[ad_1]

Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 58-60 (Ayat akhir)

Tadabbur ayat 58 :

وَلَقَدۡ ضَرَبۡنَا لِلنَّاسِ فِي هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ مِن كُلِّ مَثَلٖۚ وَلَئِن جِئۡتَهُم بِـَٔايَةٖ لَّيَقُولَنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا مُبۡطِلُونَ

Dan sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada manusia segala macam perumpamaan dalam Al-Qur'an ini. Dan jika engkau membawa suatu ayat kepada mereka, pastilah orang-orang kafir itu akan berkata, ”Kamu hanyalah orang-orang yang membuat kepalsuan belaka.”
-Sura Ar-Rum, Ayat 58

Kalimah وَلَقَدۡ menunjukkan ada 3 penegasan yang sangat penting. Iaitu Wallahi (Demi Allah), Pasti dan sesungguhnya.

Allah jelaskan bahawa telah dijelaskan segalanya di dalam Al Quran. Secara umumnya Al Quran terbahagi 3 bahagian.
Bahagian pertama cerita akidah. Bahagian kedua tentang kisah kisah. Bahagian ketiga hukum hakam.

Dalam satu kisah Nabi bertanya kepada sahabat ayat al Quran yang mana paling agung. Lalu Ubai bin Kaab menjawab ayatul Kursi dan Nabi mengiyakan nya. Kerana ayat paling agung adalah berkaitan akidah. Rahmat Allah paling besar adalah untuk hambaNya mudah memahami apa yang nak disampaikan di dalam Al Quran.

Sepatutnya Al Quran ini mudah difahami tetapi kenapa ramai juga yang tak faham? Sedangkan dalam bab dunia bersungguh menjadi pakar walau sesusah mana. Kerana puncanya satu sahaja iaitu manusia tidak berfikir kebesaran ciptaan Allah.

Kemudian Allah jelaskan kata orang kafir apa sahaja yang kamu Muhammad bawa keterangan semuanya adalah palsu. Apa sebab orang kafir mendustakan keterangan Nabi? Adakah tidak jelas? Sedangkan golongan hamba seperti Bilal pun mudah menerima dan memahami apa yang Nabi sampaikan.

Rujuk surah al mulk tuduhan orang kafir kepada nabi dan mereka mendustakan keterangan yang disampaikan dan menuduh Nabi membawa kesesatan.

قَالُواْ بَلَىٰ قَدۡ جَآءَنَا نَذِيرٞ فَكَذَّبۡنَا وَقُلۡنَا مَا نَزَّلَ ٱللَّهُ مِن شَيۡءٍ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا فِي ضَلَٰلٖ كَبِيرٖ

Mereka menjawab, “Benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakan(nya) dan kami katakan, “Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar.”
-Sura Al-Mulk, Ayat 9

وَقَالُواْ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِيٓ أَصۡحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ

Dan mereka berkata, “Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala.”
-Sura Al-Mulk, Ayat 10

Tadabbur ayat 59 :

كَذَٰلِكَ يَطۡبَعُ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ

Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak (mau) memahami.
-Sura Ar-Rum, Ayat 59

Lalu Allah jelaskan orang orang kafir telah dikunci hatinya.
Apa saluran mendapat ilmu? Iaitu melalui pendengaran dan penglihatan. Sekiranya Allah sudah mengunci hati adakah ada peluang untuk mendapat hidayah? Ya. Caranya dengan bertaubat kepada Allah.

Tadabbur ayat 60 :

فَٱصۡبِرۡ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞۖ وَلَا يَسۡتَخِفَّنَّكَ ٱلَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ

Maka bersabarlah engkau (Muhammad), sungguh, janji Allah itu benar dan sekali-kali jangan sampai orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan engkau.
-Sura Ar-Rum, Ayat 60

Kenapa Allah perintahkan Nabi untuk bersabar? Adakah nabi tak sabar? Tidak! Sebenarnya Allah nak jelaskan kepada umatnya untuk bersabar atas janji Allah.

Apa maksud sabar? Iaitu tahan diri daripada marah dan merungut. Kadang kadang fizikal boleh tahan tapi mulut tak boleh sabar lalu keluar perkataan yang bercanggah dengan fizikalnya yang menahan marah. Adakah kita ada sifat sabar? Salah satu tujuan berpuasa adalah melahirkan manusia bersabar. Sebab itu apabila marah dan Nabi suruh kita katakan sesungguhnya aku sedang berpuasa.

Bila Allah perintahkan Nabi untuk bersabar? Adakah ketika peringkat awal dakwah atau akhir? Peringkat awal dakwah lagi Allah suruh nabi bersabar. Rujuk surah Muzammil ayat 1 hingga 11.

Antara perintah sabar kepada Nabi

وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱهۡجُرۡهُمۡ هَجۡرٗا جَمِيلٗا

Dan bersabarlah (Muhammad) terhadap apa yang mereka katakan dan tinggalkanlah mereka dengan cara yang baik.
-Sura Al-Muzzammil, Ayat 10

Sejak awal lagi Allah katakan kepada Nabi bersabarlah. Dalam ayat lain, Allah perintahkan untuk sabar dan solat. Kenapa Allah sebut sabar dahulu kemudian baru solat? Ibadah utama adakah sabar atau solat? Balasan Allah kepada hambaNya adalah berdasarkan sabar. Pahala kesabaran adalah lebih tinggi berbanding ibadah lain.

