[ad_1]
Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 39-41
Pengajaran ayat 37 :
1. Keluasan rezeki dan kesempitannya semuanya di tangan Allah.
2. Usaha manusia walaupun hebat tidak akan melapangankan rezekinya jika tidak diizinkan oleh Allah dan usaha manusia yang sedikit tidak akan menyempitkan rezekinya.
3. Wajib ke atas setiap orang yang beriman yakin bahawa rezekinya akan melimpah dengan izin Allah dan akan sempit dengan izin Allah.
4. Oleh itu untuk mendapat rezeki yang melimpah syarat pertama ialah mentaati perintah Allah dan menjadi orang yang bertaqwa.
5. Tidak ada manusia yang mengambil manfaat dan pengajaran ayat ayat Allah melainkan orang yang beriman sahaja. Dan sesiapa yang tidak mengambil pengajaran daripada ayat ayat Allah sebenarnya dia belum beriman kepada Allah.
وَأۡمُرۡ أَهۡلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصۡطَبِرۡ عَلَيۡهَاۖ لَا نَسۡـَٔلُكَ رِزۡقٗاۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكَۗ وَٱلۡعَٰقِبَةُ لِلتَّقۡوَىٰ
Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan shalat dan sabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertakwa.
-Sura Ta-Ha, Ayat 132
Apa yang Allah perintahkan dalam ayat ini? Allah perintahkan kita suruh ahli keluarga kita solat. Apabila kita nak suruh keluarga kita solat maka kita dahulu yang kena pastikan jaga solat. Kemudian Allah suruh kita bersabar dalam menyuruh keluarga solat. Kerana sabar untuk diri kita adalah tingkatan sabar yang biasa Tetapi apabila kita nak suruh orang lain taat perintah Allah maka kesabaran lebih tinggi diperlukan.
Kemudian Allah jelaskan supaya jangan risau tentang rezeki kerana urusan rezeki adalah urusan Allah.
وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَوۡلَٰدَكُمۡ خَشۡيَةَ إِمۡلَٰقٖۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُهُمۡ وَإِيَّاكُمۡۚ إِنَّ قَتۡلَهُمۡ كَانَ خِطۡـٔٗا كَبِيرٗا
Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepadamu. Membunuh mereka itu sungguh suatu dosa yang besar.
-Sura Al-Isra', Ayat 31
Apa mesej yang Allah nak sampaikan kepada kita? Kaum jahiliah dulu membunuh anak anak perempuan mereka kerana mereka fikir anak perempuan tidak mampu mencari rezeki dan memberi bebanan hidup kepada mereka. Allah juga nak tempelak kita, contohnya kita sanggup bersabar menguruskan anak sekolah kemudian hantar tuisyen, kemudian sambung universiti dan sanggup bersabar sehingga hal perkahwinan anak pun diuruskan sedangkan Allah perintah kita untuk bersabar dalam hal menyuruh anak anak mentaati perintah Allah, menjaga solat awal waktu, tutup aurat dan sebagainya Tetapi seakan terbalik kita bersabar dalam urusan dunia dan tidak dalam urusan agama.
Pengajaran ayat 38
1. Bagi kaum kerabat, orang miskin dan Ibnu Sabil ada hak daripada harta kita.
2. Wajib memberi kepada 3 golongan ini hak mereka berdasarkan ayat ini.
3. Kelebihan yang paling besar adalah keluarga yang paling dekat.
4. Orang yang paling berhak dibuat baik adalah orang yang paling dekat dan memerlukan.
5. Apabila memberi hak kepada 3 golongan ini wajib memberi ikhlas kerana Allah bukan kerana ihsan semata mata.
6. Ciri ciri orang yang berjaya di dunia dan di akhirat mereka melakukan amal soleh dengan penuh keikhlasan kepada Allah dan membantu orang orang yang berhajat lebih lebih lagi kaum kerabatnya.
Tadabbur ayat 39
وَمَآ ءَاتَيۡتُم مِّن رِّبٗا لِّيَرۡبُوَاْ فِيٓ أَمۡوَٰلِ ٱلنَّاسِ فَلَا يَرۡبُواْ عِندَ ٱللَّهِۖ وَمَآ ءَاتَيۡتُم مِّن زَكَوٰةٖ تُرِيدُونَ وَجۡهَ ٱللَّهِ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُضۡعِفُونَ
Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar harta manusia bertambah, maka tidak bertambah dalam pandangan Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk memperoleh keridhaan Allah, maka itulah orang-orang yang melipatgandakan (pahalanya).
-Sura Ar-Rum, Ayat 39
Riba dari segi bahasa adalah penambahan. Kamu bagi supaya kamu dapat lebih dalam harta manusia maka akibatnya ia tidak akan bertambah di sisi Allah. Pengertiannya kita bagi supaya dengan harapan orang itu ingat jasa kita maka di sisi Allah adalah sia sia. Kita memberi bukan kerana Allah. Contoh lain kita kenal menteri lalu kita beri hadiah kipas kepada anak menteri mungkin sempena hari perkahwinannya lalu dengan harapan kita mendapat balasan yang lebih baik dari menteri tersebut maka di sisi Allah semua adalah sia sia.
Kemudian Allah jelaskan zakat yang diberi kerana Allah adalah mereka itulah orang orang yang di gandakan pahalanya di sisi Allah. Kelebihan orang yang beriman adalah dia mengharapkan balasan hanya dari Allah dan langsung tidak mengharap balasan dari manusia.
لَٰكِنِ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ رَبَّهُمۡ لَهُمۡ جَنَّٰتٞ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا نُزُلٗا مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۗ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ خَيۡرٞ لِّلۡأَبۡرَارِ
Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya, mereka akan mendapat surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya sebagai karunia dari Allah. Dan apa yang di sisi Allah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti.
-Sura Aal-E-Imran, Ayat 198
Kalimah نُزُلٗا adalah bermaksud hidangan yang pertama di hidang kepada tetamu. Maka hidangan pertama pasti yang terbaik. Tetapi dalam syurga Allah tetap sediakan hidangan نُزُلٗا kepada ahli syurga walau hidangan seterusnya.
Tadabbur ayat 40
ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ ثُمَّ رَزَقَكُمۡ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡۖ هَلۡ مِن شُرَكَآئِكُم مَّن يَفۡعَلُ مِن ذَٰلِكُم مِّن شَيۡءٖۚ سُبۡحَٰنَهُۥ وَتَعَٰلَىٰ عَمَّا يُشۡرِكُونَ
Allah yang menciptakan kamu, kemudian memberimu rezeki, lalu mematikanmu, kemudian menghidupkanmu (kembali). Adakah di antara mereka yang kamu sekutukan dengan Allah itu yang dapat berbuat sesuatu yang demikian itu? Mahasuci Dia dan Mahatinggi dari apa yang mereka persekutukan.
-Sura Ar-Rum, Ayat 40
Ada empat perkara yang Allah lakukan kepada kita
1. Mencipta kita
2. Memberi rezeki
3. Mematikan
4. Menghidupkan
Antara 4 ini mana yang kita kurang yakin tentang Allah? Rezeki! Allah nak jelaskan bahawa Dia bukan sahaja mencipta, menghidupkan dan mematikan bahkan Allah juga mengurus rezeki kita. Hari ini yang merisaukan kita adalah hal rezeki.
Kemudian Allah nyatakan adakah ada sembahan kamu itu dapat berbuat seperti 4 perkara itu? Lalu Allah tegaskan Maha Suci Allah dari sifat kekurangan dan Maha Tinggi dari apa yang disekutukannya.
Bila Allah suruh kita bertaubat, berbuat kebaikan Allah guna perkataan Bersegeralah. Tapi bila bab rezeki Allah guna perkataan Berjalan – فمشو bermaksud Allah nak jelaskan jangan kelam kabut tentang rezeki tentu Dia akan uruskan dan tentukan.
۞وَمَا مِن دَآبَّةٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا وَيَعۡلَمُ مُسۡتَقَرَّهَا وَمُسۡتَوۡدَعَهَاۚ كُلّٞ فِي كِتَٰبٖ مُّبِينٖ
Dan tidak satupun semua makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).
-Sura Hud, Ayat 6
Allah jelaskan bahawa Dia yang akan uruskan semua rezeki makhlukNya termasuk manusia, haiwan, serangga kecil, tumbuhan dan apa sahaja telah ditetapkan oleh Allah.
Tadabbur ayat 41
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ
Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
-Sura Ar-Rum, Ayat 41
Telah muncul segala kerusakan di darat dan di lautan. Apa maksud kerusakan? Perbuatan syirik kepada Allah. Kerusakan juga termasuk bencana alam dan perbuatan maksiat yang dilakukan di darat dan di lautan. Semua itu puncanya dari tangan manusia. Kenapa Allah beri musibah kepada manusia yang terjadi kerana perbuatan manusia? Supaya Allah nak kita rasa sebahagian akibat perbuatan yang telah manusia lakukan.
Kenapa Allah sebut sebahagian? Tujuannya adalah untuk memberi peluang manusia bertaubat. Jika Allah balas semua perbuatan manusia maka hancur lah seluruhnya.
وَلَوۡ يُؤَاخِذُ ٱللَّهُ ٱلنَّاسَ بِمَا كَسَبُواْ مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهۡرِهَا مِن دَآبَّةٖ وَلَٰكِن يُؤَخِّرُهُمۡ إِلَىٰٓ أَجَلٖ مُّسَمّٗىۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِۦ بَصِيرَۢا
Dan sekiranya Allah menghukum manusia disebabkan apa yang telah mereka perbuat, niscaya Dia tidak akan menyisakan satu pun makhluk bergerak yang bernyawa di bumi ini, tetapi Dia menangguhkan (hukuman)nya, sampai waktu yang sudah ditentukan. Nanti apabila ajal mereka tiba, maka Allah Maha Melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya.
-Sura Fatir, Ayat 45
Itulah tanda Kasih sayang Allah kepada kita bahawa Dia nak kita ambil pelajaran dan segera bertaubat kepadaNya sebab itu Dia timpa kan sebahagian sahaja balasan dari dosa yang telah kita lakukan. Rahmat Allah kepada kita jika kita sedar dan insaf!
وَمَآ أَصَٰبَكُم مِّن مُّصِيبَةٖ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ وَيَعۡفُواْ عَن كَثِيرٖ
Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu).
-Sura Ash-Shura, Ayat 30
Semua musibah yang menimpa adalah berpunca dari diri kita sendiri dan rahmat Allah kepada kita adalah Dia memaafkan banyak kesalahan dan dosa kita.
Celakalah binasalah dari hati orang yang tidak berzikir kepada Allah! Hati keras adalah musibah kerana mulut susah untuk berzikir! Percayalah jika kita susah untuk bangun malam adalah kerana Dosa yang telah kita lakukan!
Pengajaran paling besar dalam ayat ini ( Ar Rum ayat 41) adalah rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya! Syarat untuk mendapat rahmat Allah adalah bertaubat kepada Allah, memohon ampun atas segala dosa yang telah kita lakukan.
Allahu'alam
[ad_2]
Sumber