Pulang dengan fizikal yang sangat memenatkan, tetapi sangat berbaloi kerana pera…

[ad_1]

Pulang dengan fizikal yang sangat memenatkan, tetapi sangat berbaloi kerana perasaan yang dibawa pulang itu bahagia.

Manusia mencari pelbagai jalan memenuhi kebahagiaan sepanjang hidupnya. Tapi tak ramai yang menemui kebahagiaan yang sifatnya kekal dan berpanjangan. Kerana pemilik kebahagiaan itu bukan kita, bukan harta, bukan pangkat, bukan pemerintah, bukan jua apa yang kita sangka. Pemilik kebahagiaan itu adalah sang penguasa, pentadbir, pengurus, pemilik apa yang ada di bumi dan di langit sehingga ke langit tinggi.

Dia memberi kepada sesiapa yang Dia kehendaki…. Semoga kita juga sebahagian penerima pingat kebahagiaan yang sejati.

.





[ad_2]

Source

Misi Dakwah GAD di Pulau Jambongan (19-20 Jan 2019)

[ad_1]

Misi Dakwah GAD di Pulau Jambongan (19-20 Jan 2019)

Link : https://youtu.be/sgtT-KhPU3M

Misi Dakwah & Kebajikan yang diadakan pada 19-20 Jan 2019 lepas diketuai oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman merupakan siri pertama bagi Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor menyantuni penduduk di Pulau Jambongan.

Perjalanan yang jauh dengan menaiki Van mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan jarak anggaran 250km dari bandar Sandakan ke Jeti Paitan yang berada dalam daerah Beluran, Sabah. Setibanya kami di Jeti Paitan, kami perlu menaiki bot pula dengan meredah sungai selama hampir 1jam dan merentas lautan selama 30minit dalam keadaan hujan renyai, angin yang kencang dan berombak sepanjang perjalanan untuk tiba di Kg Hujung, Pulau Jambongan.

Program yang disusun adalah di Sek Keb Malalin dengan kerjasama MADS pada jam 2.00pm dan sekali lagi kami perlu menaiki bot menuju ke sana selama 20minit. Kemudahan di Pulau Jambongan sangat dhaif kerana terlalu ketinggalan dari segi kemajuan infrastruktur yang sewajarnya disediakan kerana langsung tiada jalan bertar, tiada bekalan air bersih melainkan air hujan yang ditadah, tidak ada kemudahan elektrik dan bahkan tiada talian telefon melainkan menara telekomunikasi milik kem tentera dan itupun radarnya hanya ada di beberapa kawasan sahaja.

Jemput menonton rakaman perjalanan kami sepanjang ke Pulau Jambongan, Beluran, Sabah demi menyampaikan sebuah kalam Allah…

#PulauJambongan
#MisiDakwahGAD
#GhulamAlDakwah

Misi Dakwah GAD di Pulau Jambongan (19-20 Jan 2019)

Misi Dakwah & Kebajikan yang diadakan pada 19-20 Jan 2019 merupakan siri pertama bagi Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor menyantuni penduduk di Pulau Jambo…
[ad_2]

Source

Lihat Membantu yang memerlukan – Misi Khas Kg Sampah Sandakan (18 Jan 2019)

[ad_1]

Misi khas ke Sandakan dengan program pertama menziarahi penduduk Kg Sampah yang berhampiran dengan bandar Sandakan. Sesi tazkirah selama 30 minit dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman dan diteruskan dengan agihan wang zakat.

Terima kasih kepada Madrasah Darus Sunnah (MADS) di atas kerjasama dalam…

[fb_vid id=”377431999741196″]
[ad_2]

Source

Alhamdulillah semoga Allah menerima usaha ini sebagai suatu amalan soleh sebagai…

[ad_1]

Alhamdulillah semoga Allah menerima usaha ini sebagai suatu amalan soleh sebagaimana doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang Allah rakamkan di dalam AL Quran :

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

“Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau-lah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang“. (QS. Al-Baqarah: 127-128).


[ad_2]

Source

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor