[ad_1]

Perkembangan Kelas Mengaji Al Quran & Kelas Membaca di Semporna

Di antara usaha utama pihak Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor (GAD) yang diterajui oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman ialah dengan menjalankan aktiviti kebajikan dan dakwah di Semporna Sabah dengan menganjurkan kelas pengajian Al Quran yang bermula dari Iqra dan kelas membaca bagi kanak kanak buta huruf yang tidak bersekolah secara PERCUMA!

Selari dengan objektif GAD untuk menyampaikan mesej dakwah di kawasan pedalaman, maka usaha yang dijalankan ini yang bermula sejak Apr 2017 sehingga kini pertengahan tahun 2019 alhamdulillah secara keseluruhannya semakin menampakkan hasil sebagaimana benih yang mula bercambah untuk menjadi anak pokok. Begitulah perumpamaan yang dapat kami gambarkan permulaan usaha dakwah di Semporna yang disemaikan dengan mewujudkan beberapa kelas pengajian iqra di Kg Bangau Bangau dan di Kg Halo. Kemudian apabila semakin ramai kanak kanak yang mendaftar dan gerakan dakwah semakin berkembang maka dibuka pula beberapa kelas di tempat lain seperti Kg Labuan Haji, Kg Pinggir Bakau, Kg Panji dan di Pulau Maiga.

Bermula dengan 4 orang guru terawal yang dipilih berdasarkan kelayakan mengajar iqra sahaja (jika hendak diukur dengan kelayakan akademik, mungkin usaha dakwah ini tak akan dapat dimulakan kerana sebahagian guru yang dipilih dari kalangan penduduk kampung tersebut dan tidak berpendidikan tinggi) dan sehingga kini pihak GAD telah menaja 14 orang guru semuanya yang dibayar elaun setiap hujung bulan.

Jika ditanya berapa jumlah elaun yang dibayar? Mereka semua ini dibayar dengan kadar Rm350 sebulan bagi satu kelas untuk 4 sesi mengajar setiap minggu (2jam setiap sesi untuk sehari) dan sekiranya ada yang mampu mengadakan kelas lain maka jumlah elaun yang sama dan syarat yang sama diberikan. Jumlah keseluruhan komitmen GAD bagi menampung tajaan elaun guru iqra/alquran dan membaca hampir mencecah Rm7000 di Semporna.

Alhamdulillah walaupun usaha ini tidak lah terlalu besar namun secara keseluruhan kami berpuas hati dengan impak yang ada dan sekurang kurangnya ada juga usaha dakwah yang telah dilakukan bagi memastikan risalah Islam telah sampai kepada mereka nun jauh di pedalaman yang di darat mahupun di lautan.

Apa hasilnya??? …
Anda boleh tonton sendiri klip video yang telah kami rangkumkan. Semoga semua usaha ini menjadi bekalan saham akhirat bersama.

Youtube : https://youtu.be/GzBms6KF1Jo

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian pasukan dakwah GAD, ayuh menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan ianya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua. Anda hulur, kami sampaikan!
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

#KelasAlQuranDanMembacaSemporna
#GhulamAlDakwah

[fb_vid id=”photo_id”:”342092349774665″”][fb_vid id=”342092349774665″]
[ad_2]

Sumber