[ad_1]

AGIHAN BARANG DAPUR UNTUK PELAJAR (ASNAF) KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN SETINGGAN KG MELAYU DAN SETINGGAN BUKIT MAWAR

Sabtu | 24 April 2021

Alhamdulillah, dengan kerjasama daripada Pertubuhan Kebajikan Imam An-Nawawi Sabah, GAD telah mengagihkan sebanyak 238 set barang dapur yang diawali dengan 170 set untuk asnaf yang merupakan para pelajar kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di Setinggan Pelupusan Sampah, Batu 8 Sandakan.

Sebelum menerima set barangan dapur berkenaan, pelajar yang ditemani ibu bapa mereka terlebih dahulu mendengar tazkirah yang disampaikan oleh guru kumpulan masing-masing.

Setelah itu para petugas melanjutkan gerak kerja ke Setinggan Mawar Bukit, untuk menyantuni 68 lagi (keluarga) asnaf di sana. Sebelum menerima set barangan dapur, mereka terlebih dahulu mendengar tazkirah yang disampaikan dalam bahasa Suluk.

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات


Mungkin imej satu orang atau lebih, orang berdiri, motorsikal, kawasan luar dan teksTiada penerangan foto disediakan.Mungkin imej kawasan luar dan teks yang berkata 'GHULAM AL- DAKWAH AL-DAKWAH AK'Mungkin imej kawasan luar
[ad_2]

Sumber