[ad_1]

Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 22-23

Pengajaran ayat 19 :
1. Kebesaran dan kehebatan Allah boleh mengeluarkan manusia dari tiada ke alam kehidupan dan sebaliknya.
2. Kekuasaan Allah menghidupkan bumi yang mati dengan mengeluarkan tumbuh tumbuhan melalui air.
3. Semua itu membuktikan bahawa Allah sangat berkuasa untuk membangkitkan semua manusia yang telah mati dan hancur.
4. Sebagaimana bumi yang boleh dihidupkan begitu juga hati yang mati boleh dihidupkan kembali dengan fikir dan zikir.

Pengajaran ayat 20:
1. Semua makhluk yang dicipta Allah adalah tanda tanda kewujudan Allah dan kebesaranNya.
2. Asal penciptaan manusia adalah dari tanah kemudian daripada air mani.
3. Antara hikmah Allah menjadikan manusia boleh berjalan dan bertebaran atas muka bumi ialah supaya manusia boleh mencari rezeki.
4. Antara anugerah yang terbesar kepada manusia ialah memberi akal kepada manusia dan mencipta berbagai bagai tanda yang membuktikan kewujudan kebesaran Allah supaya manusia berfikir dengan akal tersebut sehingga manusia mentaati Allah.

Pengajaran ayat 21 :
1. Rahmat Allah kepada manusia dengan menjadikan pasangannya dari jenis manusia bukan dari jenis jin atau malaikat ataupun haiwan.
2. Antara tujuan yang paling utama daripada perkahwinan ialah merasa tenang dan tenteram apabila bersama isteri.
3. Apabila tidak wujud ketenangan daripada perkahwinan maka hikmah dan tujuan perkahwinan itu telah tiada dan antara jalan keluarnya ialah bercerai.
4. Allah mencampakkan kasih sayang dan rahmat kepada suami dan isteri walaupun tidak pernah kenal dan berlainan bangsa.
5. Kasih sayang tidak boleh diusahakan melainkan kena mohon kepada Allah agar diberi kasih sayang dalam perkahwinan.
6. Wajib berkasih sayang dan saling mengasihani antara suami isteri termasuklah suami membantu isteri dalam hal kerja rumah.
7. Allah memuji orang yang sentiasa memikirkan kebesaranNya.

Apa tanda kita cinta kepada Allah?. Ramai yang solat dan taat tapi belum tentu dia cinta. Kata ulama tanda dia cinta adalah tengok berapa lama dia ambil masa untuk Tadabbur ayat ayat Allah. Sebab itu salafussoleh hebat hubungan mereka dengan Allah kerana mereka selalu Tadabbur ayat ayat Allah. Berbeza dengan kita jauh daripada Al Quran apatah lagi untuk Tadabbur ayat ayat Allah walaupun Al Quran ada di dalam telefonnya!

Doa yang Nabi anjurka untuk kita amalkan agar Mencintai dan Dicintai Allah

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ
وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِيْ حُبَّكَ
اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ
مِنْ نَفْسِيْ وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ

Artinya:
“Ya Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu. Ya Allah, jadikan kecintaanku kepada-Mu lebih aku cintai daripada cintaku pada diriku sendiri, keluargaku, dan air dingin”
(HR. Ahmad & Turmudzi)

Tadabbur ayat 22 :

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, perbedaan bahasamu dan warna kulitmu. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.
-Sura Ar-Rum, Ayat 22

Apa kebesaran Allah pada ciptaan langit ? Tiada tiang, luas, berlapis lapis, tergantung tapi tiada ikatan (tiada siling). Allah memerintah kan kita melihat langit sehingga penat, letih, dan kecewa yang membuatkan kita fikir tidak ada cacat pada ciptaan dan merasai kebesaran ciptaanNya lalu ucaplah doa

رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَٰذَا بَٰطِلٗا سُبۡحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.
-Sura Aal-E-Imran, Ayat 191

Kenapa langit disebut secara jama' ٱلسَّمَٰوَٰتِ? Kerana Setiap lapisan langit ada ruang dan setiap lapisan ada malaikat yang menjaga.
Apakah tanda kebesaran Allah pada ciptaan bumi?
Kita cipta rumah pun tidak memenuhi seluruh permukaan bumi dan tak boleh menampung jumlah yang ramai Tetapi Allah ciptaanNya terlalu hebat dan luas yang boleh menampung semua kehidupan bahkan yang telah mati sejak penciptaan Adam. Kebesaran Allah menciptakan makhlukNya berbagai bagai dan boleh hidup dalam bumi seperti cacing, semut.

Allah menciptakan manusia dalam bentuk yang sama. Cuba kira fikirkan pada ciptaan lidah yang boleh bercakap Tetapi mengeluarkan suara berbeza dan bahasa pun boleh berbeza. Apabila bercakap dengan nada berbeza pun boleh menghasilkan maksud yang berbeza. Itulah tanda kebesaran Allah pada ciptaan lidah manusia yang wajar kita fikirkan.

وَٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُواْ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِمۡ لَمۡ يَخِرُّواْ عَلَيۡهَا صُمّٗا وَعُمۡيَانٗا

dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak bersikap sebagai orang-orang yang tuli dan buta,
-Sura Al-Furqan, Ayat 73

Apa maksud ayat di atas? Sebenarnya ayat ni dituju kepada orang yang ibadurrahman yang sentiasa ingat kepada Allah, berbuat kebajikan dan antara sikap mereka adalah apabila diberi peringatan ayat ayat Allah lalu mereka tidak bersikap seperti orang pekak dan buta.

Kenapa kita susah untuk hafal al Quran? Sedangkan tubuh badan kita sihat, boleh berjalan, boleh melihat, boleh mendengar. Kerana dosa kita yang menyebabkan kita terbatas untuk menghafal Al Quran. Sebab itu ada orang cacat anggota badan bahkan mampu menghafal Al Quran seluruhnya. Kerana hikmah kecacatan itulah menyebabkan pergerakannya terbatas maka semua menjadi terbatas dan dosa juga terbatas kepadanya sehingga hatinya bersih dan dia mudah untuk menghafal Al Quran.

Cuba kita fikir kebesaran Allah melalui warna kulit manusia yang berbeza beza. Apa kebesaran Allah dengan ciptaan warna kulit yang berbeza? Sebenarnya Allah nak kita fikir kita dari air mani yang sama Tetapi boleh menjadi warna kulit yang berbeza. Ada hitam ada putih. Ada juga dari ibu ayah sama tapi bila lahir ada yang gelap dan ada yang cerah walau dari kalangan adik beradik. Itulah tanda kebesaran Allah pada ciptaan diri kita yang patut kita fikir.

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ مَنَامُكُم بِٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱبۡتِغَآؤُكُم مِّن فَضۡلِهِۦٓۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَسۡمَعُونَ

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan.
-Sura Ar-Rum, Ayat 23

Apa kebesaran Allah pada tanda malam dan tidurnya manusia pada waktu malam? Tidur adalah mati kecil dan kematian itu adalah mati yang besar dan sebenarnya manusia tidak mati pun Tetapi cuma perpindahan manusia dari alam dunia ke alam barzakh.

Bila kita tidur, ruh kita keluar tak? Ya, roh keluar dari badan tapi tak sakit berbeza dengan mati. Sebenarnya bila kita tidur kata ulama, ruh kita sebahagiannya keluar dan tak keluar semua. Jika keluar semua maka baru lah mati. Sebab tu bila kita tidur boleh terjaga dengan pantas. Itulah tanda ruh tak keluar semua tetapi sebahagiannya sahaja. Rujuk kisah pemuda Al Kahf yang Allah rakamkan dalam Al Quran mereka tidur selama 309 tahun dan Allah kata kami tutup telinga mereka. Kenapa Allah tutup telinga mereka? Sebab punca manusia boleh tidur adalah bila suasana menjadi sunyi dan tenang. Jika bising manusia susah untuk tidur bahkan tidak boleh tidur. Itulah tanda tanda kebesaran Allah pada penciptaan malam dan siang.

Tidur menjadi rehat bagi manusia. Nabi juga tidur pada waktu malam Tetapi sedikit sahaja. Berbeza dengan kita tidur sehingga 8jam sehari dan ditambah pula siang hari. Tidur yang baik adalah sekejap dan sekadar merehatkan badan sahaja. Sunnah nabi tidur 30minit ke 1jam pada sebelum zohor atau selepas zohor dan sedikit sahaja pada sebahagian malam.
Allah juga menciptakan siang untuk kita mencari rezeki pada siang hari.

Kenapa Allah kata semua ini terdapat tanda tanda kebesaran Allah pada kaum yang ingin mendengar? Rujuk surah al anfal ayat 21.

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ قَالُواْ سَمِعۡنَا وَهُمۡ لَا يَسۡمَعُونَ

dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang berkata, “Kami mendengarkan,” padahal mereka tidak mendengarkan (karena hati mereka mengingkarinya).
-Sura Al-Anfal, Ayat 21

Allah mencela orang yang berkata mereka mendengar Tetapi sebenarnya mereka tidak mahu mendengar, tidak mahu mengambil pelajaran seperti orang munafik.

Allahu'alam

[ad_2]

Sumber