Antara rumah yang sempat kami rakamkan secara langsung petang tadi adalah sebuah rumah yang dihuni oleh hampir 20 orang dan keluasan rumah mereka tidaklah lebih dari 100kakipersegi. Namun beginilah kehidupan mereka yang melarat sehinggakan disitulah tempat mereka tidur dan makan bersama.
Tiada privasi untuk mereka bersama, bahkan jika ada yang berbaring maka selebihnya hanya mampu duduk atau merayau di luar mencari ruang keselesaan diri yang sekadar ada.
Rata rata rumah di perkampungan atas air ini semuanya boleh dikatakan miskin tegar dan harus untuk mereka menerima wang zakat. Namun, dengan berbekalkan dana yang ada kami hanyalah mampu memilih di kalangan mereka yang lebih dhaif hidupnya berbanding yang lain.
Maka projek seterusnya adalah menyiapkan sebuah rumah untuk mereka agar adalah ruang untuk mereka merasai keselesaan hidup yang tidak seberapa dan seperti biasa inilah peluang yang kami gunakan untuk menyampaikan risalah kebenaran kepada mereka. Semoga mereka menerima kehidupan dengan redha dan mula menyedari untuk mencari bekal bekal kehidupan selepas kematian. Tugas kami hanyalah menyampaikan dan Allah jualah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.
#MisiKhas12
#22Julai2018
#KgBangauBangau
Sumber