LAWATAN & PERBINCANGAN MEMBINA SEMULA SURAU KG LABUAN AJI, SEMPORNA, SABAH

https://youtu.be/GVdRXviE-90

Pada misi khas 7 dan 8 April 2018 yang lalu, kami sempat melawat salah sebuah surau yang sangat uzur di Kg Labuan Aji yang terletak di daerah Pulau Bum-Bum yang berhadapan dengan Kg Bangau-Bangau.

Lawatan awal kami pada misi 10 yang lepas melihatkan salah satu jambatan utama yang menjadi laluan ke surau berkenaan telah roboh dan keadaan surau yang terlalu daif, tiang yang sudah tidak begitu kukuh sehinggakan jemaah yang hadir sewaktu solat jumaat memenuhi ruang belakang solat menyebabkan struktur surau tidak stabil dan bergoyang pada waktu jumaat dan lebih lagi pada bulan Ramadhan yang akan menjelang dalam sebulan lagi. Lantai surau yang berlubang, bumbung zink yang bocor dan dinding dari papan plywood yang sudah hampir reput boleh mengakibatkan struktur surau akan roboh pada bila bila masa sahaja.

Alhamdulillah, hasil dari lawatan dan perbincangan bersama jemaah Surau Kg Labuan Aji, pihak Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor yang diketuai oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman telah bersetuju untuk merobohkan semula struktur surau yang asal dan membina struktur surau yang baru lengkap dengan tempat wudhu dan PA Sistem (pembesar suara) untuk kegunaan azan dan solat berjemaah hasil dari infaq hamba Allah yang dermawan.

Insha Allah setelah projek pembinaan surau ini siap, iainya akan menjadi antara surau ke-4 yang akan siap dibina di Semporna, Sabah oleh Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor selain di Kelantan, hasil sumbangan orang ramai khususnya pelajar kelas tadabbur Al Quran Ust Abd Muein.

Namun anda boleh terus menyumbang untuk memastikan misi dakwah setiap bulan terus berjalan untuk kami terus mendekati masyarakat di sana dalam menyebarkan risalah Islam terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman dan pulau-pulau yang telah sedia kami lawati sebelum ini. Sebaranag sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun :

Nama akaun : Pertubuhan Ghulam Al Dakwah
No akaun : 5624-7815-5104
Bank : Maybank

Atau sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Ustaz Abd Muein Abd Rahman (013 996 0971).

#SurauKgLabuanAji
#MisiKhasApr2018

Sumber