Ujian Umat Dahulu Lebih Berat Berbanding Kita || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



𝗨𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗨𝗺𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗞𝗶𝘁𝗮

Jika kita merasakan kesempitan hidup kerana faktor kewangan, ketahuilah bahawa masih ramai di luar sana yang bagaikan kais pagi makan pagi.
Bersyukurlah.
Jika kita merasakan musibah yang melanda hidup kita sudah hebat, sewajarnya kita perlu perhatikan kisah umat dahulu yang jauh lebih hebat ujiannya daripada kita.
Maka bersyukurlah.

Dengarkan tazkirah daripada Ustaz Abd Muein Abd Rahman agar kita lebih bersyukur atas nikmat yang telah kita kecapi hingga hari ini.
Sila share tazkirah ini supaya lebih ramai mendapat manfaat dan marilah bersama mendidik masyarakat untuk lebih memahami kalam Allah yang agung.

Youtube : https://youtu.be/lhcN4tttMMM

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah4Minit
#TadabburAlQuran

Sumber

Adakah Hati Kita Lebih Keras Dari Batu ??? || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗛𝗮𝘁𝗶 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗞𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗮𝘁𝘂 ???

۞ أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

16. Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah Al Hadid : 16)

Luangkan sedikit masa untuk mendengar tadabbur yang disampaikan oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman berkaitan peringatan dari Allah apabila mendengar/membaca ayat Allah tetapi tidak memberi kesan dan dijadikan peringatan kepada dirinya.

Semoga tazkirah ini bermanfaat dan sila sebarkan agar lebih ramai mendapat manfaat dan bersama menanam saham akhirat.

Youtube : https://youtu.be/HWeu8bJCbPw

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah10Minit
#TadabburAlQuran
#GhulamAlDakwah

Sumber

Rumah seluas 100kaki persegi tinggal lebih 10 orang dalam sebuah rumah



Antara rumah yang sempat kami rakamkan secara langsung petang tadi adalah sebuah rumah yang dihuni oleh hampir 20 orang dan keluasan rumah mereka tidaklah lebih dari 100kakipersegi. Namun beginilah kehidupan mereka yang melarat sehinggakan disitulah tempat mereka tidur dan makan bersama.

Tiada privasi untuk mereka bersama, bahkan jika ada yang berbaring maka selebihnya hanya mampu duduk atau merayau di luar mencari ruang keselesaan diri yang sekadar ada.

Rata rata rumah di perkampungan atas air ini semuanya boleh dikatakan miskin tegar dan harus untuk mereka menerima wang zakat. Namun, dengan berbekalkan dana yang ada kami hanyalah mampu memilih di kalangan mereka yang lebih dhaif hidupnya berbanding yang lain.

Maka projek seterusnya adalah menyiapkan sebuah rumah untuk mereka agar adalah ruang untuk mereka merasai keselesaan hidup yang tidak seberapa dan seperti biasa inilah peluang yang kami gunakan untuk menyampaikan risalah kebenaran kepada mereka. Semoga mereka menerima kehidupan dengan redha dan mula menyedari untuk mencari bekal bekal kehidupan selepas kematian. Tugas kami hanyalah menyampaikan dan Allah jualah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.
#MisiKhas12
#22Julai2018
#KgBangauBangau

Sumber

GURU MUALLAF INI MENGAJAR AL QURAN KEPADA LEBIH 200 PELAJAR & KESUNGGUHANNYA MENGAJAR SEHINGGA PEL



GURU MUALLAF INI MENGAJAR AL QURAN KEPADA LEBIH 200 PELAJAR & KESUNGGUHANNYA MENGAJAR SEHINGGA KAMI MENITISKAN AIR MATA

https://youtu.be/yH4ONmfKeq0

Kisah seorang muallaf yang pernah kami kongsikan sebelum ini yang menetap di Kg Perigi, Semporna dengan kehidupan serba kedaifan dan rumah yang begitu sempit, namun tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengajar mengaji Al Quran di teratak yang serba kekurangan.

Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhannya mengajar mengaji Al Quran tanpa sebarang upah atau yuran yang bermula dari jiran jirannya sahaja dan sehingga kini lebih 200 orang pelajar yang datang belajar mengaji dengan beliau tidak mengira usia dari kanak kanak sehingga warga emas yang datang dari luar Kg Perigi dan kampung kampung sekitar Semporna. Bahkan beliau terpaksa menutup perniagaan kecil kecilan beliau menjual kuih muih kerana terpaksa memenuhi permintaan pelajarnya dan pelajar baru kian bertambah setiap minggu dan di teratak sempit itulah beliau mengajar Al Quran yang akan menjadi saksi di akhirat kelak sehinggakan terpaksa mengasingkan kepada beberapa kelas pada sebelah siang dan malam.

Pada kesempatan itu Ustaz sempat menemuramah beberapa pelajar mengaji Al Quran dan perkongsian dalam klip video di atas menitiskan air mata kami kerana kesungguhan dan kesabaran beliau mengajar membuatkan pelajarnya begitu sayang kepadanya bagaikan permata di tengah lautan.

Misi Khas kami bersama Ustaz Abd Muein Abd Rahman pada 8 Apr 2018 lalu antara tujuannya adalah untuk meninjau rumah sewa mengaji Al Quran yang lebih besar dan sesuai untuk menampung jumlah pelajarnya yang ramai untuk mengaji Al Quran. Alhamdulillah setelah lawatan ke rumah tersebut, tuan rumah telah bersetuju memberi sewa dengan harga RM1200 sebulan dan kontrak perjanjian ini dibuat selama 2 tahun. Insha Allah dengan peluang yang ada ini kami ingin membuka seluas luasnya tabung infaq (bagi menampung kos sewa rumah dan elaun guru mengajar Al Quran) bagi memastikan kelas Al Quran ini terus berjalan dan dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung Perigi dan sekitarnya.

Sebagaimana janji Nabi shallallahu a’laihi wasallam yang diriwayatkan oleh
Imam Al-Bukhari dari Hajjaj bin Minhal dari Syu’bah dari Alqamah bin Martsad dari Sa’ad bin Ubaidah dari Abu Abdirrahman As-Sulami dari Utsman bin Affan Radhiyallahu Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ .

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.” (HR Imam Bukhari)

Sekiranya anda ingin merebut pahala yang terbentang luas dan semoga ianya menjadi amal soleh di akhirat kelak, tabung ini sentiasa terbuka untuk kita bersama sama berkongsi pahala kebajikan demi memastikan kalam Allah terus membasahi bibir bibir sekalian manusia yang ingin mencari keampunan Rabbnya.

Sebarang infaq boleh terus disalurkan ke akaun Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor (Maybank : 5624 7815 5104) atau sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Ustaz Abd Muein Abd Rahman (013 996 0971)

*Ikuti kami di Facebook page dan Youtube untuk segala perkembangan aktiviti misi dakwah dan kelas tadabbur Al Quran

#MisiKhasApr2018
#MisiDakwahSemporna

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor