Category: Youtube
Vlog #2 Misi 17.0
MISI DAKWAH & KEBAJIKAN SEMPORNA SIRI KE 17.0
Alhamdulillah misi dakwah bagi siri ke 17 bermula hari ini 26 Julai sehingga 28 Julai 2019.
Antara lokasi yang akan dilawati adalah Kg Bangau-Bangau, Kg Halo, Pulau Tatagan dan Pulau Maiga.
Seramai 26peserta yang mengikuti misi dakwah kali ini dari Semenanjung dan 3 orang dari Tawau dan Sandakan Sabah.
Slot pertama taklimat dan taaruf petang ini sebelum aktiviti ziarah dan dakwah dari rumah ke rumah diadakan selepas Asar insha Allah.
Sumber
Pembaca Al Quran yang mendapat perumpamaan buruk & Ancaman keras dari Allah – Ustaz Abd Muein
Pembaca Al Quran yang mendapat perumpamaan buruk & Ancaman keras dari Allah!!!
Link :
Tazkirah ini durasi videonya adalah selama 17 minit.
Sekiranya anda terasa agak berat dan tidak punya masa untuk mendengarnya, sedarlah bahawa masa itu adalah milik Allah. Cuba kita tanya diri sendiri, entah berapa banyak masa telah kita habiskan untuk perkara sia-sia dan tidak berfaedah sepanjang umur kita? Bahkan semua itu akan ditanya kelak.
Tidak rugi anda luangkan masa 17minit yang akan mengubah cara anda berfikir, mengubah kefahaman standard biasa iaitu baca Al Quran sebab nak kumpul pahala sahaja dan bakal mengubah perasaan anda terhadap Al Quran.
Sekiranya anda sangat sibuk, saya cadangkan anda mendengarnya pada masa lapang tetapi WAJIB untuk anda dengar dan hadam!
Kerana tazkirah ini agak berat dan hanya orang yang mampu bersabar sahaja akan mendengarnya sehingga tamat!
Selamat mendengar dan kongsikan klip video ini. Semoga Tazkirah ini menjentik fikiran dan perasaan kita!
“Melahirkan Du’at, Menyebarkan Islam”
===================
KUTIPAN DANA NAIK TARAF PERALATAN MEDIA GAD.
Salurkan Infaq anda bagi memastikan usaha dakwah ini terus berjalan. Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :
WEB : https://ghulamaldakwah.com/donations/mediagad/
Subscribe & follow us on :
-Facebook page
-YouTube
-Instagram
WEB : www.ghulamaldakwah.com
.
#BacaAlQuran
#MelahirkanDuatMenyebarkanIslam
#GhulamAlDakwah
Sumber