[ad_1]

Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 31-36

Pengajaran ayat 29
1. Orang orang musyrikin dan orang yang tidak beriman kepada Allah sentiasa mengikut hawa nafsu mereka dan mereka tidak menggunakan akal sebagai pedoman kehidupan mereka.
2. Hidayah, kesesatan, kebaikan, kerusakan semuanya di tangan Allah maka untuk mendapat hidayah atau mengelak kesesatan wajib kembali kepada Allah untuk mendapat hidayah.
3. Orang orang yang zalim tidak ada sesiapa yang dapat menolongnya daripada azab Allah
4. Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan menyesatkan seseorang melainkan kezalimannya dan pilihannya sendiri.
5. Galakan agar sentiasa mencari ilmu agama yang mendekatkan manusia kepada Allah kerana hanya dengan ilmu sahaja manusia mendapat hidayah Allah.

Pengajaran ayat 30:
1. Wajib mengikhlaskan diri hanya kepada Allah dalam setiap amalan kita termasuklah tutur kata kita.
2. Mentauhidkan Allah dan suka kepada perkara yang baik merupakan satu fitrah semula jadi.
3. Fitrah manusia tidak ada sesiapa mampu mengubahnya kecuali Allah.
4. Kebanyakan manusia jahil dan berada di dalam kesesatan.

Tadabbur ayat 31 :

۞مُنِيبِينَ إِلَيۡهِ وَٱتَّقُوهُ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَلَا تَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

dengan kembali bertobat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta laksanakanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah,
-Sura Ar-Rum, Ayat 31

Allah jelaskan mereka kembali bertaubat kepadaNya. Siapa mereka di dalam ayat ini? Rujuk ayat 30 sebelum ini Allah fokuskan kepada nabi dan para sahabat.

Kalimah مُنِيبِينَ lebih tepat untuk di terjemah ialah kembali kepada Allah daripada maksiat. Para sahabat apabila melakukan dosa segera bertaubat dan tidak kekal di dalam dosa tersebut.

Allah juga mengingatkan agar tidak menyekutukanNya dengan apa pun. Dengan percakapan juga boleh syirik kepada Allah, contoh bersumpah selain daripada Allah walau bercakap benar tetap syirik kerana sumpahnya selain dari nama Allah.

وَلَقَدۡ أُوحِيَ إِلَيۡكَ وَإِلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكَ لَئِنۡ أَشۡرَكۡتَ لَيَحۡبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ

Dan sungguh, telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu, “Sungguh, jika engkau mempersekutukan (Allah), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah engkau termasuk orang yang rugi.
-Sura Az-Zumar, Ayat 65

Allah jelaskan walaupun Nabi sendiri yang menyekutukan Allah maka semua amalannya akan gugur dan termasuk ke dalam orang yang rugi.

Tadabbur ayat 32

مِنَ ٱلَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمۡ وَكَانُواْ شِيَعٗاۖ كُلُّ حِزۡبِۭ بِمَا لَدَيۡهِمۡ فَرِحُونَ

yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Setiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.
-Sura Ar-Rum, Ayat 32

Kemudian Allah jelaskan siapa orang orang syirik kepada Allah. Iaitu orang yang memecah belah kan agama Allah, mereka juga berpuak puak dan setiap puak berbangga dengan apa yang ada pada mereka.

Berpecah belah adalah dilarang berbeza dengan berbeza pendapat. Berpecah belah sehingga tahap menyesatkan selain puaknya dan merasakan puaknya sahaja betul. Berbeza pendapat tiada masalah Tetapi jangan sehingga menyesatkan orang.

Sifat orang musyrik ini berbangga dengan pendapatnya.

Tadabbur ayat 33

وَإِذَا مَسَّ ٱلنَّاسَ ضُرّٞ دَعَوۡاْ رَبَّهُم مُّنِيبِينَ إِلَيۡهِ ثُمَّ إِذَآ أَذَاقَهُم مِّنۡهُ رَحۡمَةً إِذَا فَرِيقٞ مِّنۡهُم بِرَبِّهِمۡ يُشۡرِكُونَ

Dan apabila manusia ditimpa oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali (bertobat) kepada-Nya, kemudian apabila Dia memberikan sedikit rahmat-Nya kepada mereka, tiba-tiba sebagian mereka mempersekutukan Allah.
-Sura Ar-Rum, Ayat 33

Allah jelaskan apabila yang menimpa manusia (orang musyrik) musibah, mereka terus berdoa kepada Allah dan kembali kepada Allah. Dalam ayat yang lain mereka berdoa dengan penuh keikhlasan.

