Misi Dakwah ke Pulau Sebatik, Sabah oleh Team Ghulam Al-Dakwah yang diketuai oleh Ust. Abd Muein Abd Rahman pada 29-30 Jun 2019.
Misi singkat ini disertai oleh 6 orang AJK dari Persatuan Ghulam Al-Dakwah. Selain dari program kuliah Maghrib, pihak GAD juga mengedarkan naskah Alquran terjemahan secara percuma kepada penduduk Kg Mentadak Baru. Terima kasih diucapkan kepada para penginfaq sekalian…..
Tazkirah Kepada Penduduk Kg Sampah, Sandakan Sabah
Sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman semasa lawatan siri pertama di Kg Sampah dan agihan wang zakat kepada hampir 350 keluarga.
Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :
Kutipan dana bagi tujuan menaik taraf Surau Kg Melayu, Sandakan Sabah.
Pihak Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor ingin membuka tabung bagi tujuan menaik taraf Surau Kg Melayu, Sandakan Sabah. Kos menaik taraf dianggarkan sekitar RM25,000 melibatkan baik pulih siling, lantai, tempat wudhu, tandas, laluan pejalan kaki dari kampung berdekatan, menukar pembesar suara dan mikrofon, menambah lampu, kipas dan lain-lain keperluan yang diperlukan bagi memberi keselesaan kepada jemaah untuk menunaikan solat berjemaah dan untuk para pelajar Al Quran dan Iqra yang akan diadakan kelas secara percuma di Surau Kg Melayu ini dengan kerjasama penduduk kampung sekitar.
Surau ini merupakan Surau terdekat yang menempatkan 2buah kampung lain di sekitar selain Kg Sampah dan semoga surau ini menjad
“Kewajipan berdakwah & perkembangan dakwah di Kg. Bangau-Bangau, Semporna, Sabah”
#KgBangauBangau
#MisiDakwahSemporna
Alhamdulillah, klip video kali ini memperkenalkan situasi sebenar sebuah perkampungan di atas air yang terletak di sebelah bandar Semporna, Sabah yang dikenali Kg. Bangau-Bangau.
Pelbagai tragedi pernah menimpa perkampungan ini antaranya kebakaran terbesar pada tahun 2015 yang memusnahkan hampir 500 buah rumah. Telah wujud sekitar tahun 2004 dan berbagai spekulasi menimpa masyarakat Kg Bangau-Bangau sehingga menyebabkan hampir tiada mana-mana NGO atau institusi-institusi berwajib yang berani memasuki perkampungan di atas air ini apatah lagi untuk komited membangunkan perkampungan ini dari segi pembangunan modal insan (keagamaan) mahupun pembangunan fizikal (infrastruktur).
Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor antara yang dikenali sebagai sebuah NGO yang diasaskan oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman & para pelajarnya yang mengikuti kelas pengajian Tadabbur Al Quran oleh beliau di sekitar Lembah Klang telah bergerak secara aktif di kawasan pedalaman/luar bandar dengan misi untuk menyampaikan mesej Islam berlandaskan Al Quran & As Sunnah ke kawasan pedalaman atau pinggir bandar yang penduduknya masih belum memahami & mempraktikkan kewajipan asas dalam agama Islam dengan sempurna.
Di atas inisiatif ini, lawatan santai bermula pertengahan Mac 2017 di Kg Bangau-Bangau bersama Pn Farrah Adeeba (Pengacara TV Al Hijrah) yang pada awalnya adalah untuk membantu perkembangan program pendidikannya yang menyediakan kelas percuma bagi anak-anak buta huruf di Kg Bangau-Bangau dan diiringi bersama Ustaz Abu Masykur merupakan pegawai agama daerah Semporna. Lawatan awal telah menjadi semakin serius selepas misi pertama pada akhir bulan April 2017 dan menjadi pemangkin untuk menggalas tanggungjawab dakwah kerana penempatan ini merupakan sebuah perkampungan yang majoritinya mengaku beragama Islam tetapi jahil dari sudut agama bahkan hampir tidak dapat mengucap syahadah sepenuhnya apatah lagi untuk membaca Al Quran.
Maka, dengan sedikit upaya dan kemampuan yang ada di atas kurniaan Allah, sepakat buat para Du’at dengan berbekalkan sedikit ilmu & kefahaman berkaitan agama Islam, kami curahkan sepenuhnya di sana agar sekurang-kurangnya menjadi saksi di akhirat kelak ke atas tanggungjawab berdakwah sesama manusia. Motivasi ini disuntik sepenuhnya dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman dengan pesanan keramat dari Rasulullah shallallahu a’lahi wasallam :
Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Alhamdulillah, mudah mudahan kita semua yang bakal/telah melihat klip video ini akan menjadi peniup semangat untuk kita, para penuntut ilmu terutamanya hendaklah bergerak dan terus berjalan demi menyampaikan walau sebuah kalimah yang mulia dari Illahi & utusan-Nya yang terakhir agar membumikan seruan dakwah sesama manusia.
Tugas kita hanyalah menyampaikan (An Nahl : 82) dan dari Allah sahaja yang akan memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki (Al An’am : 125).
Subscribe us :
📱 FB : Ghulam Al Dakwah
🎥 Youtube : Ghulam Al Dakwah
🌐 Web : ghulamaldakwah.com
Klip video bagi misi dakwah sebelum ini boleh klik pautan dibawah melalui playlist Youtube (Misi Dakwah Semporna)