[ad_1]
[LIVE] 27/03/2019 Rabu, Ybhg. Ustaz Abd Muein Abd Rahman (Surah Asy Syu’ara Ayat 185-191)
[fb_vid id=”photo_id”:”1965181747124106″”][fb_vid id=”1965181747124106″]
[ad_2]
Sumber
[ad_1]
[LIVE] 27/03/2019 Rabu, Ybhg. Ustaz Abd Muein Abd Rahman (Surah Asy Syu’ara Ayat 185-191)
[fb_vid id=”photo_id”:”1965181747124106″”][fb_vid id=”1965181747124106″]
[ad_2]
Sumber
Comments are closed.
Menipu dlm timbangan
Hati tenang bila dlm majlis ilmu
Tukang sihir lbh teruk..
Yg menyihir itu berdosa
Kena rasuk.. Blh x sedar diri.. Cakap melalut
Org yg berakal sahaja yg akan mengambil ibrah dan pengajaran drpd kisah para nabi ~surah yusuf, ayat 111~
Yusuf 12:111
لَقَدْ كَانَ فِى قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِن تَصْدِيقَ ٱلَّذِى بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَىْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Sungguh, pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang yang mempunyai akal. (Al-Qur’an) itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya, menjelaskan segala sesuatu, dan (sebagai) petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.
Audio?
Surah As Shuara Ayat 185-191 (27/3/2019)
Ayat 185
Mereka berkata sesungguhnya hanyalah engkau dari orang-orang yang disihir
Ayat 186
Dan tidaklah engkau kecuali manusia seperti kami dan sesungguhnya kami kira engkau pasti dari kalangan pendusta.
Kaum Aikah merasakan Nabi Syuaib manusia biasa sahaja. Memang Nabi mausia biasa tetapi nabi diberikan wahyu
Surah Al Kahfi ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.
Ayat 187
Maka jatuhkan atau gugurkan ke atas kami kepingan-kepingan (atau potongan-potongan) azab dari langit sekiranya adalah engkau dari orang-orang yang benar.
Kaum Nabi Saleh meminta bukti, maka Allah berikan unta. Kaum Aikah lebih kurang ajar dengan meminta azab, menghina nabi hingga ke tahap itu. Orang kafir sekarang tidak ada langsung yang meminta azab sebegini pun .
Kisah-kisah nabi yang terdahulu adalah hiburan untuk Rasulullah , kerana dugaan orang terdahulu adalah lebih berat lagi.
Kaum Aikah dan kaum nabi-nabi terdahulu menghina nabi kerana nabi-nabi BERDAKWAH kepada mereka. Orang kafir sekarang menghina para nabi sedangkan kita tidak berdakwah kepada mereka.
Ayat 188
Dia (Nabi Syuaib) berkata Tuhanku lebih mengetahui apa yang kamu lakukan
Apa maksud reaksi Nabi Syuaib ini?
Nabi Syuaib tidak melenting, kerana apa yang disampaikan (dakwah) adalah dari Allah, dan semua kesesatan, penipuan atas timbangan kaum Aikah semua Allah tahu. Tidak perlu melenting kerana Allah tahu dan kita serahkan kepada Allah semula.
Kaum musyrikin Mekah juga pernah cabar Rasulullah supaya turunkan azab.
Surah Al Anfal ayat 31- 32
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengarnya. Kalau kami mahu, nescaya kami dapat mengatakan (kata-kata) seperti (Al-Quran) ini. (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah cerita cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.
(Orang kafir juga dengar ayat Quran, maknanya Rasulullah sudah sampaikan, dan para sahabat sudah sampaikan. Jika orang kafir kata Al Quran itu mengarut, itu juga perkara biasa kerana sudah disebutkan di dalam Al Quran. Orang Islam sendiri yang tidak mengambil pengajaran dari Al Quran juga sebenarnya menganggap Al Quran itu seperti cerita dongeng)
Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Makkah) berkata: “Wahai tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya”
(Orang musyrikin Mekah juga sebut Allahumma, dan ramai yang namakan anaknya Abdullah. )
Ini lambang kebiadapan orang musyrikin Mekah. Tapi Rasulullah juga tidak melenting. Tugas kita adalah berdakwah dengan berhikmah
Ayat 189
Lalu mereka mendustakannya, lalu azab menimpa mereka pada hari awan . sesungguhnya ia adalah azab hari besar
Azab kaum Aikah adalah mereka kepanasan kerana tiada awan. Awan berada di kawasan sebelah kawasan mereka. Mereka pergi ke kawasan berawan kerana berharapan untuk mendapat perlindungan awan. Apabila mereka sampai di bawah naungan awan, turun petir dan api yang membakar mereka hingga mereka mati bergelimpangan. Tetapi jangan kita rasakan yang Allah ituzalim kerana Allah sudah berikan peringatan.
Ayat 190
Sesungguhnya pada demikian itu pasti ada tanda (kebesaran Allah) dan tidaklah kebanyakan mereka beriman
Lebih ramai yang kufur, bukan sahaja kaum Aikah, tetapi semua manusia
Ayat 191
Dan sesungguhnya Tuhan engkau pasti Dia sahaja Al Aziz (Maha Perkasa) Maha Penyayang.
Sesiapa yang kufur,, Allah akan azab dan azab Allah sangat luar biasa, dan siapa yang beriman, Allah akan selamatkan dengan rahmat Allah. Dalam setiap kisah yang Allah berikan, pasti ada yang selamat. Tetapi yang pilih syurga hanya 1 dari 1000. 999 lagi memilih neraka
Pengajaran dari kisah para nabi, hanya orang yang berakal akan mendapat pengajarannya.
