Infaq Menjamin Kebahagiaan || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



𝗜𝗻𝗳𝗮𝗾 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗮𝗻

Banyak ayat di dalam Al Quran yang menyeru orang-orang yang beriman agar menginfaqkan sebahagian harta yang mereka miliki. Juga sekian banyak ayat Al Quran yang menceritakan kelebihan orang yang berinfaq. Salah satunya adalah jaminan kebahagiaan. Harta kita mungkin akan berkurang tetapi Allah telah menjanjikan sesuatu ganjaran yang tidak dapat dibeli walau dengan segunung wang emas jika Infaq itu diberikan di jalan Allah.

Dengarkan tazkirah ringkas daripada Ustaz Abd Muein Abd Rahman berkaitan ayat Al Quran yang menjamin kebahagiaan bagi orang yang menginfaqkan sebahagian harta yang mereka miliki di jalan Allah.

Sila share tazkirah ini supaya lebih ramai mendapat manfaat dan bersama menanam saham akhirat.

Youtube : https://youtu.be/-BAAx8dXdN8

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah5Minit
#TadabburAlQuran

Sumber

AL QURAN Mengubah Jin Menjadi Pendakwah || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



𝐀𝐋 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐛𝐚𝐡 𝐉𝐢𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡

Allah menurunkan Al Quran untuk dijadikan sebagai panduan hidup buat manusia dan jin di dunia. Berbagai perumpamaan Allah rakamkan di dalam Al Quran agar manusia sentiasa berfikir dan berfungsi sebagaimana tuntutan di dalam Al Quran. Dengarkan tazkirah ringkas dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman tentang segerombolan jin yang mendengar Al Quran lalu beriman dan terus menyampaikan peringatan untuk kaumnya.

Sila share tazkirah ini agar lebih ramai mendapat manfaat dan untuk kita bersama mengambil iktibar agar hidup kita lebih jelas tujuannya. Jangan dengar sahaja tanpa share dan bersama menanam saham akhirat kita.

Youtube : https://youtu.be/iOGt4gCmGUQ

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah4Minit
#TadabburAlQuran

Sumber

Amalan Untuk Ibu Mengandung || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



Amalan Untuk Ibu Mengandung

Mungkin ramai Ibu-ibu yang sedang mengandung dan mungkin ada juga dalam kalangan ahli keluarga kita. Tazkirah ini sesuai untuk semua bahkan juga kepada suami-suami yang menjadi pembimbing keluarga. Dengarkan nasihat dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman kepada semua warga ibu mengandung agar generasi yang anda lahirkan soleh dan Solehah hendaknya.

Sila share tazkirah ini agar lebih ramai mendapat manfaat dan bersama menanam saham akhirat.

Youtube : https://youtu.be/5cy8bG8kAhk

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah3Minit
#TadabburAlQuran

Sumber

Punca Orang Kaya Menolak Dakwah Nabi || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



𝗣𝘂𝗻𝗰𝗮 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗮𝘆𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝗡𝗮𝗯𝗶

Luangkan sedikit masa untuk tadabbur bersama Ustaz Abd Muein Abd Rahman tentang punca golongan bangsawan menolak dakwah Nabi dan mengejek kehidupan para sahabat kerana kelebihan yang mereka miliki.

Semoga tazkirah ini bermanfaat dan bersama mengambil peringatan. Sebarkan tazkirah ini agar lebih ramai mendapat manfaat dan bersama menanam saham akhirat.

Youtube : https://youtu.be/P5nIqp38SPM

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah7Minit
#TadabburAlQuran

Sumber

Jangan Sangka Kita Ahli Syurga Sekiranya… || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗦𝘆𝘂𝗿𝗴𝗮 𝗦𝗲𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻𝘆𝗮…

Dengarkan tadabbur dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman berkenaan surah Ali Imran ayat 142, bagaimana Allah menempelak manusia yang begitu yakin akan memasuki syurga sedangkan belum jelas tentang dua perkara yang menjadi asas untuk dirinya selamat dari azab seksa di akhirat kelak.

Sila share agar lebih ramai mendapat manfaat dan bersama menanam saham akhirat.

Youtube : https://youtu.be/GqF97vl_KgE

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah6Minit
#TadabburAlQuran
#GhulamAlDakwah

Sumber

Adakah Hati Kita Lebih Keras Dari Batu ??? || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗛𝗮𝘁𝗶 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗞𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗮𝘁𝘂 ???

۞ أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

16. Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah Al Hadid : 16)

Luangkan sedikit masa untuk mendengar tadabbur yang disampaikan oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman berkaitan peringatan dari Allah apabila mendengar/membaca ayat Allah tetapi tidak memberi kesan dan dijadikan peringatan kepada dirinya.

Semoga tazkirah ini bermanfaat dan sila sebarkan agar lebih ramai mendapat manfaat dan bersama menanam saham akhirat.

Youtube : https://youtu.be/HWeu8bJCbPw

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah10Minit
#TadabburAlQuran
#GhulamAlDakwah

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor