Tanda orang beriman faham AlQuran ialah apabila mereka menunaikan tanggungjawab DAKWAH-Ust Abd Muein



Pengajaran besar mengenai kisah seorang lelaki di dalam surah Yasin dan punca kaum bani Israel dilaknat oleh Allah. Mari kita ambil iktibar bersama melalui perkongsian dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman.

وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَىٰ قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ

Dan datanglah dari ujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas-gegas ia berkata: “Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu”. (Yasin ayat 20)

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ
Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. (Al Maidah ayat 78)

كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu (Al Maidah ayat 79)

#MisiDakwahSemporna
#KelasLatihanDaie
#MenyebarkanIslamMelahirkanDuat
#GhulamAlDakwah

Sumber

Ust Abd Muein – APABILA AL QURAN TELAH TERTANAM DI LUBUK HATI, AIR MATA MENJADI SAKSI…



APABILA AL QURAN TELAH TERTANAM DI LUBUK HATI, AIR MATA MENJADI SAKSI…

Mungkin anda pernah terbaca perkongsian kami yang lalu berkenaan seorang Guru muallaf yang baru memeluk Islam 3 tahun lepas dan kemudiannya membuka kelas Al Quran di rumahnya yang sempit bermula dari 2 orang pelajar dari jiran-jirannya dan sehingga hari ini kelas berkenaan terpaksa dibuka siang dan malam kerana jumlah pelajarnya melebihi 200 orang !

Klip video yang lalu mungkin terlalu panjang tempohnya dan kini saya kongsikan keratan di pertengahan sesi temubual Ustaz Abd Muein Abd Rahman bersama pelajar Al Quran berkenaan bagaimana perasaannya apabila dapat belajar mengaji dan memahami isi kandungan Al Quran setelah sekian lama tidak pernah kenal Al Quran bahkan huruf demi baris Al Quran pun tidak pernah kenal dan tahu.

Jangan salahkan saya jika mata anda ‘dimasuki habuk’…

.

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor