6 Ogos 2018 : Misi Dakwah & Kebajikan di Pulau Tatagan (Da’wah & Charity Mission at Tatagan Island)



Expression of feelings people of Tatagan Island.

Misi Dakwah & Kebajikan di Pulau Tatagan (Da’wah & Charity Mission at Tatagan Island)

Pulau Tatagan merupakan antara destinasi popular bagi para pelancong yang berkunjung ke Semporna, Sabah untuk melihat sendiri tentang kehidupan suku Bajau Laut yang membina rumah di atas air dan menetap di sana sehinga berkurun lamanya. Pulau ini terletak di bahagian belakang Pulau Bohey Dulang yang menjadi tarikan pelancong berkunjung di salah satu tempat yang digazetkan sebagai Taman-taman Sabah dan para pelancong yang hadir ke sini dapat melihat sendiri keindahan pemandangan di dalam laut dengan batu karang dan ikan yang berwarna warni membuatkan kita terpesona dengan keindahan alam ciptaan Allah.

Alhamdulillah pada misi dakwah yang lalu, Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor yang diketuai oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman telah mengadakan misi dakwah dan kebajikan kali ke-3 di Pulau Tatagan dan suasana pada waktu itu berakhir dengan keadaan yang menyentuh perasaan apabila beberapa penduduk Pulau Tatagan meluahkan perasaan yang terbuku di dalam dada mereka sejak bertahun lamanya.

Ikuti temu bual bersama mereka untuk kita mendengar sendiri apa yang mereka luahkan…

#MisiDakwahPulauTatagan
#DawahAndCharityMissionTataganIsland
#GhulamAlDakwah

Sumber

Ust Abd Muein – APABILA AL QURAN TELAH TERTANAM DI LUBUK HATI, AIR MATA MENJADI SAKSI…



APABILA AL QURAN TELAH TERTANAM DI LUBUK HATI, AIR MATA MENJADI SAKSI…

Mungkin anda pernah terbaca perkongsian kami yang lalu berkenaan seorang Guru muallaf yang baru memeluk Islam 3 tahun lepas dan kemudiannya membuka kelas Al Quran di rumahnya yang sempit bermula dari 2 orang pelajar dari jiran-jirannya dan sehingga hari ini kelas berkenaan terpaksa dibuka siang dan malam kerana jumlah pelajarnya melebihi 200 orang !

Klip video yang lalu mungkin terlalu panjang tempohnya dan kini saya kongsikan keratan di pertengahan sesi temubual Ustaz Abd Muein Abd Rahman bersama pelajar Al Quran berkenaan bagaimana perasaannya apabila dapat belajar mengaji dan memahami isi kandungan Al Quran setelah sekian lama tidak pernah kenal Al Quran bahkan huruf demi baris Al Quran pun tidak pernah kenal dan tahu.

Jangan salahkan saya jika mata anda ‘dimasuki habuk’…

.

Sumber

Kewajipan Berdakwah & Perkembangan Dakwah di Kg Bangau-Bangau, Semporna, Sabah.



“Kewajipan berdakwah & perkembangan dakwah di Kg. Bangau-Bangau, Semporna, Sabah”

#KgBangauBangau
#MisiDakwahSemporna

Alhamdulillah, klip video kali ini memperkenalkan situasi sebenar sebuah perkampungan di atas air yang terletak di sebelah bandar Semporna, Sabah yang dikenali Kg. Bangau-Bangau.

Pelbagai tragedi pernah menimpa perkampungan ini antaranya kebakaran terbesar pada tahun 2015 yang memusnahkan hampir 500 buah rumah. Telah wujud sekitar tahun 2004 dan berbagai spekulasi menimpa masyarakat Kg Bangau-Bangau sehingga menyebabkan hampir tiada mana-mana NGO atau institusi-institusi berwajib yang berani memasuki perkampungan di atas air ini apatah lagi untuk komited membangunkan perkampungan ini dari segi pembangunan modal insan (keagamaan) mahupun pembangunan fizikal (infrastruktur).

Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor antara yang dikenali sebagai sebuah NGO yang diasaskan oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman & para pelajarnya yang mengikuti kelas pengajian Tadabbur Al Quran oleh beliau di sekitar Lembah Klang telah bergerak secara aktif di kawasan pedalaman/luar bandar dengan misi untuk menyampaikan mesej Islam berlandaskan Al Quran & As Sunnah ke kawasan pedalaman atau pinggir bandar yang penduduknya masih belum memahami & mempraktikkan kewajipan asas dalam agama Islam dengan sempurna.

Di atas inisiatif ini, lawatan santai bermula pertengahan Mac 2017 di Kg Bangau-Bangau bersama Pn Farrah Adeeba (Pengacara TV Al Hijrah) yang pada awalnya adalah untuk membantu perkembangan program pendidikannya yang menyediakan kelas percuma bagi anak-anak buta huruf di Kg Bangau-Bangau dan diiringi bersama Ustaz Abu Masykur merupakan pegawai agama daerah Semporna. Lawatan awal telah menjadi semakin serius selepas misi pertama pada akhir bulan April 2017 dan menjadi pemangkin untuk menggalas tanggungjawab dakwah kerana penempatan ini merupakan sebuah perkampungan yang majoritinya mengaku beragama Islam tetapi jahil dari sudut agama bahkan hampir tidak dapat mengucap syahadah sepenuhnya apatah lagi untuk membaca Al Quran.

Maka, dengan sedikit upaya dan kemampuan yang ada di atas kurniaan Allah, sepakat buat para Du’at dengan berbekalkan sedikit ilmu & kefahaman berkaitan agama Islam, kami curahkan sepenuhnya di sana agar sekurang-kurangnya menjadi saksi di akhirat kelak ke atas tanggungjawab berdakwah sesama manusia. Motivasi ini disuntik sepenuhnya dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman dengan pesanan keramat dari Rasulullah shallallahu a’lahi wasallam :

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Alhamdulillah, mudah mudahan kita semua yang bakal/telah melihat klip video ini akan menjadi peniup semangat untuk kita, para penuntut ilmu terutamanya hendaklah bergerak dan terus berjalan demi menyampaikan walau sebuah kalimah yang mulia dari Illahi & utusan-Nya yang terakhir agar membumikan seruan dakwah sesama manusia.

Tugas kita hanyalah menyampaikan (An Nahl : 82) dan dari Allah sahaja yang akan memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki (Al An’am : 125).

Subscribe us :
📱 FB : Ghulam Al Dakwah
🎥 Youtube : Ghulam Al Dakwah
🌐 Web : ghulamaldakwah.com

Klip video bagi misi dakwah sebelum ini boleh klik pautan dibawah melalui playlist Youtube (Misi Dakwah Semporna)

Misi Dakwah Semporna: https://www.youtube.com/playlist?list=PLwBJIMtgYvqlmnEi_chXzeWJW74frHML2

source

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor