[ad_1]
Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 26 – 28
Pengajaran ayat 24 :
1. Kilat adalah salah satu tanda kebesaran Allah.
2. Kesan daripada kilat adalah untuk melahirkan rasa takut dan harap. Apabila takut kepada sesuatu maka manusia akan kembali kepada Allah dan apabila mengharap kepada sesuatu yang baik manusia juga akan mencari Allah.
3. Kebesaran kehebatan Allah yang berkuasa menurunkan hujan secara berperingkat dari tempat yang tinggi.
4. Rahmat Allah kepada makhlukNya dengan tidak menurunkan hujan sekali gus dan dengan menurunkan hujan dari tempat yang tinggi supaya faedahnya dapat dirasai semua makhlukNya sama ada berada di tempat yang rendah atau tinggi.
5. Tanda kebesaran Allah adalah mampu menghidupkan bumi yang mati dan itu juga bukti Allah juga berkuasa menghidupkan manusia yang hancur.
6. Rahmat Allah kepada semua makhlukNya dengan menghidupkan bumi dan juga tumbuh tumbuhan yang memberi manfaat kepada manusia dan juga haiwan.
7. Yang hanya mendapat manfaat daripada tanda tanda kebesaran Allah ialah orang yang mempunyai akal yang waras.
Pengajaran ayat 25 :
1. Penciptaan langit dan bumi adalah tanda kebesaran Allah tanpa ada bantuan makhluk.
2. Sempurnanya kekuasaan Allah yang dengan satu tiupan sahaja maka semua manusia yang mati dan hancur dari nabi Adam sehingga kiamat keluar daripada kubur dan menuju kepada Allah.
Tadabbur ayat 26 :
وَلَهُۥ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ كُلّٞ لَّهُۥ قَٰنِتُونَ
Dan milik-Nya apa yang di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada-Nya tunduk.
-Sura Ar-Rum, Ayat 26
Apa yang dimaksudkan 'siapa sahaja di langit'? Semua yang berada di langit seperti malaikat.
Yang di bumi pula adalah seperti manusia, haiwan, tumbuh tumbuhan.
Apa maksud وَلَهُۥ di depan dan di belakang?
Maksud وَلَهُۥ (dan hanya) di hadapan adalah milik Allah sahaja dan tidak ada perkongsian pemilikan. Apabila kita sedar dan diperingatkan bahawa semua di langit dan di bumi adalah milik Allah, maka sepatutnya akan menyebabkan kita BERFIKIR APA SAHAJA YANG KITA LAKUKAN AKAN DIHITUNG OLEH ALLAH!
Tetapi sebab ayat ini tidak masuk ke dalam hati kita menyebabkan kita tak rasa apa yang ada di tangan kita adalah milik Allah. Contoh kita tak rasa membazir makanan adalah dosa. Berlebihan dalam membeli dan tak rasa harta yang Allah beri juga adalah milik Allah!
Kita renung kembali kisah anak yang menjual susu semasa zaman Saidina Umar Al Khattab. Anak tersebut menasihatkan ibunya agar tidak menambah susu dengan air kerana walau amirul mukminin tidak nampak tetapi Allah Maha Melihat!
Anak perempuan tersebut tidak melalui pengajian tinggi untuk merasai kebesaran Allah dalam dirinya. Berbeza dengan zaman kita walau pengajian tinggi dari Universiti Islam sekalipun belum tentu melahirkan jiwa sedemikian bahkan ada yang memberi rasuah dan tidak merasa bahawa semua adalah milik Allah. Sebab itu pendidikan terbaik adalah berpandukan Al Quran.
وَهُوَ ٱلَّذِي يَبۡدَؤُاْ ٱلۡخَلۡقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥ وَهُوَ أَهۡوَنُ عَلَيۡهِۚ وَلَهُ ٱلۡمَثَلُ ٱلۡأَعۡلَىٰ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ
Dan Dialah yang memulai penciptaan, kemudian mengulanginya kembali, dan itu lebih mudah bagi-Nya. Dia memiliki sifat yang Mahatinggi di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.
-Sura Ar-Rum, Ayat 27
Allah ingin jelaskan Dia lah yang memulai penciptaan dan kemudian mengulanginya kembali. Di sinilah kehebatan Allah yang tidak ada pada sesiapa.
Perkataan وَهُوَ أَهۡوَنُ (mudah bagi Allah) kalimah ini menunjukkan bagi Allah apa sahaja ciptaan sama ada ciptaan pertama atau kedua atau seterusnya mudah walau ciptaan pertama itu bermula dari tiada apa apa. Berbeza dengan kita jika nak bina sesuatu yang dari awal agak sukar malah walau binaan seterusnya. Itu tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.
Allah nak jelaskan kalimah ٱلۡمَثَلُ ٱلۡأَعۡلَىٰ (sifatNya lah yang paling tinggi) Allah memiliki kesempurnaan pada sifatNya. [Penjelasan detail sifat sifat Allah sila rujuk rakaman live di FB.]
Kalimah وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ di terjemah Maha Perkasa tidak tepat. Kerana jika sekadar terjemahan Maha Perkasa kita tak merasai kehebatan Allah. Untuk merasai kehebatan nama Allah وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ialah Allah boleh lakukan apa sahaja, bila bila masa sahaja, di mana sahaja dan apa sahaja Allah lakukan tanpa perlu sebarang bantuan langsung dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalangNya.
Nama Allah Al Hakim boleh difahami dari dua kata.
Pertama berasal dari perkataan hukum.
Kedua berasal dari kata hikmah.
Hukum pula terbahagi kepada dua.
I. Hukum Qauni ialah yang Allah dah tetapkan dan tidak ada pilihan seperti ajal maut, sakit.
II. Hukum Syarie ialah hukum yang manusia boleh buat pilihan dan akan dihitung setiap perbuatan yang dilakukan manusia.
Apa sahaja hukum Allah bagi orang beriman ada hikmahnya.
Tadabbur ayat 28 :
ضَرَبَ لَكُم مَّثَلٗا مِّنۡ أَنفُسِكُمۡۖ هَل لَّكُم مِّن مَّا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُكُم مِّن شُرَكَآءَ فِي مَا رَزَقۡنَٰكُمۡ فَأَنتُمۡ فِيهِ سَوَآءٞ تَخَافُونَهُمۡ كَخِيفَتِكُمۡ أَنفُسَكُمۡۚ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡأٓيَٰتِ لِقَوۡمٖ يَعۡقِلُونَ
Dia membuat perumpamaan bagimu dari dirimu sendiri. Apakah (kamu rela jika) ada di antara hamba sahaya yang kamu miliki, menjadi sekutu bagimu dalam (memiliki) rezeki yang telah Kami berikan kepadamu, sehingga kamu menjadi setara dengan mereka dalam hal ini, lalu kamu takut kepada mereka sebagaimana kamu takut kepada sesamamu. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengerti.
-Sura Ar-Rum, Ayat 28
Tadabbur ayat 28 sila rujuk rakaman live.
[ad_2]
Sumber