قُلۡ يَٰعِبَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡۚ لِلَّذِينَ أَحۡسَنُواْ فِي هَٰذِهِ ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٞۗ وَأَرۡضُ ٱللَّهِ وَٰسِعَةٌۗ إِنَّمَا يُوَفَّى ٱلصَّٰبِرُونَ أَجۡرَهُم بِغَيۡرِ حِسَابٖ

Katakanlah (Muhammad), “Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhanmu.” Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas.
-Sura Az-Zumar, Ayat 10

Sabar terbahagi kepada 3 bahagian.
i. Sabar melaksanakan perintah Allah.
ii. Sabar meninggalkan larangan.
iii. Sabar apabila ditimpa musibah.

Sabar melaksanakan perintah Allah adalah lebih sukar. Kerana ada proses untuk beramal. Contoh untuk solat perlu ambil wudhu dan ke masjid bagi lelaki. Sedangkan untuk meninggalkan larangan lebih ringan. Dan paling ringan adalah sabar apabila ditimpa musibah.

Bagaimana cara untuk sabar? Allah ajar kita dalam surah Ghafir ayat 55.

فَٱصۡبِرۡ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لِذَنۢبِكَ وَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ بِٱلۡعَشِيِّ وَٱلۡإِبۡكَٰرِ

Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi.
-Sura Ghafir, Ayat 55

Allah jelaskan untuk mendapat sabar adalah pertama kena bertaubat. Kadang kadang kita tak sabar kerana dosa kita. Kedua berzikir lah kepada Allah sepanjang masa. Rujuk surah ali imran ayat 191.

ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمٗا وَقُعُودٗا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَٰذَا بَٰطِلٗا سُبۡحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.
-Sura Aal-E-Imran, Ayat 191

Punca tak boleh sabar sebab dosa kita dan tidak berzikir kepada Allah.
Kisah Nabi Yunus di telan ikan paus. Pertama Nabi Yunus bertaubat dan berzikir. Rujuk doa nabi Yunus dalam perut ikan.

وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَٰضِبٗا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِي ٱلظُّلُمَٰتِ أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَٰنَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahwa Kami tidak akan menyulitkannya, maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap, ”Tidak ada tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zhalim.”
-Sura Al-Anbiya', Ayat 87

Sekiranya Nabi Yunus tidak zikir dan istighfar maka dia akan ada dalam perut ikan sampai kiamat.

فَلَوۡلَآ أَنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُسَبِّحِينَ

Maka sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak berdzikir (bertasbih) kepada Allah,
-Sura As-Saaffat, Ayat 143

لَلَبِثَ فِي بَطۡنِهِۦٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ

niscaya dia akan tetap tinggal di perut (ikan itu) sampai hari kebangkitan.
-Sura As-Saaffat, Ayat 144

Tahap tahap sabar.
1. Sabar biasa adalah sekadar tahan marah dan tak merungut tapi hati tak puas/redha.
2. Sabar kedua dia tak merungut dan hati redha.
3. Sabar ketiga paling tinggi adalah dia tak merungut, hatinya redha dan bersyukur dengan musibah/nikmat.

Kalimah وَلَا يَسۡتَخِفَّنَّكَ ٱلَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ Allah tegaskan supaya orang orang beriman jangan rasa sedih dan gelisah apabila orang kafir tidak menerima keterangan Nabi. Sebab itu Allah perintahkan sabar dan janji Allah adalah benar.

Kisah keluarga Yasir yang diuji disiksa. Lalu Nabi kata kepada keluarga Yasir, Sabar Yasir kerana syurga sedang menanti kamu!

Jauhnya kita daripada Nabi. Nabi dimaki dan diuji kerana dakwahnya tetapi kita tak berbuat apa apa untuk agama Allah. Maka di manakah kesabaran kita?!

Pengajaran ayat 53 :
1. Orang yang tidak menerima dakwah Islam adalah seumpama orang yang buta yang tidak akan nampak kebenaran.
2. Hanya orang yang beriman kepada ayat Allah sahaja yang akan mendengar dan menerima perintah Allah dan Rasul.

Pengajaran ayat 54:
1. Jangan sombong wahai manusia kerana kamu berasal daripada lemah dan berakhir dengan lemah.
2. Antara kebesaran Allah yang mencipta segala galanya ialah Dia mempunyai ilmu dan maha berkuasa.

Pengajaran ayat 55:
1. Orang orang yang tidak beriman akan terus berdusta sejak di dunia sehinggalah di akhirat.
2. Siapa yang berdusta maka dustanya akan mengheretnya ke neraka.

Pengajaran ayat 56:
1. Kelebihan orang berilmu dan orang beriman di dunia mereka dimuliakan oleh Allah dan di akhirat mereka berada di atas orang orang kafir.

Pengajaran ayat 57:
1. Semua manusia akan memberi alasan sebab mereka tidak beriman di hari akhirat tetapi semuanya tidak memberi manfaat.

Pengajaran ayat 58:
1. Rahmat Allah kepada semua manusia dengan menurunkan Al Quran dalam bahasa yang mudah dan jelas termasuklah membuat berbagai bagai contoh supaya manusia lebih mudah memahami.
2. Orang orang kafir tetap tidak akan beriman kepada ayat Allah walaupun di bawa dengan berbagai bagai bukti yang jelas.

Pengajaran ayat 59:
1. Siapa yang menolak hidayah Allah maka Allah akan tutup pintu hatinya sehingga mereka tidak akan lagi memahami agama.

Pengajaran ayat 60:
1. Sabar adalah sifat yang paling utama bagi orang orang yang bertaqwa dan orang orang yang sabar adalah orang yang paling besar pahalanya di sisi Allah.
2. Orang beriman tidak patut merasa sedih dan gelisah apabila manusia tidak beriman kepada Allah setelah dakwah disampaikan.
3. Balasan syurga adalah untuk mereka yang sabar sahaja.

Allahu'alam

[ad_2]

Sumber