[ad_1]
Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 42-44
Pengajaran ayat 39 :
1. Siapa yang menginfaqkan hartanya demi untuk mendapat habuannya yang berganda sebenarnya dia tidak akan mendapat apa apa balasan di sisi Allah.. 2. Ganjaran amalan yang berganda adalah berdasarkan setakat mana keikhlasan orang yang beramal iaitu semakin ikhlas ia kerana Allah semakin besar ganjaran pahalanya.
3. Amalan juga akan berganda mengikut kesukaran amalan yang dilakukan iaitu semakin sukar amalan tersebut semakin berganda ganjaran amalannya.
4. Kelebihan beramal ada berdasarkan tempat atau waktu atau jenis amalan atau orang yang beramal.
Orang yang beramal pada hari hari kesabaran maka baginya ganjaran pahala 50 dari kalangan kamu. HR Abu Daud
Pengajaran ayat 40 :
1. Hujah yang paling jelas yang membuktikan Tuhan Tuhan selain daripada Allah adalah palsu dan tidak layak disembah ialah mereka tidak boleh mencipta, memberi rezeki, mematikan dan menghidupkan kembali.
2. Semua 4 perkara ini adalah milik mutlak Allah dan tidak ada sesiapa yang mampu melakukannya.
3. Wajib ke atas manusia berusaha mencari rezeki hanya kepada Allah sahaja dengan cara mentaati semua perintahNya.
4. Penghalang besar manusia mendapat rezeki adalah syirik dan maksiat kepada Allah.
5. Allah Maha Suci dari sifat kekurangan yang di sifatkan oleh orang orang musyrik.
Pengajaran ayat 41 :
1. Semua kerosakan yang berlaku atas muka bumi adalah sebabnya daripada tangan tangan manusia.
2. Manusia tidak akan dihukum oleh Allah melainkan dengan sebab perbuatan mereka sendiri.
3. Allah hanya menghukum ke atas sebahagian dosa dosa manusia dan bukan kesemua supaya manusia berpeluang untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
4. Keluasan rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya.
5. Hukuman Allah di dunia unurk hambaNya menjadi sebab untuk mereka kembali kepada Allah dan menjadi sebab untuk mereka bertambah kufur kepada Allah.
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَعۡبُدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ حَرۡفٖۖ فَإِنۡ أَصَابَهُۥ خَيۡرٌ ٱطۡمَأَنَّ بِهِۦۖ وَإِنۡ أَصَابَتۡهُ فِتۡنَةٌ ٱنقَلَبَ عَلَىٰ وَجۡهِهِۦ خَسِرَ ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةَۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡخُسۡرَانُ ٱلۡمُبِينُ
Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di hujung; maka jika dia memperoleh kebajikan, dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cobaan, dia berbalik ke belakang. Dia rugi di dunia dan di akhirat. Itulah kerugian yang nyata.
-Sura Al-Hajj, Ayat 11
Tadabbur ayat 42 :
قُلۡ سِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلُۚ كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّشۡرِكِينَ
Katakanlah (Muhammad), “Bepergianlah di bumi lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang dahulu. Kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah).”
-Sura Ar-Rum, Ayat 42
Allah jelaskan supaya berjalan di muka bumi dan melihat akibat balasan orang orang yang dahulu. Kata ulama berjalan yang dimaksudkan pertama berjalan dari segi fizikal ke tempat tempat yang diberi balasan seperti Madain Soleh tempat kaum Nabi Soleh dibinasakan. Kedua berjalan dengan hati dengan membaca sejarah dan ayat ayat Allah lalu memikirkan kebesaran Allah dan menyebabkan kita menangis.
Bagaimana nak menimbulkan keinsafan dan menangis? Kita kena lihat bagaimana Allah membinasakan kaum terdahulu. Kemudian Allah jelaskan kebanyakan mereka adalah syirik kepada Allah. Allah guna kalimah kebanyakan bermaksud sebahagian kaum itu syirik kepada Allah lalu Allah binasakan semua sekali kerana yang sebahagian sedikit yang beriman itu tidak melakukan amar makruf nahi mungkar menyebabkan mereka yang terkena bala. Allah gambarkan dalam Al Quran kerana tidak mencegah kezaliman
وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةٗ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةٗۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zhalim saja di antara kamu. Ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksa-Nya.
-Sura Al-Anfal, Ayat 25
Allah beri gambaran orang orang yang derhaka dan melampau batas yang tidak mencegah kemungkaran yang mereka lakukan.
لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۢ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ
Orang-orang kafir dari Bani Israil telah dilaknat melalui lisan (ucapan) Dawud dan Isa putra Maryam. Yang demikian itu karena mereka durhaka dan selalu melampaui batas.
-Sura Al-Ma'idah, Ayat 78
كَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنكَرٖ فَعَلُوهُۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُواْ يَفۡعَلُونَ
Mereka tidak saling mencegah perbuatan mungkar yang selalu mereka perbuat. Sungguh, sangat buruk apa yang mereka perbuat.
-Sura Al-Ma'idah, Ayat 79
Ayat ini menjelaskan kaum Bani Israil yang kafir yang dilaknat oleh Nabi Daud dan Nabi Isa kerana mereka durhaka dan melampau batas. Kerana mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang berlaku dalam kalangan mereka.
Tadabbur ayat 43
فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ ٱلۡقَيِّمِ مِن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ يَوۡمٞ لَّا مَرَدَّ لَهُۥ مِنَ ٱللَّهِۖ يَوۡمَئِذٖ يَصَّدَّعُونَ
Oleh karena itu, hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus (Islam) sebelum datang dari Allah suatu hari (Kiamat) yang tidak dapat ditolak, pada hari itu mereka terpisah-pisah.
-Sura Ar-Rum, Ayat 43
Allah perintah siapa yang mengaku beriman halakan seluruh wajah kita kepada agama yang lurus. Mungkin tak kita dapat halakan wajah kita seluruhnya kepada agama yang lurus sekiranya tidak memahami? Tak mungkin!
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.
-Sura Al-Baqarah, Ayat 208
Allah jelaskan jangan ikut langkah langkah syaitan. Maksudnya mulut kata agama Islam tetapi anggota badannya tak menutup aurat dan tak menunaikan solat 5 waktu.
مَن كَفَرَ فَعَلَيۡهِ كُفۡرُهُۥۖ وَمَنۡ عَمِلَ صَٰلِحٗا فَلِأَنفُسِهِمۡ يَمۡهَدُونَ
Barangsiapa kafir maka dia sendirilah yang menanggung (akibat) kekafirannya itu; dan barangsiapa mengerjakan kebajikan maka mereka menyiapkan untuk diri mereka sendiri (tempat yang menyenangkan),
-Sura Ar-Rum, Ayat 44
Allah jelaskan siapa yang kufur dia akan tanggungnya sendiri. Kenapa Allah tetap beritahu dosa yang kita lakukan akan kita tanggung di akhirat kelak? Adakah kita tak tahu? Tidak! Sebenarnya Allah nak jelaskan yang kita tak rasa dosa yang kita lakukan itu akan dibalas di akhirat kelak. Adakah kita sedar sewaktu kita mengumpat kita rasa dosa mengumpat tu? Adakah kita rasa buka aurat tu adalah berdosa? Adakah kita rasa solat lambat itu suatu dosa? Kita tak rasa! Sebab itu Allah tak tegur kita hal urusan dunia contoh pergi kerja lambat kita akan dikenakan tindakan. Kita sendiri akan tahu dan rasa akibatnya. Tapi bab akhirat dan urusan agama Allah nak beri peringatan kepada kita.
Kalimah وَمَنۡ عَمِلَ صَٰلِحٗا فَلِأَنفُسِهِمۡ يَمۡهَدُونَفَأَقِمۡ bermaksud siapa yang buat kerja kebajikan maka itu untuk dirinya sendiri.
Kita banyak tertipu dengan diri sendiri. Kita sangka dan perasan apa yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini amalan kita diterima. Maka selepas Ramadhan kita tinggal semua amalan yang kita lakukan semasa Ramadhan. Cuba tanya diri kita sendiri, kita lakukan itu semua pada bulan Ramadhan untuk siapa? Untuk diri kita atau untuk sempena Ramadhan? Kalau kita betul betul tahu, faham dan rasa apa yang kita buat adalah untuk diri kita sendiri sepatutnya selepas Ramadhan kita akan teruskan amalan itu. Kita tetap baca al Quran, tadabbur, bangun malam, puasa sunat dan sebagainya. Tapi apa yang terjadi? Ramai yang lepas habis bulan Ramadhan maka semua amalan yang dia lakukan tak diteruskan bermakna dia belum faham! Mohonlah kepada Allah agar amalan kita diterima dan mampu istiqamah selepas Ramadhan.
Allahu'alam
[ad_2]
Sumber