[ad_1]
Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 28 – 30
Pengajaran ayat 26 :
1. Kekuasaan dan kerajaan Allah umum meliputi segala gala yang di langit dan di bumi.
2. Kekuasaan dan kerajaan Allah adalah bersifat khusus dan hanya milik Allah secara mutlak tanpa dikongsi oleh sesiapa.
3. Semua makhluk Allah yang di langit dan di bumi tunduk kepada Allah sama ada secara sukarela atau pun terpaksa.
Pengajaran ayat 27 :
1. Semua makhluk adalah baru yang dicipta oleh Allah.
2. Manakala Allah sebagai pencipta adalah wujud sejak azali dan tidak akan berakhir sampai abadi.
3. Semua sifat sempurna adalah milik Allah dan selain daripada Allah semua tidak sempurna dan kekurangan.
4. Semua ciptaan Allah dan hukum Allah adalah berdasarkan kepada hikmah dan maslahah untuk manusia walaupun yang berlaku itu adalah pada zahirnya nampak tidak baik.
5. Orang yang beriman akan berasa sentiasa tenang dalam apa keadaan sekali pun walaupun ia ditimpa musibah kerana musibah itu adalah berdasarkan kepada kebijaksanaan Allah dan untuk maslahah manusia.
Tadabbur ayat 28 :
Allah telah membuat satu contoh dari diri kamu sendiri adakah bagi kamu apa yang dimiliki (hamba) yang ia menjadi sekutu kamu dari segi apa yang kami beri rezeki kepada kamu dan kamu jadikan ia perkongsian, kamu pun takut kepada mereka seperti takutnya pada diri kamu (sebab kamu perlu minta izin kepada hamba yang merupakan rakan kongsi kamu terhadap rezeki yang Allah berikan kepada kamu)
Allah nak tempelak kita kenapa kita tidak setuju apa yang berlaku terhadap perumpamaan hamba yang kamu terpaksa berkongsi rezeki bahkan perlu minta izin pula sesama kamu mesti kamu tidak suka Tetapi kenapa kamu tidak hiraukan bahawa Allah juga tidak suka Dia diperlakukan sedemikian. Sedangkan rezeki Dia bagi, kesihatan Dia bagi, masa pun milik Dia bahkan semua milik Dia tetapi kita banyak habiskan semua tu kepada perkara dunia.
Allah juga buat perjumpaan lain.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٞ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُۥٓۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَن يَخۡلُقُواْ ذُبَابٗا وَلَوِ ٱجۡتَمَعُواْ لَهُۥۖ وَإِن يَسۡلُبۡهُمُ ٱلذُّبَابُ شَيۡـٔٗا لَّا يَسۡتَنقِذُوهُ مِنۡهُۚ ضَعُفَ ٱلطَّالِبُ وَٱلۡمَطۡلُوبُ
Wahai manusia! Telah dibuat suatu perumpamaan. Maka dengarkanlah! Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, mereka tidak akan dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah.
-Sura Al-Hajj, Ayat 73
Allah nak tempelak manusia yang sembah berhala lalu Allah beri perumpamaan seekor lalat yang rampas sesuatu dari patung tersebut (contoh hinggap di makanan yang disediakan untuk patung tersebut) tapi patung itu sendiri tak dapat merampasnya kembali dari seekor lalat sekalipun. Allah hina orang yang menyembah dengan apa yang disembah adalah sama sama lemah.
Pengajaran ayat 28 :
1. Rahmat Allah kepada makhluk Nya yang membuat perumpamaan.
2. Kedegilan kaum musyrikin walaupun kelemahan yang disembah selain daripada Allah sangat jelas tapi mereka masih menyembahnya.
3. Hamba di dalam Islam tidak boleh memiliki.
4. Ayat al Quran merupakan ayat yang sangat jelas maksudnya tetapi hanya kepada orang yang berakal.
5. Allah memuji manusia yang sentiasa menggunakan akal untuk memikirkan kebesaran Allah dan mengambil pelajaran.
6. Semua yang disembah selain daripada Allah juga adalah milik Allah.
7. Rezeki adalah anugerah Allah yang tidak boleh dicapai hanya dengan usaha semata mata. Manusia hanya dituntut untuk melakukan sebab bagi mendapatkan rezeki.
Tadabbur ayat 29 :
بَلِ ٱتَّبَعَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَهۡوَآءَهُم بِغَيۡرِ عِلۡمٖۖ فَمَن يَهۡدِي مَنۡ أَضَلَّ ٱللَّهُۖ وَمَا لَهُم مِّن نَّٰصِرِينَ
Tetapi orang-orang yang zhalim, mengikuti keinginannya tanpa ilmu pengetahuan; maka siapakah yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan Allah. Dan tidak ada seorang penolong pun bagi mereka.
-Sura Ar-Rum, Ayat 29
Siapa yang Allah maksudnya orang yang zalim? Syirik kepada Allah adalah kezaliman yang paling besar (rujuk surah Luqman)
Apa punca dia menjadi orang yang zalim? Kerana mereka mengikut nafsu nafsu mereka dan kedua tanpa ilmu. Allah sifatkan orang orang kafir adalah orang jahil walaupun mereka pakar dalam keduniaan tetapi perbuatan mereka syirik kepada Allah. Dalam surah Fatir ayat 28, Allah sifatkan hanya orang yang berilmu sahaja takut kepada Allah.
وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلۡأَنۡعَٰمِ مُخۡتَلِفٌ أَلۡوَٰنُهُۥ كَذَٰلِكَۗ إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan demikian (pula) di antara manusia, makhluk bergerak yang bernyawa dan hewan-hewan ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya, hanyalah para ulama. Sungguh, Allah Mahaperkasa, Maha Pengampun.
-Sura Fatir, Ayat 28
Kemudian Allah kata فَمَن يَهۡدِي مَنۡ أَضَلَّ ٱللَّهُ (siapa yang dapat beri hidayah jika Allah hendak beri kesesatan kepadanya?)
Sebab itu jika hendak hidayah adalah cari Allah dan hidayah boleh didapati dengan membaca dan Tadabbur Al Quran. Allah ingin kita kembali kepadaNya dengan jalan taubat.
Tadabbur ayat 30
فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفٗاۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِي فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡهَاۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,
-Sura Ar-Rum, Ayat 30
Dalam ayat lepas Allah jelaskan Sekiranya orang kafir tidak mahu ikut Al Quran, sekarang Allah nak fokuskan kepada Nabi dan para sahabat, agar hadapkan wajahmu kepada agama hanif (yang tidak condong langsung kepada kebatilan).
Apa maksud fitrah? Fitrah adalah mentauhidkan Allah. Fitrah juga maksud ciptaan Allah. Ciptaan yang tidak ada sebarang contoh sebelum itu.
Allah juga larang mengubah fitrah Allah.
Dalam surah al baqarah Allah guna perkataan Sibghah yang seakan sama maksud Fitrah.
صِبۡغَةَ ٱللَّهِ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبۡغَةٗۖ وَنَحۡنُ لَهُۥ عَٰبِدُونَ
Sibgah Allah.” Siapa yang lebih baik sibgah-nya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.
-Sura Al-Baqarah, Ayat 138
Contoh fitrah manusia bercakap baik dan tak suka bercakap bohong. Sibghah asal maksud adalah warna juga maksud agama. Kerana Allah nak jelaskan kalau kamu betul betul laksanakan apa yang ajaran agama Islam maka pasti berbeza dengan perkara yang bertentangan dengan agama dan fitrah.
Hasil dari Sibghah (agama ) gabungan dengan fitrah akan menghasilkan ketenangan kepada orang beriman yang melaksanakan ajaran Islam. Contoh apabila masuk bulan Ramadhan atau masuk ke masjid, orang beriman akan berasa seronok dan tenang sepanjang Ramadhan dan berada di dalam masjid.
Kemudian Allah jelaskan tidak ada perubahan pada ciptaanNya dan itulah agama hanif. Dan sebenarnya banyak manusia tidak mengetahui (jahil). Jahil kepada ilmu mengenal Allah dan kejahilan yang menyebabkannya tidak takut kepada Allah.
Allahu'alam
[ad_2]
Sumber