Jambatan Kg Bangau-Bangau VS Titian Sirat

Link :
https://youtu.be/6DpTI0Kf594

Ini adalah antara video yang memaparkan keadaan jambatan yang menjadi laluan penduduk Kg Bangau-Bangau. Semasa lawatan kami di sekitar kampung untuk melawat rumah yang telah dibina oleh GAD hasil sumbangan awam, kami melihat keadaan sebuah jambatan yang menanti untuk roboh pada bila bila masa sahaja. Jambatan ini menjadi laluan penduduk sekitar untuk mereka ke masjid, anak-anak kecil ke sekolah, ibu-ibu ke pasar dan satu-satunya laluan yang menghubungkan rumah ke rumah antara sesama mereka. Sehubungan dengan itu, pihak Ghulam Al Dakwah ingin membuka tabung seluasnya kepada sesiapa yang ingin berkongsi pahala untuk menaik taraf jambatan di dalam kawasan Kg Bangau-Bangau ini.

Jika anda teliti video ini yang dirakam sehingga habis, kami sempat merakam sebahagian laluan dari hujung jambatan yang hanya terdapat sebatang kayu sahaja dan pada masa tersebut seorang nenek yang agak uzur melaluinya dalam keadaan merangkak dan sempat berpaut di sebatang tiang kayu yang sudah reput. Laluan itulah dia berulang alik untuk membeli makanan di pasar, mengambil air bersih dan jika ada hajat lain untuk ke mana-mana, jambatan itulah juga yang menjadi laluan dari rumahnya.

Sekiranya kita hayati keadaan penduduk di sini, amatlah memberi keinsafan kepada diri kita apabila kita renung kembali bagaimana keadaan titian Sirath yang akan kita lalui di akhirat kelak.

Kesusahan hidup yang telah mereka lalui, kedhaifan yang tiada untuk membantu dan keselesaan yang tidak pernah terbayang bahkan kejahilan agama sehingga membawa kepada kekufuran. Jika bukan kerana sifat ihsan yang Allah hadirkan dalam diri kita dan perasaan yang begitu kuat untuk menyebarkan risalah agama kepada mereka dan kesemuanya ini hanyalah dengan izin dan kekuatan dari Allah ‘azzawajalla untuk kita lakukan bersama sama.

Oleh itu, kami dari pihak Ghulam Al Dakwah ingin menyeru kepada semua yang mengikuti perkembangan dakwah yang telah kita lakukan berbelas bulan sehingga kini, kami membuka tabung infaq untuk membantu meringankan kesusahan saudara kita di sana dan semoga apa yang kita usahakan ini menjadi amal soleh yang akan mengalir pahalanya di akhirat kelak, Insha Allah. Semoga apa yang kita infaq akan menjadikan titian Sirath kita lebih pantas dengan amal soleh yang telah kita lakukan ikhlas hanya kerana mencari redha dan keampunanNya.

Sebarang infaq yang ingin diberikan boleh terus disalurkan ke akaun bank PERTUBUHAN GHULAM AL DAKWAH SELANGOR (Maybank 5624 7815 5104).

Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

اَلْـمُسْلِمُ أَخُوْ الْـمُسْلِمِ ، لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ ، وَمَنْ كَانَ فِـيْ حَاجَةِ أَخِيْهِ ، كَانَ اللهُ فِيْ حَاجَتِهِ ، وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ ، فَرَّجَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًـا ، سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Seorang Muslim adalah saudara orang Muslim lainnya. Ia tidak boleh menzhaliminya dan tidak boleh membiarkannya diganggu orang lain (bahkan ia wajib menolong dan membelanya)[1] . Barangsiapa membantu kebutuhan saudaranya, maka Allâh Azza wa Jalla senantiasa akan menolongnya. Barangsiapa melapangkan kesulitan orang Muslim, maka Allâh akan melapangkan baginya dari salah satu kesempitan di hari Kiamat dan barangsiapa menutupi (aib) orang Muslim, maka Allâh menutupi (aib)nya pada hari Kiamat.[2]

[1]. Lihat Fathul Bâri (5/97, Kitâbul Mazhâlim).
[2]. Shahih: HR. Bukhâri (no. 2442 dan 6951)

Firman Allah.

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rizki yang terbaik” [Saba’/34 : 39]

Dalam menafsirkan ayat di atas, Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata : “Betapapun sedikit apa yang kamu infakkan dari apa yang diperintahkan Allah kepadamu dan apa yang diperbolehkanNya, niscaya Dia akan menggantinya untukmu di dunia, dan di akhirat engkau akan diberi pahala dan ganjaran, sebagaimana yang disebutkan dalam hadits ..”
[Tafsir Ibnu Katsir 3/595.]

Allahua’lam..

#JambatanKgBangauBangau
#KgBangauBangau
#MisiDakwahSemporna13
#GhulamAlDakwah

source