[ad_1]

Sekarang ini isu hina nabi, hampir semua jadi isu. Tapi hina nabi ni berita baru ke lama? Sejak dari dahulu lagi Nabi sudah dihina dan ada Nabi diperlakukan sehingga digergaji, bukan sekadar di lukis gambar dan dikoyak gambarnya, bahkan fikizalnya dikoyak. Tapi ada tak kaum Nabi tu buat demo…

Kalau tanya saya,
kenapa nak demo? buatlah kerja Nabi.

Apa kerja nabi??

Berdakwah!!

Kadang-kadang orang menghina kita, sebab perangai kita bukan elok sangat pun. Apabila kita lemah, akhlak pulak buruk, orang hina tak? Tapi bila Nabi di Madinah, akhlak mulia, walaupun ekonomi tak kukuh tetapi akhlak Nabi sangat mulia, dan berkuasa.

Orang yahudi boleh ke hina nabi?

Tidak!!

Kesannya bukan setakat orang Yahudi terhina tetapi terusir keluar dari Madinah.

Hasil daripada apa itu??

Hasil daripada apa orang yahudi menjadi hina di Madinah???

hasil KERJA DAKWAH…

Kadang-kadang orang yang menghina Nabi ni, dia bukannya faham cerita sebenar. Sebab apa mereka tak faham? Sebab, kita pun tak cerita kepada mereka!

Kita pun kalau tanya anak-anak kita, kenapa Nabi kahwin ramai?
Anak kita pun tak boleh jawab!!
Kenapa ada riwayat mengatakan Nabi berkahwin dengan Aishah bawah umur??
Anak kita pun tak boleh jawab!! Sebab, kita belum cerita kepada mereka sehingga mereka faham!!

Jadi kalau anak kita beragama Islam pun tidak boleh jawab, lagi lah orang kafir yang belum faham tentang Islam. Jadi, pergi lah jelaskan dan pergi lah berdakwah kepada mereka….

Petikan dari kelas Tadabbur Al Quran
Ustaz Abd Muein Abd Rahman

[ad_2]

Sumber