[ad_1]

Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 14 – 18

Pengajaran ayat 12 dan 13 :
1. Hari kiamat adalah satu kepastian yang mesti berlaku.
2. Orang orang yang mensyirikkan Allah apabila berlaku kiamat mereka akan terdiam dan berputus asa daripada rahmat Allah.
3. Apa sahaja yang disembah selain daripada Allah sedikit pun tidak akan memberi manfaat walaupun dalam keadaan yang sangat diperlukan pertolongannya.

Tadabbur ayat 14

وَيَوۡمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ يَوۡمَئِذٖ يَتَفَرَّقُونَ

Dan pada hari (ketika) terjadi Kiamat, pada hari itu manusia terpecah-pecah (dalam kelompok).
-Sura Ar-Rum, Ayat 14

Apabila berlakunya hari kiamat manusia akan berpecah. Sama ada ayah dengan anak ataupun suami dengan isteri atau ibu dengan anak. Yang akan bersatu hanyalah orang yang beriman. Sebenarnya di dunia lagi orang beriman sudah berpisah dengan orang kufur kepada Allah walaupun ahli keluarga sendiri. Rujuk kisah nabi Nuh.

وَنَادَىٰ نُوحٞ رَّبَّهُۥ فَقَالَ رَبِّ إِنَّ ٱبۡنِي مِنۡ أَهۡلِي وَإِنَّ وَعۡدَكَ ٱلۡحَقُّ وَأَنتَ أَحۡكَمُ ٱلۡحَٰكِمِينَ

Dan Nuh memohon kepada Tuhannya sambil berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku adalah termasuk keluargaku, dan janji-Mu itu pasti benar. Engkau adalah hakim yang paling adil.”
-Sura Hud, Ayat 45

قَالَ يَٰنُوحُ إِنَّهُۥ لَيۡسَ مِنۡ أَهۡلِكَۖ إِنَّهُۥ عَمَلٌ غَيۡرُ صَٰلِحٖۖ فَلَا تَسۡـَٔلۡنِ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۖ إِنِّيٓ أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ ٱلۡجَٰهِلِينَ

Dia (Allah) berfirman, “Wahai Nuh! Sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu, karena perbuatannya sungguh tidak baik, sebab itu jangan engkau memohon kepada-Ku sesuatu yang tidak engkau ketahui (hakikatnya). Aku menasihatimu agar (engkau) tidak termasuk orang yang bodoh.
Surah Hud ayat 46

Nabi Nuh memohon agar Allah selamatkan anaknya yang dikatakan keluarganya berdasarkan keturunannya Tetapi Allah katakan bahawa anaknya bukanlah dari ahli keluarganya kerana anaknya tidak beramal soleh. Kenapa Allah tidak sebut anaknya tidak beriman? Kerana semua orang boleh katakan dirinya beriman (sebagaimana musyrikin quraisy juga kata mereka beriman tetapi perbuatan mereka tidak beriman) tetapi hanya dengan amal soleh sahaja sebenarnya orang yang beriman. Allah ingin jelaskan ikatan yang paling kuat adalah ikatan akidah bukannya ikatan kekeluargaan.

Allah sebut dalam ayat lain apabila berlakunya kiamat semua akan berpecah. Pada hari itu suami lari dari isteri, Ayah lari dari anaknya.

يَوۡمَ يَفِرُّ ٱلۡمَرۡءُ مِنۡ أَخِيهِ

pada hari itu manusia lari dari saudaranya,
-Sura 'Abasa, Ayat 34

وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ

dan dari ibu dan bapaknya,
-Sura 'Abasa, Ayat 35

وَصَٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ

dan dari istri dan anak-anaknya.
-Sura 'Abasa, Ayat 36

فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَهُمۡ فِي رَوۡضَةٖ يُحۡبَرُونَ

Maka adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, maka mereka di dalam taman (surga) bergembira.
-Sura Ar-Rum, Ayat 15

Golongan yang diterima amal soleh mereka adalah orang yang ikhlas dan mengikut petunjuk nabi shallallahu a'laihi wasallam. Adapun orang yang bawa amal solehnya banyak di akhirat Tetapi bagaikan debu.

وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٖ فَجَعَلۡنَٰهُ هَبَآءٗ مَّنثُورًا

Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan.
-Sura Al-Furqan, Ayat 23

Kenapa Allah jadikan amal soleh bagaikan debu tidak jadikan dalam bentuk lain seperti gula? Kerana Allah nak jelaskan tidak ada nilai dan betapa kecewanya orang yang hadir pada hari akhirat bawa amal soleh tetapi akhirnya semua menjadi debu tidak ada nilai.

Nabi kata mereka ini adalah kulit mereka sama dengan kamu, solat mereka sama dengan kamu, puasa mereka sama dengan kamu. Orang seperti ini adalah tidak bertaqwa kerana apabila jumpa benda haram mereka tetap lakukan.

Dalam hadis shahih ketika mi'raj nabi berjumpa nabi Ibrahim. Pesannya kepada umat nabi Muhammad. Di syurga banyak tanah lapang dan tanamannya adalah zikir kepada Allah. Subhanallah wa bihamdihi.

Di syurga nanti orang beriman akan sentiasa di gembira kan (يُحۡبَرُونَ).

وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا وَلِقَآيِٕ ٱلۡأٓخِرَةِ فَأُوْلَٰٓئِكَ فِي ٱلۡعَذَابِ مُحۡضَرُونَ

Dan adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami serta (mendustakan) pertemuan hari akhirat, maka mereka tetap berada di dalam azab (neraka).
-Sura Ar-Rum, Ayat 16

Golongan lain pula adalah orang kafir yang mendustakan ayat ayat Allah. Contoh apabila datangnya tsunami lalu mereka katakan ini adalah fenomena alam. Mereka mendustakan ayat ayat Allah.

Mereka juga tidak percaya kepada perjumpaan pada hari akhirat. Maka mereka itu semuanya di dalam azab. Allah jelaskan مُحۡضَرُونَ adalah mereka di hadirkan walau secara paksa.

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَيَشۡتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنٗا قَلِيلًا أُوْلَٰٓئِكَ مَا يَأۡكُلُونَ فِي بُطُونِهِمۡ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, yaitu Kitab, dan menjualnya dengan harga murah, mereka hanya menelan api neraka ke dalam perutnya, dan Allah tidak akan menyapa mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan menyucikan mereka. Mereka akan mendapat azab yang sangat pedih.
-Sura Al-Baqarah, Ayat 174

أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلضَّلَٰلَةَ بِٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡعَذَابَ بِٱلۡمَغۡفِرَةِۚ فَمَآ أَصۡبَرَهُمۡ عَلَى ٱلنَّارِ

Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan azab dengan ampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!
-Sura Al-Baqarah, Ayat 175

Orang orang yang menyembunyikan apa yang terkandung dalam kitab. Kata Syeikh Shalih Utsaimin ada dua golongan iaitu mereka tidak mencegah apabila adanya kemungkaran dan kedua mereka tidak menyampaikan ilmu yang mereka pelajari untuk manfaat masyarakat. Mereka tidak menyampaikan ilmu itu kerana mereka menjadikan dunia lebih berharga sedangkan dunia tidak ada nilai di sisi Allah.

Sebab itu Allah beri semua kesenangan kepada orang kafir di dunia tetapi Allah tidak berikan kepada Nabi kerana Allah telah sediakan akhirat untuk nabi kerana jauh lebih baik. Maka janganlah menangis jika terlepas dunia tetapi menangis lah jika terlepas akhirat. Kisah nabi pergi ke pasar dan terjumpa bangkai anak kambing yang cacat dan nabi ingin berikan percuma kepada sahabat sahabatnya. Lalu kata sahabatnya tidak ada seorang inginkan kerana itu bangkai bahkan cacat. Lalu Nabi katakan begitulah dunia yang tidak ada nilai.

Dalam ayat 175 surah al baqarah kenapa Allah katakan mereka beli kesesatan dengan petunjuk? Allah ingin jelaskan itulah jual beli yang paling rugi kerana kebodohan mereka. Kenapa Allah kata mereka berani menentang api neraka? Kerana Allah ingin perli mereka dan perbuatan mereka sebenarnya menyebabkan mereka terjerumus ke dalam api neraka.

فَسُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ حِينَ تُمۡسُونَ وَحِينَ تُصۡبِحُونَ

Maka bertasbihlah kepada Allah pada petang hari dan pada pagi hari (waktu subuh),
-Sura Ar-Rum, Ayat 17

وَلَهُ ٱلۡحَمۡدُ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَعَشِيّٗا وَحِينَ تُظۡهِرُونَ

dan segala puji bagi-Nya baik di langit, di bumi, pada malam hari dan pada waktu zuhur (tengah hari).
-Sura Ar-Rum, Ayat 18

Allah ingin jelaskan bahawa dirikan lah solat 5 waktu. Allah sebut waktu waktu sekian adalah merujuk kepada solat. Kerana zikir yang paling utama adalah solat dan mensucikan Allah ketika solat adalah pada ketika sujud dan ruku'.

أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِدُلُوكِ ٱلشَّمۡسِ إِلَىٰ غَسَقِ ٱلَّيۡلِ وَقُرۡءَانَ ٱلۡفَجۡرِۖ إِنَّ قُرۡءَانَ ٱلۡفَجۡرِ كَانَ مَشۡهُودٗا

Laksanakanlah shalat sejak matahari tergelincir sampai gelapnya malam dan (laksanakan pula shalat) Subuh. Sungguh, shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
-Sura Al-Isra', Ayat 78

Ayat ini jelas Allah memberi perintah untuk mendirikan solat. Kenapa Allah sebut وَقُرۡءَانَ pada waktu fajr? Kerana Nabi ketika solat subuh bacaannya terlalu panjang.

Kenapa Allah sebut berasingan 4 waktu solat yang bermula zohor, asar, Maghrib dan Isya (laksanakan solat bermula tergelincir matahari sehingga malam) Tetapi subuh disebut berasingan? Kerana pada waktu fajr ada keistimewaan dan termasuk dalam solat malam.

Kalimah Alhamdulillah ٱلۡحَمۡدُ dalam ayat di atas adalah Allah ingin jelaskan pujilah Dia pada bila bila masa baik pada waktu senang mahu pun susah. Pujilah Allah walaupun ketika mendapat musibah.

Allahu'alam.

[ad_2]

Sumber