MISI DAKWAH SERTA ZIARAH MENYANTUNI KELUARGA ASNAF SERTA BERTEMU PELAJAR² TADABBUR ONLINE



HARI/TARIKH : Sabtu & Ahad (24 – 25 April 2021)
LOKASI: Pantai Remis/ Beruas & Bota Perak
Misi dakwah serta ziarah menyantuni asnaf kali ini bermula di Pantai Remis Perak untuk melihat keadaan rumah seorang pelajar tadabbur online dan juga seorang asnaf.
Seterusnya team GAD meneruskan perjalanan ke Beruas untuk sesi ziarah rumah asnaf yang yang berikutnya.
Seperti biasa misi ziarah serta dakwah menyantuni asnaf rumah ke rumah disertai dengan menghulurkan bantuan berupa Al Quran, buku² poket, bantuan kewangan serta tazkirah ringkas oleh Ust Abd Muein.
Sebanyak 3 buah rumah asnaf sempat disantuni dihari pertama kami disana dan berakhir pada jam 7ptg untuk kami berbuka puasa.
Meneruskan program hari pertama dengan solat maghrib/ isyak dan tarawih berjemaah serta kelas tadabbur online bermula pada jam 10.15 malam yang disampaikan oleh Ust Abd Muein.
Hari kedua diteruskan lagi dengan program melawat pusat pengajian GAD di Bota dan beberapa lagi rumah asnaf untuk diziarahi dikawasan Kg Beruas Ayer Tawar.
Fokus utama misi ziarah ini adalah utk menyampaikan dakwah serta mengajak mereka mendekatkan diri kpd Allah dan meninggalkan segala laranganNya juga menekankan kepentingan membaca dan memahami isi Al Quran (Tadabbur) serta tujuan utama sebagai pelajar tadabbur untuk keluar menyampaikan dakwah dan membantu asnaf dari sudut ekonomi yg terjejas.
Jazakumullahu khayr kpd semua penginfak.
Semoga Allah merahmati kalian.

Sumber

ZIARAH & DAKWAH – (Musibah Sakit)



Kelebihan ziarah orang sakit.
Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mempereratkan lagi hubungan ukhuwwah sesama muslim dan silaturrahim sesama keluarga.
Amalan ziarah sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar pada masa sakit sahaja. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar,
sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw:
Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]

Sumber

Ziarah & Dakwah – Abg Nazali Alam Jaya (15 Jan 2021)



Alhamdulillah selepas kelas Tadabbur Al Quran, kami sempat menyelesaikan keperluan keluarga miskin di Alam Jaya, Puncak Alam. Bagi yang berminat menjadi agen dakwah GAD, boleh ambil kaedah dan pengalaman bersama Ustaz Abd Muein Abd Rahman dalam menyantuni mereka yang memerlukan.

#ZiarahDakwahGAD

Sumber

Misi Ziarah Kg Bangau-Bangau (Mac 2017)



Misi dakwah di Kg Bangau-Bangau, Semporna pada Mac 2017 dengan kerjasama pihak Masjid Nurul Hidayah, Kg Bangau-Bangau, Semporna, Sabah.

Melibatkan masyarakat kampung asal Bajau Laut yang majoriti Muslim. Insha Allah pihak Ghulam Al Dakwah akan menjadikan kampung ini sebagai kampung angkat bagi menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat Bajau Laut yang menetap di Kg Bangau-Bangau.

Sekiranya ingin menyumbang dalam bentuk kewangan, Al-Quran terjemahan, buku-buku zikir dan doa, pakaian solat serta sebarang bahan yang bermanfaat untuk di infaq atas tujuan misi dakwah ke kawasan pendalaman bagi misi-misi seterusnya, boleh hubungi Ustaz Abd Muein Abd Rahman (013-996 0971) dan saluran dana boleh dimasukkan ke akaun MAYBANK (5624 7815 5104) atau BANK ISLAM (1218 6010 0057 49) atas nama akaun PERTUBUHAN GHULAM AL-DAKWAH. Semoga setiap sen yang dihulurkan untuk misi dakwah ini menjadi sedekah jariah yang mengalir pahalanya berterusan dalam mengajak manusia kembali ke daerah iman & taqwa. Jika kita tidak mampu mengorbankan jiwa untuk turut bersama di lapangan ini, korbankanlah sebahagian harta yang Allah rezekikan kepada kita dalam memastikan kalam Allah terus sampai ke setiap pelusuk pendalaman. Insha Allah

Sumber

Alamat

No. 40, Jalan Tiang Seri U8/73C,
Tropika 1 Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor