[ad_1]
Penilaian AKHIR Pelajar Iqra dan AL Quran tajaan GAD di Semporna SABAH!
1. Alhamdulillah pertandingan peringkat kelas di antara para pelajar Iqra dan AL Quran tajaan GAD telah berakhir dengan jayanya semalam.
2. Kategori yang dipertandingkan adalah
i. Kategori Bacaan Iqra bersama hafalan Hadis dari Doa dan zikir harian buku 66 Doa yang ditulis oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman.
ii. Kategori Bacaan Al Quran dan penilaian tajwid bersama hafalan Hadis dari Doa dan zikir harian buku 66 Doa yang ditulis oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman.
3. Setiap guru diwajibkan untuk membawa tiga orang pelajar cemerlang dari kelas yang diajar untuk dipertandingkan pada setiap kategori. Para juri dan hakim yang diwakili oleh Ustaz Abd Muein dan Hj Dzulkifli bagi kategori Al Quran manakala kategori Iqra diadili oleh Pn Rohaya dan Pn Haniza.
4. Setiap kategori diberikan hadiah wang tunai dan sijil penyertaan. Johan bagi setiap kategori akan membawa pulang wang tunai Rm100, buku wirid pagi dan petang serta sijil penyertaan. Manakala bagi tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima akan membawa pulang wang tunai Rm70, Rm50, Rm30 dan Rm20 beserta buku wirid pagi petang dan sijil penyertaan.
5. *Apa yang mengagumkan kami adalah juara bagi kategori Al Quran dan hafalan doa dan zikir harian jatuh kepada adik Zakri yang berjaya membaca Al Quran dengan lancar, makhraj yang betul, berjaya menjawab beberapa hukum tajwid dengan tepat dan yang utama adalah berjaya menghafal sebanyak 32 jenis doa dan zikir harian beserta TERJEMAHAN dan RIWAYAT (contohnya doa masuk tandas diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari)! Apa yang menyebabkan kami kagum kepada anak anak ini adalah kerana mereka BUKAN DARI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH kerana status mereka warga tanpa negara!*
6. Persaingan antara mereka agak sengit kerana ramai yang berkebolehan untuk mencapai kemajuan dalam masa yang singkat. Bahkan tidak sampai sebulan mereka mampu menghafal dengan baik. Pertandingan ini yang melibatkan beberapa kelas seperti pelajar dari Kg Panji, Kg Halo, Kg Bangau-Bangau, Kg Pinggir Bakau dan Kg Labuan Haji dan guru guru mereka kebanyakannya tidak memiliki kelayakan akademik yang tinggi pun untuk mengajar dan memastikan pelajarnya mampu membaca, menghafal dan seterusnya mengamalkannya setiap hari.
7. Kita juga memberikan anugerah kepada tiga orang guru cemerlang (hadiah wang tunai dan sijil Anugerah cemerlang) mengikut kreativiti teknik mereka mengajar, kejayaan mendidik seberapa ramai pelajar yang mampu membaca dan menghafal dengan baik dan sejauh mana mereka sudah mendengar dan memahami Tadabbur Al Quran yang diberi kepada mereka (pendrive OTG 64gb yang memuatkan siri rakaman Tadabbur Al Quran Juz Amma dan Surah Al Fatihah yang disampaikan oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman).
8. Semoga mereka semua menjadi perintis dakwah pada masa hadapan. Ayuh kita semua terus bekerja untuk mengembangkan Islam agar Islam terus meresap kepada seluruh manusia tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa bahkan taraf warganegara sekalipun kerana mereka juga tetap manusia dan bakal menjadi manusia yang bermanfaat pada masa hadapan! Doakan semoga Islam terus subur di bumi Semporna Sabah!
=====================
Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :
https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/
#MisiKhasSempornaJun2019
#GhulamAlDakwah
[ad_2]
Sumber