فَإِذَا رَكِبُواْ فِي ٱلۡفُلۡكِ دَعَوُاْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ فَلَمَّا نَجَّىٰهُمۡ إِلَى ٱلۡبَرِّ إِذَا هُمۡ يُشۡرِكُونَ

Maka apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan penuh rasa pengabdian (ikhlas) kepada-Nya, tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, malah mereka (kembali) mempersekutukan (Allah),
-Sura Al-Ankabut, Ayat 65

Ketika mereka ditimpa bahaya Allah gambarkan orang musyrik ini berdoa dengan penuh keikhlasan apabila berada dalam kesempitan. Kemudian Allah selamatkan mereka ke daratan bahkan mereka kembali syirik kepada Allah. Kenapa Allah tetap selamatkan mereka?
Kata ulama apabila manusia betul betul dalam kesempitan dan manusia sedar bahawa hanya Allah sahaja yang mampu menyelamatkan dirinya, maka Allah akan makbulkan sekali pun orang kafir kepada Allah.

Kemudian Allah jelaskan dalam ayat 31 surah Ar Rum, orang musyrik apabila Allah berikan rahmatNya semula kepada mereka maka mereka tetap kembali syirik kepada Allah.

Sifat orang beriman apabila mendapat musibah, dia kembali kepada Allah dan terus berada dalam ketaatan kepada Allah.

Semoga kita termasuk dalam golongan kembali kepada Allah walaupun ketika senang.

Ingatlah Allah waktu senang dan lapang
Allah akan mengingatmu di waktu susah

Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ﺗَﻌَﺮَّﻑْ ﺇﻟَﻰ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻓِﻲ ﺍﻟﺮَّﺧَﺎﺀِ ﻳَﻌْﺮِﻓُﻚ ﻓِﻲ ﺍﻟﺸِّﺪَّﺓِ

“Kenalilah (ingatlah) Allah di waktu senang pasti Allah akan mengenalimu di waktu sempit.” (HR. Tirmidzi)

Tadabbur ayat 34

لِيَكۡفُرُواْ بِمَآ ءَاتَيۡنَٰهُمۡۚ فَتَمَتَّعُواْ فَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ

Biarkan mereka mengingkari rahmat yang telah Kami berikan. Dan bersenang-senanglah kamu, maka kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu).
-Sura Ar-Rum, Ayat 34

Allah jelaskan, biarlah mereka ingkar dengan rahmat yang Allah berikan dan kelak mereka akan tahu perhitungan nya.
Rahmat di sini bermaksud nikmat kesenangan yang Allah berikan kepada orang musyrik. Manusia ini apabila dia rasa mendapat nikmat maka akan melampaui batas.

Tadabbur ayat 35

أَمۡ أَنزَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ سُلۡطَٰنٗا فَهُوَ يَتَكَلَّمُ بِمَا كَانُواْ بِهِۦ يُشۡرِكُونَ

Atau pernahkah Kami menurunkan kepada mereka keterangan, yang menjelaskan (membenarkan) apa yang (selalu) mereka persekutukan dengan Tuhan?
-Sura Ar-Rum, Ayat 35

Kalimah سُلۡطَٰنٗا adalah hujah. Allah tempelak mereka adakah ada hujah yang Allah nyatakan apa yang mereka syirik itu adalah benar? Kemudian Allah jelaskan lagi sifat orang musyrik.

Tadabbur ayat 36

وَإِذَآ أَذَقۡنَا ٱلنَّاسَ رَحۡمَةٗ فَرِحُواْ بِهَاۖ وَإِن تُصِبۡهُمۡ سَيِّئَةُۢ بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيهِمۡ إِذَا هُمۡ يَقۡنَطُونَ

Dan apabila Kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan (rahmat) itu. Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) karena kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa.
-Sura Ar-Rum, Ayat 36

Antara sifat orang musyrik apabila mendapat nikmat mereka bergembira dan apabila mendapat musibah yang kerana kesalahan diri sendiri mereka berputus asa.

Berbeza orang beriman yang mendapat nikmat lalu bersyukur dan apabila mendapat musibah kembali kepada Allah. Sifat berputus asa adalah haram kerana ini sifat orang musyrik.

Allah nyatakan semua musibah yang menimpa kita adalah dari perbuatan kita sendiri. Rujuk surah Ar Rum ayat 41

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ

Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
-Sura Ar-Rum, Ayat 41

Sebab itu apabila musibah menimpa kita jangan cepat menuding jari kepada orang lain. Tetapi muhasabah lah diri sendiri kerana semua musibah menimpa adalah kerana tangan tangan kita sendiri.

Allahu'alam

[ad_2]

Sumber