[ad_1]

Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 37-38

Pengajaran ayat 31 & 32 :
1. Wajib bertaqwa kepada Allah bila bila masa dan di mana sahaja.
2. Kemuliaan ibadah solat di bandingkan dengan ibadah lain.
3. Dilarang mensyirikkan Allah dalam apa sahaja bentuk amalan sama ada syirik kecil atau pun yang besar.
4. Adat kebiasaan mereka yang mensyirikkan Allah ialah suka berpecah belah dan memecah belah orang lain.
5. Orang orang yang beriman tidak patut berpecah belah dalam agama mereka kerana ia adalah sifat mereka yang syirik kepada Allah.
6. Semua agama selain daripada Islam berpecah walaupun pada zahirnya nampak mereka bersatu. Rujuk surah al Hashr ayat 14.

لَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرٗى مُّحَصَّنَةٍ أَوۡ مِن وَرَآءِ جُدُرِۭۚ بَأۡسُهُم بَيۡنَهُمۡ شَدِيدٞۚ تَحۡسَبُهُمۡ جَمِيعٗا وَقُلُوبُهُمۡ شَتَّىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡقِلُونَ

Mereka tidak akan memerangi kamu (secara) bersama-sama, kecuali di negeri-negeri yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu padahal hati mereka terpecah belah. Yang demikian itu karena mereka orang-orang yang tidak mengerti.
-Sura Al-Hashr, Ayat 14

7. Perpecahan dalam agama adalah menyerupai orang orang musyrikin.
8. Orang orang musyrikin juga suka berpuak puak dan mereka saling berbangga dengan pandangan masing masing dan suka merendah dan menyesatkan puak yang lain.
9. Sesiapa atau pun mana mana kumpulan dalam Islam yang diberi ilmu kemudian mereka berbangga dengan ilmu tersebut dan mereka rasakan mereka lebih baik daripada kumpulan yang lain maka mereka menyerupai orang orang musyrikin.
10. Allah mencela mereka yang suka berpuak puak dan berbangga dengan pendapat sendiri dan tidak boleh menerima pendapat yang berbeza.

Pengajaran ayat 33
1. Tabiat semula jadi manusia ketika ditimpa musibah ialah akan kembali kepada Tuhannya walaupun dia adalah orang kafir.
2. Sesiapa yang ditimpa musibah tapi masih tidak kembali kepada Allah maka dia telah terkeluar daripada fitrah semula jadi bahkan dia lebih teruk daripada orang kafir.
3. Manusia yang ditimpa musibah kemudian kembali kepada Allah kemudian Allah selamatkan dia daripada musibah tersebut ketika itu manusia terbahagi kepada dua. Pertama kekal dalam kesyirikannya dan kedua dia betul betul kembali kepada Allah dan beriman.
4. Allah akan memakbulkan apa sahaja permintaan apabila manusia terdesak walaupun dia daripada orang yang kafir.

Pengajaran ayat 34 dan 35 :
1. Kadang kadang Allah menjadikan nikmat itu menjadi punca dan sebab kepada kekufuran.
2. Allah memberi nikmat dengan menimpa kan musibah adalah tujuan untuk menguji manusia.
3. Sesiapa yang ingin bercakap atau mengatakan sesuatu hendaklah menyertakan dengan dalil atau hujah kerana Islam tegak di atas dalil.

Pengajaran ayat 36 :
1. Nikmat Allah adalah anugerah bukan hasil usaha manusia. Usaha manusia adalah sebagai sebab. Kisah Nabi Yusuf dari orang yang menjadi hamba kemudian menjadi Pembesar negeri.
2. Allah mencela mereka yang apabila mendapat nikmat gembira dan sombong.
3. Sikap orang yang beriman apabila mendapat nikmat gembira dan terus bersyukur kepada Allah.
4. Semua dosa dosa dan masalah manusia adalah berpunca daripada tangannya sendiri.
5. Haram berputus asa daripada rahmat Allah.
6. Kadang kadang manusia dihukum bukan daripada amalan zahirnya tetapi berdasarkan amalan hati. (Berputus asa boleh menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam – rujuk Surah Yusuf)

Tadabbur ayat 37

أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ أَنَّ ٱللَّهَ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يُؤۡمِنُونَ

Dan tidakkah mereka memperhatikan bahwa Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia (pula) yang membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki). Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang beriman.
-Sura Ar-Rum, Ayat 37

Kalimah أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ bermaksud tidakkah mereka mengetahui. Rujuk surah az zumar ayat 52. Apa yang tersirat di sebalik ayat ini ialah Seseorang itu mendapat rezeki bukan sebab usaha dia Tetapi Allah nak luaskan rezekinya dan Allah juga yang sempitkan rezekinya. Kita sanggup terlepas solat berjemaah berbanding terlepas mesyuarat sedangkan Allah yang memberi rezeki kita tetapi kita tidak yakin kepada janji Allah. Apa kewajipan kita untuk Allah lapangkan rezeki kita?

