpaksa balik hari dari Sandakan menuju ke Pulau Jambongan yang jaraknya hampir 300km dengan menaiki kereta selama 4jam pergi dan 1jam30min menaiki bot kecil dan kami tiba semula di Sandakan sekitar jam 8malam dan seterusnya kami memenuhi jemputan dari klinik As Syifa dengan mengadakan kelas ringkas tadabbur al Quran oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman.
Kepenatan fizikal yang dilalui semalam tidak habis lagi dan hari ni kami meneruskan misi khas ke Semporna untuk memantau setiap kelas iqra, Al Quran dan membaca yang dikendalikan oleh guru2 tajaan GAD dan melihat beberapa projek antaranya membina semula tandas dan tempat wudhu yang telah roboh di Surau Kg Halo dan membaiki perigi yang tersumbat di Pulau Maiga.
Doakan keselamatan perjalanan kami…
[ad_2]
Sumber