[ad_1]
JEJAK ASNAF SIRI 3.0 PERTUBUHAN GHULAM AL DAKWAH SELANGOR
Tarikh : 25 Mei 2019
Lokasi : PPRT Lembah Subang
Program jejak Asnaf siri ke tiga anjuran Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor yang diketuai oleh Saudara Nik dari Unit Kebajikan GAD telah berjaya menyantuni 16 buah keluarga Asnaf di PPRT Lembah Subang. Rata-rata penduduk di sana adalah dari kalangan golongan berpendapatan rendah dan beberapa keluarga yang kami ziarah kebanyakannya mempunyai masalah kewangan untuk menampung kehidupan seharian dengan bebanan kos kehidupan yang agak tinggi di tengah bandar.
Mereka boleh dikatakan antara golongan miskin bandar, walau duduknya di tengah bandar tetapi kehidupan segelintir besar dari mereka bagaikan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang kerana tiada punca pendapatan yang tetap. Mungkin kita sangka dengan wujudnya perumahan PPRT seperti itu mereka banyak menerima bantuan kerajaan tetapi ada yang kita tidak tahu kemungkinan sewa rumah yang kadar hanya RM124 sebulan pun belum tentu mereka mampu bayar!
Jika tidak kita sebagai saudara seagama untuk membantu, siapa lagi? Program kita bukan sekadar program berkebajikan, namun yang utama adalah menyampaikan mesej dakwah walaupun hanya sekadar satu ayat/pesanan !
Jom sertai kami ke program jejak asnaf pada siri siri seterusnya untuk membantu mereka keluar dari kesusahan di dunia yang sementara dan yang utama membantu diri kita untuk membina saham akhirat bersama!
Anda hulur, kami sampaikan!
===================
Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :
https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/
#JejakAsnafSiri3GAD
#GhulamAlDakwah
[ad_2]
Sumber