Taatlah kepada Allah dan Allah akan kurniakan rezeki kepada kita melimpah ruah. Peristiwa Maryam sarat mengandung dan tidak ada yang membantunya melainkan Allah. Peristiwa lain ketika Maryam beribadah kepada Allah di mihrab dan dia dikurniakan rezeki dari Allah.
Kisah lain adalah Nabi Yusuf memerintah negeri Mesir sehingga melimpah ruah kurnia Allah kepada rakyatnya hasil ketaatan dan pengurusan Nabi Yusuf.

Kalimah إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يُؤۡمِنُونَ Sesungguhnya pada demikian benar benar terdapat tanda pada orang yang beriman. Apa rahsia kejayaan Nabi dan para sahabat boleh menguasai jazirah Arab? Kuncinya adalah pada ayat ini iaitu Nabi dan para sahabat betul betul percaya dan yakin bahawa Allah sahaja yang melapangkan rezeki dan menyempitkan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Apa yang Nabi ajar kepada Aisyah pada malam Al Qadr? Mohon ampun! Kenapa Nabi tidak ajar minta rezeki, minta senang hidup dan sebagainya. Tetapi kenapa Nabi hanya ajar satu doa sahaja dan hanya memohon keampunan Allah sahaja? Kerana hanya dengan keampunan Allah sahaja maka Allah akan melapangkan seluruh hidup termasuk rezeki yang melimpah ruah. (Rujuk surah Nuh ayat 10-12)

Tadabbur ayat 38 :

فَـَٔاتِ ذَا ٱلۡقُرۡبَىٰ حَقَّهُۥ وَٱلۡمِسۡكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ لِّلَّذِينَ يُرِيدُونَ وَجۡهَ ٱللَّهِۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

Maka berikanlah haknya kepada kerabat dekat, juga kepada orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan. Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang mencari keridhaan Allah. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
-Sura Ar-Rum, Ayat 38

Allah ingin jelaskan apabila mendapat rezeki adalah segera memberi bukannya menyimpan! Allah nyatakan sifat utama orang yang bertaqwa adalah suka berinfaq. Infaq yang utama adalah memberi kepada kaum kerabat (ibu bapa, keluarga) kemudian kepada orang miskin dan orang yang bermusafir (yang terputus bekalannya).

Apa definisi miskin? Pendapatannya tidak mencukupi menampung perbelanjaannya. Kadang kadang ada orang miskin ada rumah, kereta tetapi kerana pendapatannya tidak mencukupi untuk keperluan mereka.

Ibnu Sabil antaranya adalah orang yang terputus bekalan dan bukannya orang bermusafir umumnya.

Kalimah ذَٰلِكَ خَيۡرٞ لِّلَّذِينَ يُرِيدُونَ وَجۡهَ ٱللَّهِ adalah pada demikian itu adalah lebih baik bagi orang orang yang ingin melihat wajah Allah. Sebab itu adalah matlamat paling tinggi bagi orang yang beriman. (Rujuk surah al qiyamah ayat 22 dan 23)

Allah kata sebaik baik pemberian adalah kepada kaum kerabat dahulu, kemudian orang miskin dan orang musafir yang terputus bekalan. Tetapi kenapa kita tidak ikut seperti seruan ayat al Quran? Kadang kadang orang kita lebih suka memberi untuk tujuan masjid dan sebagainya. Sekiranya kita ada wang untuk memberi maka utamakanlah dahulu apa yang Allah nyatakan di dalam ayat ini. Lalu Allah jelaskan itulah orang orang yang berjaya !

Kenapa Allah nyatakan ciri ciri orang yang berjaya adalah suka memberi?
Rujuk surah al Lail. Mereka ini adalah cukup yakin dengan janji Allah. Kelebihan utama mereka adalah kerana mereka yakin dengan janji Allah!

Allahu'alam

[ad_2]

Sumber