Category: Youtube
Kewajipan Tadabbur Al Quran || Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Masyarakat kita terlalu fokus menghantar Anak-anak mereka untuk menghabiskan hafazan Al Quran berbanding memahami atau tadabbur Al Quran. Adakah cara sebegini benar? Boleh kita dengar penjelasan ringkas dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman berkaitan hal ini agar kita tidak tersasar dari melakukan hal yang sepatutnya.
Sila share agar lebih ramai mendapat manfaat dan bersama menanam saham akhirat.
www.ghulamaldakwah.com
#TadabburAlQuran
Sumber
Rahsia Mencapai Kebahagiaan Yang Allah Janjikan Dalam Al Quran || Ustaz Abd Muein Abd Rahman
๐ฅ๐ฎ๐ต๐๐ถ๐ฎ ๐ ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ถ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ด๐ถ๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐น๐น๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ป๐ท๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐๐น ๐ค๐๐ฟ๐ฎ๐ป
Semua manusia melakukan berbagai macam usaha untuk mencapai kebahagiaan dalam hidupnya. Sehinggakan usahanya siang malam bekerja demi menambah kekayaan kerana disangkanya harta adalah jalan mendapat kebahagiaan hidup. Berbeza dengan orang yang beriman yang menjadikan Al Quran teman dan panduan hidupnya. Jom dengar penjelasan dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman berkenaan hal ini agar kita tidak tersasar dari jalan menuju kebahagiaan yang abadi.
Youtube : https://youtu.be/iEJ8s2kwgzQ
www.ghulamaldakwah.com
#RahsiaMencapaiKebahagiaan
#TadabburAlQuran
Sumber
Jom Sertai Agent Dakwah GAD
๐๐ผ๐บ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ถ ๐๐ด๐ฒ๐ป๐ ๐๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ต ๐๐๐
๐ฐ Syarat menjadi Agent Ghulam al Dakwah (GAD)
1. Pelajar tadabbur Al Quran melalui online@offline
2. Telah mengikuti kelas tadabbur Al Quran selama lebih 3 bulan.
3. Pelajar perlu mencari golongan asnaf yang sangat memerlukan bantuan dan pergi berjumpa sendiri untuk mendapatkan detail masalah.
4. Ambil gambar sekadarnya sebagai bukti.
5. Hantar maklumat pada Puan Haniza atau Ustaz Danial.
6. Pihak GAD akan menilai dan membuat keputusan samada perlu dibantu, berapa jumlah bantuan dan cara untuk membantu.
7.Menyampaikan mesej dakwah adalah tujuan utama kepada sasaran/madโu.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Danial (+60 10-839 9514) atau Pn Haniza (+60 10-627 2655).
www.ghulamaldakwah.com
Sumber
Hakikat Kehidupan Dunia || Ustaz Abd Muein Abd Rahman
๐๐ฎ๐ธ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ต๐ถ๐ฑ๐๐ฝ๐ฎ๐ป ๐๐๐ป๐ถ๐ฎ
Semua kita tahu bahawa setiap kehidupan di dunia pasti akan berakhir dengan kematian. Ramai yang tahu tetapi ianya hanya sekadar pengetahuan biasa kerana kefahaman tentang kehidupan dunia yang bersifat sementara hanya di bibir dan belum meresap sehingga ke dalam hatinya sehingga mampu mengubah hidupnya. Jom dengar penjelasan dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman tentang sifat kehidupan dunia yang telah Allah perincikan di dalam Al Quran agar lebih meresap ke dalam jiwa kita.
Youtube : https://youtu.be/rNY_gANKiCQ
www.ghulamaldakwah.com
#HakikatKehidupanDunia
#TadabburAlQuran
#GhulamAlDakwah
Sumber
Ziarah & Dakwah – Abg Nazali Alam Jaya (15 Jan 2021)
Alhamdulillah selepas kelas Tadabbur Al Quran, kami sempat menyelesaikan keperluan keluarga miskin di Alam Jaya, Puncak Alam. Bagi yang berminat menjadi agen dakwah GAD, boleh ambil kaedah dan pengalaman bersama Ustaz Abd Muein Abd Rahman dalam menyantuni mereka yang memerlukan.
#ZiarahDakwahGAD
Sumber
Pekerjaan Utama Orang Beriman Adalah Beramal Soleh || Ustaz Abd Muein Abd Rahman
๐ฃ๐๐๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐จ๐ง๐๐ ๐ ๐ข๐ฅ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐ฆ๐ข๐๐๐
Ramai yang kehilangan kerja kerana PKP. Bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia. Pada fikiran kita, kerja adalah untuk hidup dan mendapat rezeki. Tetapi berlainan bagi seorang Muslim yang menjadikan Al Quran sebagai panduan, selagi kita hidup, ada pekerjaan yang lebih utama dari yang sedang kita cari atau harapkan. Jom dengar penjelasan dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman tentang pekerjaan utama bagi orang beriman.
Youtube : https://youtu.be/ciTD_Zg9TVg
www.ghulamaldakwah.com
Sumber