[ad_1]
Assalamualaikum
Bila masuk Maghrib hari Rabu bermula lah malam ganjil sepuluh akhir Ramadhan….
Tumpukan kpd 7 point penting ini:
1. Perbanyakkan berdoa
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
2. Ingat selalu bahawa malam alQadr nilainya menyamai ibadat 83 thn.
3.Tidak terdapat dalil yg putus(tepat) yang menyatakan malam alQadr ialah malam ke 27 (ia hanya dinyatakan terdapat pada malam- malam yang ganjil)
4. Kalangan ahli ilmu bersepakat bahawa malam alQadr sentiasa bertukar, contohnya;
tahun ini malam 21, tahun lepas malam 29 …begitulah seterusnya
5.Jangan sibukkan diri kita dengan persoalan bilakah malam alQadr tetapi sibukkan diri dengan melipatgandakan ibadat pada 10 malam terakhir ini…penat dan letihkanlah diri kita dgn ibadat moga-moga detik malam alQadr itu menyapa (pada saat kita dalam kekhusyukan beribadat pada Allah)…anggaplah 10 malam akhir ini adalah 10 malam terakhir kita di dunia ini
6. Sekiranya kita mensia-siakan Ramadhan pada awal-awal dan pertengahannya kita masih mempunyai peluang menggantinya, jangan lepas dan sia-siakan lagi…kata Ibn Taimiah (rahimahullah) : "Sesuatu dikira pada pengakhirannya yg sempurna, bukan dikira pada permulaannya yg tidak elok"
7.Tinggal dan tutuplah tv, internet sekurang-kurangnya daripada waktu Maghrib hingga Subuh…bahagikan waktu kita kepada pelbagai bentuk ibadat…solatlah..jika letih solat, bacalah alQuran,..penat baca alQuran, berzikirlah,…penat berzikir, berdoalah…apabila menghampiri Fajar, beristighfarlah…Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat hambaNya)
PENAT DAN LETIHKANLAH DIRI KITA SEPANJANG 10 MLM AKHIR INI
Orang yg rugi ialah orang yang mensia-siakan pencarian malam alQadr…malam keuntungan…malam kemenangan…
Sesungguhnya amalan didasarkan kpd pengakhirannya….sekiranya anda tidak memberikan sambutan yg baik (kpd Ramadhan) pd saat ketibaannya…maka, alangkah beruntungnya jika anda menghantarnya pulang dgn sebaik² ucapan selamat tinggal…
Moga Ramadhan mengunjungi kita lagi pada tahun hadapan🤲🏻🤲🏻
[ad_2]
Sumber