[ad_1]
Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 19-21
Pengajaran ayat 14, 15 dan 16 :
1. Hari kiamat pasti akan berlaku tanpa keraguan.
2. Apabila berlaku kiamat manusia akan terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka.
3. Apabila berlaku kiamat orang beriman berpisah daripada orang tidak beriman walaupun anak mereka atau pun bapa mereka.
4. Balasan bagi orang yang beriman ialah sentiasa di gembira kan di taman taman syurga untuk selama lamanya.
5. Bukti kepada keimanan seseorang ialah amal soleh dan setiap amalan tidak akan menjadi soleh sehinggalah menepati dua syarat dilakukan ikhlas kerana Allah dan selari dengan Sunnah nabi shallallahu a'laihi wasallam.
6. Syurga dipenuhi dengan perkara perkara yang menggembirakan dan tidak ada sedikit pun yang menyedihkan atau merisaukan.
7. Kekufuran adalah punca utama manusia dimasukkan ke dalam neraka.
8. Orang orang yang kufur dan mendustakan hari akhirat akan dibawa ke neraka secara paksa.
Pengajaran ayat 17 dan 18 :
1. Rahmat Allah kepada hamba hambaNya di mana Allah mengajar hamba hambaNya cara untuk mentaatiNya dan waktunya.
2. Solat adalah tasbih atau mensucikan Allah daripada segala kekurangan dan keaiban.
3. Wajib mensucikan Allah di dalam solat khususnya ketika rukuk dan sujud.
4. Hikmah Allah membahagikan solat kepada 5 waktu yang berbeza supaya manusia sepanjang hari sentiasa berzikir dan mentaatiNya.
5. Allah sahaja yang patut dipuji secara mutlak.
6. Allah juga wajib dipuji dalam semua keadaan sama ada mendapat nikmat ataupun musibah.
7. Semua yang berlaku di atas muka bumi sama ada baik ataupun buruk maka Allah patut dan berhak dipuji.
Apa hukum kita berbual kosong selama satu jam?
Berdosa atau tak?
Berdosa! Apa doa yang nabi ajar selepas keluar tandas?
Istighfar! Nabi ajar baca غفرانك (ampunkan aku). Apa maksud? Adakah kita bersembang dalam tandas? Tidak! Sebenarnya nabi nak beri isyarat bahawa apabila kita tidak berzikir kepada Allah walau sesaat adalah berdosa. Sebab tu nabi ajar kita untuk melazimi istighfar setiap hari.
Tadabbur ayat 19
يُخۡرِجُ ٱلۡحَيَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَيُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَيِّ وَيُحۡيِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَاۚ وَكَذَٰلِكَ تُخۡرَجُونَ
Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi setelah mati (kering). Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur).
-Sura Ar-Rum, Ayat 19
Apa yang Allah ingin jelaskan? Jika ayat sebelum ini Allah perintah kita puji Allah maka di sini Allah ingin buktikan bahawa Dia maha berkuasa untuk menghidupkan dan mematikan. Sebab itu kita kena solat dan sentiasa berzikir kepadaNya setiap masa. Kemudian Allah juga mengeluarkan yang hidup dari mati. Adakah Allah perlukan penolong atau pun pembantu? Tidak! Betapa hebatnya Allah dan sebab itu ini adalah salah satu tanda kebesaran Allah yang tidak dapat dilakukan oleh sesiapa.
Apa kata namrud kepada Ibrahim? Siapa Tuhan kamu? Lalu Ibrahim kata Tuhan aku yang menghidupkan dan mematikan. Kemudian Namrud bawa 2 orang dan dia bunuh seorang dan seorang dia biarkan hidup. Ini menunjukkan kebodohan Namrud kerana Allah menghidup dan mematikan dari tiada apa apa. Kata Ibrahim kepada Namrud, Tuhan aku menerbitkan matahari dari timur dan menenggelamkan di barat. Jawapan Ibrahim terlalu hebat menyebabkan Namrud tercengang bersama pembesarnya.
أَوَمَن كَانَ مَيۡتٗا فَأَحۡيَيۡنَٰهُ وَجَعَلۡنَا لَهُۥ نُورٗا يَمۡشِي بِهِۦ فِي ٱلنَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُۥ فِي ٱلظُّلُمَٰتِ لَيۡسَ بِخَارِجٖ مِّنۡهَاۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلۡكَٰفِرِينَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
Dan apakah orang yang sudah mati lalu Kami hidupkan dan Kami beri dia cahaya yang membuatnya dapat berjalan di tengah-tengah orang banyak, sama dengan orang yang berada dalam kegelapan, sehingga dia tidak dapat keluar dari sana? Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang kafir terhadap apa yang mereka kerjakan.
-Sura Al-An'am, Ayat 122
Ayat ini menjelaskan yang dimaksudkan mati itu adalah hatinya. Apa kaitan ayat ini dengan ayat 19 surah Ar Rum? Allah nak jelaskan bahawa apabila hati yang mati ibarat bumi yang kering dan tandus telah mati. Jika bumi pun Allah mampu hidupkan maka jangan berputus asa dari rahmat Allah kerana Allah boleh menghidupkan semula hati yang mati. Dengan syarat kembali kepada Allah dengan mendekatkan diri kepada Allah dan Tadabbur Al Quran serta mengamalkan ajaran Al Quran.
وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٖ ثُمَّ إِذَآ أَنتُم بَشَرٞ تَنتَشِرُونَ
Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak.
-Sura Ar-Rum, Ayat 20
Allah ingin jelaskan disini asal kejadian manusia yang bermula dari penciptaan Nabi Adam dari tanah lalu dari asal kejadian itulah manusia mula berkembang biak.
Kenapa kita tidak berfikir kebesaran Allah melalui penciptaan kejadian diri kita sendiri yang asal dari tanah kemudian dari setetes air mani dan menjadi manusia sempurna mampu bercakap, berjalan, melihat, mendengar dan dengan akal mampu berfikir untuk mencipta alat seperti telefon, kapal terbang sehingga memberi kemudahan untuk kehidupan di dunia. Kenapa kita tidak fikir semua ini menunjukkan kebesaran dan kehebatan Allah!
وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.
-Sura Ar-Rum, Ayat 21
Tanda kebesaran Allah apa sahaja yang ada di bumi dan di langit semua menjadi tanda kebesaran Allah.
Allah mencipta pasangan pasangan dari jenis kamu dan supaya kamu tenang dengannya. Itulah kebesaran Allah! Adakah kita mampu tenang jika Allah cipta pasangan kita dari jenis haiwan seperti kucing, harimau adakah kita mampu tenteram?! Subhanallah itu semua tanda kebesaran Allah dan kasih sayang Allah kepada kita yang wajar kita fikir dan insaf.
Allah juga nak jelaskan kenapa ciptaan pasangan kita dari kalangan kita supaya kita tenteram dengannya menunjukkan bahawa kaum lelaki tidak mampu tenang tanpa kaum wanita. Sebab itu tujuan perkahwinan adalah mencari ketenangan bersama.
Apa maksud مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ
Ada pendapat mengatakan kasih sayang isteri kepada suami dan kasih sayang suami kepada isteri. Kenapa disebut Mawaddah dahulu kemudian Rahmah? Kerana perlu hadir kasih sayang dahulu dan rahmat Allah akan hadir kepada kita. Kenapa ada pasangan yang lain bangsa lain keturunan lain warna kulit Tetapi boleh hidup tenteram dan bahagia bersama? Kerana Allah yang memasukkan cinta ke dalam hati mereka.
Bagi mendapatkan Mawaddah kita perlu cari Allah dan kembali kepada Allah melalui ajaranNya. Asas perkahwinan adalah wujudnya Mawaddah (kasih sayang) dan rahmat Allah akan menyusul pada kemudiannya.
Semua ini perlu kita fikirkan kebesaran Allah dan kemuncak fikir adalah menghasilkan rasa kebesaran Allah lalu bertambah iman dan amal solehnya.
Allahu'alam
[ad_2]
Sumber