[ad_1]

Bantuan Bakul Mahabbah sempena PKPD di Semporna, Sabah

Tarikh : 14 Oktober 2020
Tempat : Kg. Pinggir Bakau, Semporna, Sabah

Alhamdulillah, bantuan Bakul Mahabbah berjaya diagihkan kepada lebih kurang 30 buah keluarga di Kg. Pinggir Bakau, Semporna, Sabah.

Bantuan diserahkan di tepi jalan Kg. Pinggir Bakau sahaja kepada Ustaz Syafie kerana Kg. Pinggir Bakau merupakan antara lokaliti yang termasuk di dalam zon merah di Semporna.

Ustaz Syafie yang merupakan penduduk Kg. Pinggir Bakau menjadi wakil GAD untuk menyerahkan bantuan kepada penduduk di dalam kawasan perkampungan tersebut.

Bantuan berbentuk barang keperluan seperti : Beras 10kg, telur satu papan, minyak masak 1kg, tepung gandum 1kg, gula 1kg dan mee kuning 1pek diserahkan kepada wakil setiap keluarga.

Semoga bantuan Bakul Mahabbah ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh penduduk/keluarga yang terkesan dengan keadaan semasa.

Dari Abu Musa r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :

‎فُكُّوا الْعَانِىَ – يَعْنِى الأَسِيرَ – وَأَطْعِمُوا الْجَائِعَ وَعُودُوا الْمَرِيضَ

“Bebaskanlah tahanan, berilah makan orang yang lapar, dan jenguklah orang sakit.” (HR. Bukhari, no. 3046)

=================

Ikuti perkembangan kami di :
->Facebook page
->YouTube
->Instagram
🌐 www.ghulamaldakwah.com
.
#MelahirkanDuatMenyebarkanIslam
#GhulamAlDakwah
#MisiKemanusiaan
#BakulMahabbahCovid19
#Semporna





[ad_2]

Sumber