[ad_1]
Sesi terakhir adalah serahan sebuah Pendrive OTG 64Gb kepada semua guru Tajaan GAD. Ini adalah sebagai salah satu alat bantu pembelajaran untuk guru-guru yang boleh mereka manfaatkan sebaiknya.
Kami memuatkan siri Tadabbur Al Quran dalam bentuk rakaman video yang telah disampaikan oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman. Merupakan salah satu modul untuk para guru mentelaah, memahami, mengamalkan dan seterusnya menyampaikan pula kepada anak didik mereka di sana.
Bagi fasa pertama mereka perlu menghabiskan beberapa surah berikut :
๐ฅ Surah Al Fatihah
๐ฅ Himpunan Juz Amma bermula Surah An Naba' sehingga Surah An Nas (37 surah)
Insha Allah inilah tujuan kemuncak kami untuk menjadikan para guru ini sebagai model daie yang mampu membentuk dan melahirkan anak didik mereka berpandukan AL Quran dan As Sunnah selari dengan tujuan perjalanan kehidupan kita di atas muka bumi ini. Semoga semua usaha kecil ini menjadikan ia sebagai amal soleh yang berkekalan sebagaimana Nabi mengingatkan kita 3 amalan yang akan mengiringi kita apabila kematian menjemput dan salah satunya adalah ilmu yang bermanfaat yang disampaikan dan diamalkan serta sedekah jariah yang terus menerus manfaatnya.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu โanhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu โalaihi wa sallam bersabda,
ุฅูุฐูุง ู ูุงุชู ุงููุฅูููุณูุงูู ุงููููุทูุนู ุนูู ููููู ุฅููููุง ู ููู ุซูููุงุซูุฉู ู ููู ุตูุฏูููุฉู ุฌูุงุฑูููุฉู ููุนูููู ู ููููุชูููุนู ุจููู ููููููุฏู ุตูุงููุญู ููุฏูุนูู ูููู
โJika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doโa anak yang sholehโ (HR. Muslim no. 1631)
————
Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian pasukan ini, jom menyumbang kepada gerak kerja ini walau sedikit demi memastikan usaha dakwah ini terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :
https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/
.
#MisiKhasSempornaSandakanApr2019
#GhulamAlDakwah
[ad_2]
Sumber