[ad_1]
NOTIS GAD
Assalamualaikum. Minggu hadapan insha Allah GAD akan mengadakan misi khas ke Semporna, Sabah yang diketuai oleh Ustaz Abd Muein bersama barisan AJK GAD pada 28-30 OGOS 2020 (Jumaat-Ahad).
Oleh yang demikian pihak GAD ingin membuka peluang infaq PAKAIAN BARU ATAU TERPAKAI YANG MASIH ELOK SAMA ADA PAKAIAN DEWASA LELAKI/PEREMPUAN/KANAK-KANAK.
Pakaian yang diberi hendaklah di asingkan dalam plastik/kotak mengikut kategori berikut (lelaki dewasa/perempuan dewasa/kanak-kanak lelaki/kanak-kanak perempuan).
Pakaian terpakai hendaklah mengikut kriteria berikut :
– warna pakaian tidak terlalu luntur atau sudah berbulu atau kekuningan.
– tidak terkoyak atau berlubang.
– tidak berbau busuk atau hapak.
– pakaian yang tidak terlalu fesyen.
Pakaian boleh diserahkan terus di Pejabat GAD (Alamat sila taip nama Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor di Google maps) atau jika sekitar lembah Klang boleh hubungi saya untuk pickup di mana-mana lokasi berhampiran (Sila CALL/WHATSAPP Diha 017-414 5474).
Tarikh serahan selewatnya pada 26 Ogos 2020 (Rabu sebelum jam 7pm). Harap maklum, Jazakumullahu khayran.
[ad_2]
Sumber