Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor di bawah pimpinan Ustaz Abd Muein Abd Rahman ingin membuka peluang infaq kepada orang ramai untuk menyumbang kepada sebuah projek pembinaan Masjid & Rumah Anak Yatim yang melibatkan :
1. Sebuah bangunan Masjid (RM120,000)
2. Dua buah bangunan asrama pelajar lelaki & perempuan (RM420,000)
3. Dua buah bangunan akademik – 12 bilik kelas (RM250,000)
4. Sebuah bangunan pejabat (RM80,000)
Jumlah keseluruhan projek ini dianggarkan RM870,000 dan tempat ini akan beroperasi sebagai sekolah yang menempatkan anak-anak yatim Muslim sekitar daerah Ibadan, Nigeria.
Pihak Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor telah memberi pendahuluan sebanyak RM80,000 dan setakat ini fasa pertama pembinaan adalah bangunan masjid yang hanya berjaya siap sehingga binaan dinding sahaja dan terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan bajet untuk menyiapkan sebuah bangunan masjid bagi fasa pertama projek ini.
Oleh yang demikian, pihak kami berhasrat akan membuat lawatan khas ke sana dalam masa terdekat untuk memantau dan meneruskan usaha membuat kutipan dana bagi tujuan tersebut. Semoga segala sumbangan yang anda hulurkan demi memastikan risalah Islam terus subur di bumi Nigeria menjadi pahala kebajikan yang berterusan insha Allah.
Firman Allah.
وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
“Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rizki yang terbaik” [Surah Saba’ 34 : 39]
dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
مَا مِنْ يَومٍ يُصْبِخُ الْعِبَادُ فِيْهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ، فَيَقُوْلُ أَحَدُهُمَا : اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُوْلُ اْلآخَرُ : اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
“ Tidaklah para hamba berada di pagi hari kecuali di dalamnya terdapat dua malaikat yang turun. Salah satunya berdo’a, ‘Ya Allah, berikanlah kepada orang yang berinfak ganti (dari apa yang ia infakkan)’. Sedang yang lain berkata, ‘Ya Allah, berikanlah kepada orang yang menahan (hartanya) kebinasaan (hartanya)”
[Shahihul Bukhari, Kitab Az-Zakah, Bab Firman Allah Tentang Do’a : Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang menginfakkan hartanya’ no. 1442, 3/304]
Sumbangan anda boleh disalurkan melalui link berikut :
https://ghulamaldakwah.com/donations/nigeria/
#ProjekPembinaanMasjidNIGERIA
Sumber