[ad_1]
Petang tadi setibanya kami di Jeti Pelancong Semporna, kami bertolak ke Pulau Maiga untuk agihan zakat kepada semua penduduk bajau laut dan Suluk yang menetap di Pulau Maiga.
Setibanya kami di Pulau Maiga, kami disambut baik oleh grup jemaah tabligh dari Terengganu yang telah 5 hari bermusafir dan berdakwah di sekitar Pulau Maiga. Cerita mereka akan saya kongsi kan dalam posting seterusnya tentang usaha kebajikan dan dakwah yang telah mereka lakukan di Pulau Maiga.
Alhamdulillah selepas Asar tadi telah selesai semua agihan wang zakat kepada 51 buah keluarga di Pulau Maiga, Semporna Sabah. Sebelum sesi agihan, Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman dan intipati Tazkirah tadi mengingatkan mereka tentang kebesaran dan rahmat Allah yang hadir kepada mereka dan menyeru mereka untuk belajar tentang Islam dengan Ustaz Rijal yang telah ditaja oleh GAD untuk mengajar iqra, Al Quran dan fardhu ain kepada penduduk di sana. Semoga rahmat dan hidayah Allah bersama mereka dan dengan harapan akan lahir perintis daie yang akan mewarisi usaha dakwah para anbia untuk mengislahkan komuniti bajau laut yang terpinggir dari arus ketamadunan manusia.
=========================
Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :
https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/
#MisiKhasSempornaSandakanMei2019
#MisiKhasRamadhan
#GhulamAlDakwah
[ad_2]
Sumber