[ad_1]

Misi Dakwah GAD di Pulau Jambongan (19-20 Jan 2019)

Link : https://youtu.be/sgtT-KhPU3M

Misi Dakwah & Kebajikan yang diadakan pada 19-20 Jan 2019 lepas diketuai oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman merupakan siri pertama bagi Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor menyantuni penduduk di Pulau Jambongan.

Perjalanan yang jauh dengan menaiki Van mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan jarak anggaran 250km dari bandar Sandakan ke Jeti Paitan yang berada dalam daerah Beluran, Sabah. Setibanya kami di Jeti Paitan, kami perlu menaiki bot pula dengan meredah sungai selama hampir 1jam dan merentas lautan selama 30minit dalam keadaan hujan renyai, angin yang kencang dan berombak sepanjang perjalanan untuk tiba di Kg Hujung, Pulau Jambongan.

Program yang disusun adalah di Sek Keb Malalin dengan kerjasama MADS pada jam 2.00pm dan sekali lagi kami perlu menaiki bot menuju ke sana selama 20minit. Kemudahan di Pulau Jambongan sangat dhaif kerana terlalu ketinggalan dari segi kemajuan infrastruktur yang sewajarnya disediakan kerana langsung tiada jalan bertar, tiada bekalan air bersih melainkan air hujan yang ditadah, tidak ada kemudahan elektrik dan bahkan tiada talian telefon melainkan menara telekomunikasi milik kem tentera dan itupun radarnya hanya ada di beberapa kawasan sahaja.

Jemput menonton rakaman perjalanan kami sepanjang ke Pulau Jambongan, Beluran, Sabah demi menyampaikan sebuah kalam Allah…

#PulauJambongan
#MisiDakwahGAD
#GhulamAlDakwah

Misi Dakwah GAD di Pulau Jambongan (19-20 Jan 2019)

Misi Dakwah & Kebajikan yang diadakan pada 19-20 Jan 2019 merupakan siri pertama bagi Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor menyantuni penduduk di Pulau Jambo…
[ad_2]

Source