Alhamdulillah. Misi pertama kami ke Pulau Pinang pada 8-9 Ogos 2020 telah diperm…

[ad_1]

Alhamdulillah. Misi pertama kami ke Pulau Pinang pada 8-9 Ogos 2020 telah dipermudahkan oleh Allah SWT.

Misi dimulai dengan memenuhi jemputan pelajar Ustaz Muein dan kelas tadabbur ringkas yang dihadiri oleh kebanyakannya oleh pelajar-pelajar yang mengikuti kelas tadabbur ustaz secara online selama ini.

Pada hari kedua, Kami juga memenuhi undangan ke surau Bukit Gelugor bagi kelas tadabbur bersama muslimat yang juga kebanyakannya pelajar ustaz secara online. Kami juga bertemu dengan Puan Fadilah yang menggunakan kelas-kelas ustaz sebagai rujukan bagi membuat nota ringkas (Mind Maping) yang mudah difahami dan dikongsi bersama para pelajar, semasa beliau mengadakan kelas Bahasa Arab, Tajwid dan Tadabbur.

Sebelum kembali ke Shah Alam, Ustaz Muein menyampaikan tazkirah ringkas dan sedikit sumbangan berupa wang ringgit dan beberapa buku poket mengenai solat, musibah dll kepada enam (6) buah keluarga asnaf yang telah dipilih di sekitar Permatang Pauh.

#GhulamAlDakwah
#ziarahpelajaronline
#ziarahasnaf
#godakwah
#sambungukhwah
#kitaadalahbersaudara
#senyumdansebarkansalam
#misipulaupinang





[ad_2]

Sumber

Alhamdulillah misi pertama selepas PKP.. Misi kali terakhir pada bulan Feb lepas…

[ad_1]

Alhamdulillah misi pertama selepas PKP.. Misi kali terakhir pada bulan Feb lepas. Misi khas kali ini diketuai oleh Ust Abd Muein Abd Rahman disertai oleh 3 orang ahli GAD dan seorang wakil dari NGO iERA (berpusat di UK). Seramai 110 keluarga diberi bantuan duit zakat dan bekalan makanan seperti beras dan gula. Dan yg paling penting adalah peringatan tentang mesej2 Islam. Moga usaha yg kecil ini akan mempermudahkan jalan kita diakhirat kelak, InsyaAllah.

Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat."

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

#melahirkanduatmenyebarkanislam

#Godakwah

#belajarfahamamal

#bajaulaut

#pulaumaiga





[ad_2]

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor