Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor membuka tabung infaq kebajikan bagi memudahkan pihak kami membantu golongan yang memerlukan mengikut keperluan semasa.
Selain daripada itu, tabung ini juga akan digunakan untuk menampung segala kos pengurusan berkaitan aktiviti dakwah dan kebajikan yang dijalankan oleh pihak GAD sepanjang tahun. Seperti kos sepanjang perjalanan misi dakwah bulanan GAD di Sabah termasuk kos makan minum, pengangkutan, penginapan, membeli Al Quran terjemahan, mencetak Buku-buku poket keluaran GAD untuk tujuan dakwah dan segala kos lain yang diperlukan untuk membawa peserta/para daie bagi tujuan misi dakwah dan kebajikan.
Secara mudah, tabung ini akan menjadi tabung kegunaan pelbagai bagi tujuan dakwah dan kebajikan yang dijalankan oleh GAD di atas kelulusan dan persetujuan bersama AJK GAD yang dilantik. Semoga segala sumbangan tuan/puan/Dato/Datin demi melicinkan pergerakan usaha dakwah dan kebajikan GAD menjadi pahala kebajikan yang berkekalan selagi usaha dakwah ini terus berjalan.
Firman Allah.
وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
“Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rizki yang terbaik” [Surah Saba’ 34 : 39]
dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
مَا مِنْ يَومٍ يُصْبِخُ الْعِبَادُ فِيْهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ، فَيَقُوْلُ أَحَدُهُمَا : اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُوْلُ اْلآخَرُ : اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
“ Tidaklah para hamba berada di pagi hari kecuali di dalamnya terdapat dua malaikat yang turun. Salah satunya berdo’a, ‘Ya Allah, berikanlah kepada orang yang berinfak ganti (dari apa yang ia infakkan)’. Sedang yang lain berkata, ‘Ya Allah, berikanlah kepada orang yang menahan (hartanya) kebinasaan (hartanya)”
[Shahihul Bukhari, Kitab Az-Zakah, Bab Firman Allah Tentang Do’a : Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang menginfakkan hartanya’ no. 1442, 3/304]
Salurkan infaq anda melalui link berikut :
https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/
Sumber