TARIKH: 26 Jun 2021 (Sabtu)
TEMPAT: Bahau/Jempul & Seri Menanti

Misi kali ini hasil kerjasama wakil GAD di Darul Zahra Jempol dan wakil dari Seri Menanti. Bantuan disampaikan dari rumah ke rumah asnaf dan dipantau oleh pihak APM & JKM Jempol.Mereka juga menghantar wakil mereka utk ikut serta dalam misi kali ini.

Walaupun dari awal permohonan kelulusan agak menyukarkan, namun berkat kesabaran dan semangat utk teruskan misi akhirnya berjalan lancar dan segala urusan perjalanan dakwah dipermudahkan Allah.

Tidak seperti kebiasaan, perlaksanaan kali ini di kawal ketat oleh pihak² dari wakil JKM & APM.

Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak terbatas, namun asnaf² yg layak menerima bantuan telah pun menerima hak mereka dgn baik.

Jazakumullahu Khayr kpd semua penginfak².Semoga Allah membalas jasa baik kalian diakhirat kelak.

Seperti biasa tazkirah ringkas juga diberikan pd penerima² bantuan, juga barangan asas keperluan dapur dan sedikit wang sumbangan drpd GAD.

Sumber