Surah Yusuf ayat 111
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
Surah Yusuf ayat 91-92
Mereka berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah”. Yusuf berkata: “Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.
Sebelum ini Nabi Yusuf dibuang ke dalam telaga kerana abang-abangnya cemburu kerana ayahnya melebihkannya, tetapi sekarang abang-abangnya mengakui yang Allah yang melebihkannya. Walaupun abang-abangnya sudah merancang untuk membunuhnya, sifat seorang nabi, baginda maafkan dan tidak mencela dan tidak meminta abang-abangnya mencela dirinya sendiri. Malah Baginda minta Allah ampunkan diri abang-abangnya. Perasaan ehsan terhadap yang berbuat jahat terhadap dirinya. Ini sifat yang sangat terpuji. Tetap merendah diri walaupun berada di puncak kuasa. Manusia yang lebih dekat dengan Allah, lebih mudah maafkan orang.
Surah Yusuf ayat 97
Mereka berkata: “Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah”.
Ini pengakuan dan penyesalan adik beradik Nabi Yusuf kepada ayah mereka. Mereka tidak sebut satu persatu dosa mereka. Pengajarannya adalah tidak perlu sebut sesuatu yang mungkin boleh membuatkan orang itu marah kembali atau luka lama berdarah kembali.
Surah Yusuf ayat 98
Nabi Yaakub berkata: “Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
Nabi Yusuf terus minta ampun, tetapi Nabi Yaakub sebut AKAN minta ampun . Nabi Yaakub mahu doakan untuk anak-anak pada waktu yang mustajab iaitu pada sepertiga malam, bukan pada ketika itu. Satu tafsir lagi , anak-anak Nabi Yaakub banyak buat dosa pada Nabi Yusuf, bukan pada Nabi Yaakub. Nabi Yaakub mahu lihat dahulu Nabi Yusuf maafkan dahulu. Nabi Yaakub juga pendidik, mesti tegas dan dosa anak-anaknya adalah besar, perlu masa.
Kenapa Nabi Yusuf maafkan terus? Adik-beradiknya datang dalam keadaan sangat berhajat , mahu minta bantuan, mereka dalam keadaan takut dan tidak kenal siapa itu Nabi Yusuf. Kemudian mereka tahu yang ketua negara itu adalah Nabi Yusuf. Nabi Yusuf tidak mahu mereka dalam keadaan takut, maka Baginda ampunkan terus dan terus minta pada Allah ampunkan dosa mereka.
Doa yang paling penting untuk seorang anak minta ibu bapa doakan adalah doakan agar Allah ampunkan dosa
Pengajaran dari kisah para nabi
1) Kesabaran para rasul dan keikhlasan mereka berdakwah mengajak manusia kepada Allah iaitu mereka tidak peduli pun mereka dihina , dituduh gila hanya kerana berdakwah di jalan Allah. Jika kita buat kerja agama dan dihina, jangan rasa jemu. Apabila kita sabar, kita akan dinaikkan darjat di sisi Allah.
2) Semua kisah-kisah para nabi dan umat terdahulu adalah hiburan kepada para pendakwah supaya mereka tidak jemu, tidak kecewa dengan ujian yang dihadapi kerana ujian kepada para nabi dahulu jauh lebih berat dan dahsyat
3) Kisah-kisah umat dahulu adalah untuk memberi amaran keras kepada mereka-mereka yang mengingkari ajaran Islam dan menentang rasul
4) Kisah umat dahulu menunjukkan kebesaran dan kehebatan Allah yang boleh menurunkan azab bila-bila masa dan di mana-mana sahaja hanya dengan perkara yang kecil seperti angin, air, suara. Dan Allah juga boleh menyelamatkan daripada azab siapa yang Dia mahu selamatkan.
5) Kisah-kisah ini menunjukkan bahawa manusia boleh menjadi jahat dan melampau sehingga tahap mereka menghina para nabi dan mencabar Allah.
Kesalahan-kesalahan orang yang solat di dalam masjid
1) Masuk ke dalam masjid dengan pakaian yang buruk dan busuk sedangkan dia mampu untuk berpakaian yang elok contoh kopiah berkulat, badan berbau.
Surah Al Araf ayat 31: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
2) Keluar dari masjid selepas azan .
3) Berhadas di dalam masjid . makruh duduk di dalam masjid tanpa wudhu. Imam Ahmad rahimahullah meriwayatkan pula dari Abu ‘Abdirrahman, ia berkata: “Aku mendengar ‘Ali berkata: ‘Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا جَلَسَ فِيْ مُصَلاَّهُ بَعْدَ الصَّلاَةِ صَلَّتْ عَلَيْهِ الْمَلاَئِكَةُ، وَصَلاَتُهُمْ عَلَيْهِ: اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اَللَّهُمَّ ارْحَمْهُ. وَإِنْ جَلَ يَنْتَظِرُ الصَّلاَةَ صَلَّتْ عَلَيْهِ الْمَلاَئِكَةُ وَصَلاَتُهُمْ عَلَيْهِ: اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اَللَّهُمَّ ارْحَمْهُ.
‘Sesungguhnya jika seorang hamba duduk di masjid setelah melaksanakan shalat, maka para Malaikat akan bershalawat untuknya, dan shalawat mereka kepadanya adalah dengan berkata: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah, sayangilah ia.’ Jika ia duduk untuk menunggu shalat, maka para Malaikat akan bershalawat kepadanya, shalawat mereka kepadanya adalah dengan berdo’a: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah, sayangilah ia.’”
[Al-Musnad (II/292 no. 1218). Syaikh Ahmad Syakir menghasankan sanadnya, lihat catatan pinggir kitab al-Musnad (XVI/32)