AL QURAN Mengubah Jin Menjadi Pendakwah || Ustaz Abd Muein Abd Rahman



๐€๐‹ ๐๐”๐‘๐€๐ ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐›๐š๐ก ๐‰๐ข๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข ๐๐ž๐ง๐๐š๐ค๐ฐ๐š๐ก

Allah menurunkan Al Quran untuk dijadikan sebagai panduan hidup buat manusia dan jin di dunia. Berbagai perumpamaan Allah rakamkan di dalam Al Quran agar manusia sentiasa berfikir dan berfungsi sebagaimana tuntutan di dalam Al Quran. Dengarkan tazkirah ringkas dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman tentang segerombolan jin yang mendengar Al Quran lalu beriman dan terus menyampaikan peringatan untuk kaumnya.

Sila share tazkirah ini agar lebih ramai mendapat manfaat dan untuk kita bersama mengambil iktibar agar hidup kita lebih jelas tujuannya. Jangan dengar sahaja tanpa share dan bersama menanam saham akhirat kita.

Youtube : https://youtu.be/iOGt4gCmGUQ

www.ghulamaldakwah.com

#Tazkirah4Minit
#TadabburAlQuran

Sumber

Ust Abd Muein – APABILA AL QURAN TELAH TERTANAM DI LUBUK HATI, AIR MATA MENJADI SAKSI…



APABILA AL QURAN TELAH TERTANAM DI LUBUK HATI, AIR MATA MENJADI SAKSI…

Mungkin anda pernah terbaca perkongsian kami yang lalu berkenaan seorang Guru muallaf yang baru memeluk Islam 3 tahun lepas dan kemudiannya membuka kelas Al Quran di rumahnya yang sempit bermula dari 2 orang pelajar dari jiran-jirannya dan sehingga hari ini kelas berkenaan terpaksa dibuka siang dan malam kerana jumlah pelajarnya melebihi 200 orang !

Klip video yang lalu mungkin terlalu panjang tempohnya dan kini saya kongsikan keratan di pertengahan sesi temubual Ustaz Abd Muein Abd Rahman bersama pelajar Al Quran berkenaan bagaimana perasaannya apabila dapat belajar mengaji dan memahami isi kandungan Al Quran setelah sekian lama tidak pernah kenal Al Quran bahkan huruf demi baris Al Quran pun tidak pernah kenal dan tahu.

Jangan salahkan saya jika mata anda ‘dimasuki habuk’…

.

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Duโ€™at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara ยฉ 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor