Hari Jumaat ni, mari perbanyakkan Selawat Hati kita sudah rindu solat Jumaat, s…
[ad_1]
♦♦Hari Jumaat ni, mari perbanyakkan Selawat🌴🌴
Hati kita sudah rindu solat Jumaat, semoga kerinduan membuahkan pahala.
Walau tanpa solat Jumaat, kita tetap digalakkan membanyakkan selawat.
Ingat Jumaat, Ingat Selawat :
Daripada Aus bin Aus radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
فَأَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِيهِ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَىَّ " . قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ تُعْرَضُ صَلاَتُنَا عَلَيْكَ وَقَدْ أَرِمْتَ يَقُولُونَ بَلِيتَ . فَقَالَ " إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَرَّمَ عَلَى الأَرْضِ أَجْسَادَ الأَنْبِيَاءِ
Perbanyakkan selawat ke atas ku pada hari Jumaat. Sesungguhnya selawat kalian dibentangkan kepada ku. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana selawat kami dibentangkan kepada kamu sedangkan tubuh engkau telah hancur? Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan jasad para nabi daripada di makan bumi. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Solat, Bab Fadhl Yaumil Jumu’ah wa Lailatil Jumu’ah, no: 1047]
Kata Imam Syafie:
وأحب كثرة الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم في كل حال ، وأنا في يوم الجمعة ، وليلتها أشد استحبابا ، وأحب قراءة الكهف ليلة الجمعة ، ويومها لما جاء فيها
Aku suka membanyakkan selawat ke atas nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam pada setiap keadaan, dan pada siang dan malam Jumaat, aku lebih-lebih menyukai amalan tersebut. Aku juga suka membaca surah al-Kahfi pada malam dan siang Jumaat [al-Umm]
*Jika Benar Cinta Nabi s.a.w, banyakkan selawat kepada baginda s.a.w*
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah dan ucaplah salam ke atas baginda. [Al-Ahzab : 56]
*Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam*
Allah akan membalas dengan sepuluh kali kebaikan.
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ صَلَّى عَلَىَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا ” .
Sesiapa yang berselawat ke atas ku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.
[Sahih Muslim, Kitab al-Solat, hadis no: 408].
Dalam riwayat Ahmad disebutkan:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ مَرَّةً وَاحِدَةً، كَتَبَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ
Sesiapa yang berselawat ke atas ku sekali, Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan.
[Musnad Ahmad, Musnad Abu Hurairah, hadis no: 7561. Shaikh al-Arnaouth berkata: Hadis sahih].
Dalam riwayat An-Nasaie:
أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ " .
Sesiapa yang berselawat sekali, Allah akan berselawat kepadanya 10 selawat, dihapuskan daripadanya 10 dosa dan diangkat dirinya dengan 10 darjat. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Sahw, no: 1297]
Menjadi manusia paling dekat dengan nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً
Manusia yang paling dekat dengan ku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atas ku.
[Jami’ at-Tirmizi, Kitab al-Witr, hadis no: 484, hasan gharib].
Antara ciri manusia kedekut ialah tidak berselawat ketika nama nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam disebut.
Daripada ‘Ali radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
الْبَخِيلُ الَّذِي مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَىَّ ”
Orang yang kedekut ialah sesiapa yang nama ku disebut di sisinya tetapi dia tidak berselawat ke atas ku.
[Jami’ at-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 3546, hasan sahih gharib].
[ad_2]
Sumber
.: Misi Kemanusiaan Covid-19 :. Kg. Bangau-Bangau & Kg. Halo, 12 APRIL 2020 – …
[ad_1]
.: Misi Kemanusiaan Covid-19 :.
Kg. Bangau-Bangau & Kg. Halo, 12 APRIL 2020 – Alhamdulillah. Sebanyak 100 keluarga menerima bantuan barang keperluan di sekitar KBB dan Kg. Halo. Bantuan ini disalurkan melalui Team Smart Daie GAD. Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit beban bagi mereka.
Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu anhu bahwa ada seseorang bertanya kepada Nabi shallallahu alaihi wasallam: "Islam manakah yang paling baik?" Beliau bersabda : “Memberi makan kepada orang miskin dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang kamu tidak kenal."
(HR. Imam Al-Bukhari 11/21)
=================
Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, saluran infaq adalah salah satu peluang dan ruang yang amat diperlukan bagi memastikan misi dakwah di kawasan sebegini terus dilaksanakan.
Oleh itu infaq anda boleh disalurkan melalui link berikut :
https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/
Subscribe & follow us on :
->Facebook page
->YouTube
->Instagram
🌐 www.ghulamaldakwah.com
.
#MelahirkanDuatMenyebarkanIslam
#GhulamAlDakwah




[ad_2]
Sumber
Insha Allah esok bersiaran siri Tadabbur Al Quran surah At Taghabun ayat ke 11…..
[ad_1]
Insha Allah esok bersiaran siri Tadabbur Al Quran surah At Taghabun ayat ke 11..
Sila share.
.

[ad_2]
Sumber

