Misi Dakwah & Bantuan Kemanusiaan PKP 3.0 – Pulau Pinang



MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PKP 3.0 PULAU PINANG.
Tempat: Kg Nelayan Teluk Kumbar & Kg Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Hari: Jumaat & Sabtu 2-3/7/2021

Salurkan INFAQ anda ke:
MAYBANK
PERTUBUHAN GHULAM AL DAKWAH SELANGOR
NO AKAUN: 5624 7815 5104
BANK ISLAM
PERTUBUHAN GHULAM AL DAKWAH SELANGOR
NO AKAUN: 1218 6010 0057 49

Sumber

ZIARAH & DAKWAH – (Musibah Sakit)



Kelebihan ziarah orang sakit.
Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mempereratkan lagi hubungan ukhuwwah sesama muslim dan silaturrahim sesama keluarga.
Amalan ziarah sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar pada masa sakit sahaja. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar,
sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw:
Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]

Sumber

Perumpamaan Air Hujan & Bumi Yang Subur Dalam Al Quran || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



𝗣𝗲𝗿𝘂𝗺𝗽𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗔𝗶𝗿 𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 & 𝗕𝘂𝗺𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗿 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗔𝗹 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻

Pelbagai perumpamaan yang telah Allah rakamkan di dalam Al Quran supaya manusia mengambil peringatan . Antara perumpamaan yang sangat jelas adalah penciptaan air hujan & bumi yang subur yang Allah gambarkan di dalam Al Quran untuk kita berfikir kebesaran & kehebatan ciptaanNya.

Dengarkan tazkirah daripada Ustaz Abd Muein Abd Rahman berkaitan perumpamaan dan kaitan antara air hujan & bumi yang subur yang sangat penting untuk kita faham dan sampaikan.

Sila share tazkirah ini supaya lebih ramai mendapat manfaat dan marilah bersama mendidik masyarakat untuk lebih memahami kalam Allah yang agung.

Youtube : https://youtu.be/-EU24G1y7QE

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah6Minit
#TadabburAlQuran

Sumber

Menjaga Keseimbangan Hubungan Dengan Allah & Sesama Manusia || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗛𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 & 𝗦𝗲𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮

Tazkirah ringkas daripada Ustaz Abd Muein Abd Rahman berkenaan menjaga Keseimbangan Hubungan Dengan Allah & Sesama Manusia.

Sila share agar lebih ramai mendapat manfaat.

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah4Minit
#tadabburAlQuran

Sumber

Tidak Ada Bahaya & Kesedihan Yang Menimpa Orang Beriman || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗔𝗱𝗮 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 & 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗱𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝗶𝗺𝗽𝗮 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻

Allah mengulangi ayat فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ di beberapa ayat dalam Al Quran. Bagaimana kita hendak memahami ayat ini yang menjadi penawar bagi orang yang beriman.

Dengarkan tazkirah daripada Ustaz Abd Muein Abd Rahman agar ‘vaksin’ ini menjadi penawar segala musibah yang melanda hidup kita. Sila share agar lebih ramai mendapat manfaat dan bersama menanam saham akhirat.

Youtube : https://youtu.be/gHzimqMVrqw

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah9Minit
#TadabburAlQuran

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor