Adakah Kita Penyembah BERHALA Zaman Moden? || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗭𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗼𝗱𝗲𝗻?

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ

35. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala. (Surah Ibrahim : 35)

Antara doa Nabi Ibrahim a’laihissalam yang Allah rakamkan di dalam Al Quran menjadi pedoman buat kita. Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada doa seorang Nabi yang juga Rasul kekasih Allah menzahirkan doa buat anak cucunya agar dijauhkan dari menyembah berhala-berhala yang menjadi sembahan zamannya? Dengarkan kupasan yang sangat menarik dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman berkaitan doa yang diungkapkan oleh Nabi Ibrahim dan apakah kedudukan kita sudah terselamat dari berhala yang dimaksudkan walau berhala sudah tidak lagi wujud di zaman kita? Semoga bermanfaat.

Sila share tazkirah ini agar lebih ramai dapat mengambil manfaat bagi yang mahu dan bersama menanam saham akhirat.

Youtube : https://youtu.be/q81K4WqePj8

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah13Minit
#TadabburAlQuran

Sumber

ALLAH Memerhati Setiap Perbuatan Kita || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



يَسْتَخْفُونَ مِنَ النَّاسِ وَلَا يَسْتَخْفُونَ مِنَ اللَّهِ وَهُوَ مَعَهُمْ إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لَا يَرْضَىٰ مِنَ الْقَوْلِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطًا

108. mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai. Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan. (Surah An Nisa : 108)

Kita mungkin boleh selamatkan diri di dunia dari kejahatan yang kita lakukan, tapi Allah memerhati segalanya berdasarkan ayat ini. Berhati-hati dalam setiap gerak geri kita kerana Allah sentiasa memerhati. Dengarkan kupasan ringkas dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman berkaitan ayat ini.

Sila share supaya lebih ramai mendapat manfaat dan bersama menanam saham akhirat.

Youtube : https://youtu.be/v5e1ZS-_3WQ

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah3Minit
#TadabburAlQuran

Sumber

Allah Mendengar Walaupun Tersembunyi || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُمْ ۚ بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ

80. Apakah mereka mengira, bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan-utusan (malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka. (Az Zukhruf : 80)

Jika kita memahami dengan mendalam maksud ayat di atas, pasti kita akan bercakap hal yang baik sahaja atau lebih baik diam. Dengarkan kupasan dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman berkaitan perkara ini kerana banyak masa kita dihabiskan bercakap tapi hanya perkara sia-sia. Semoga percakapan kita selepas ini lebih baik dan bermanfaat untuk akhirat kita.

Sila share agar lebih ramai mendapat manfaat dari klip video ini dan bersama menanam saham akhirat.

Youtube : https://youtu.be/S3S3APygNbw

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah6Minit
#TadabburAlQuran

Sumber

Pengetahuan Allah Meliputi Segalanya || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



…أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? … (Surah Al Mujadilah : 7)

Memahami ayat ini menjadikan kita gerun dan berhati-hati pada setiap tindakan. Bagaimana nak mendalami maksud tersirat? Dengarkan tadabbur bersama Ustaz Abd Muein Abd Rahman berkenaan ayat ini agar keimanan kita semakin meningkat.

Sila share supaya lebih ramai mendapat manfaat dan bersama menanam saham akhirat.

Youtube : https://youtu.be/yY7sArVo2J8

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah6Minit
#TadabburAlQuran

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor