Misi Dakwah & Bantuan Kemanusiaan PKP 3.0 – Pulau Pinang



MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PKP 3.0 PULAU PINANG.
Tempat: Kg Nelayan Teluk Kumbar & Kg Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Hari: Jumaat & Sabtu 2-3/7/2021

Salurkan INFAQ anda ke:
MAYBANK
PERTUBUHAN GHULAM AL DAKWAH SELANGOR
NO AKAUN: 5624 7815 5104
BANK ISLAM
PERTUBUHAN GHULAM AL DAKWAH SELANGOR
NO AKAUN: 1218 6010 0057 49

Sumber

Perkongsian Pengalaman Ejen Dakwah GAD – Tmn Melati, Kuala Lumpur.



Puan Ustazah Roziana Ahmad merupakan salah seorang diantara ribuan pelajar tadabbur Ust Abd Muein yang menuntut ilmu secara bertalaqqi dan secara online dilaman sosial media. Diatas kefahaman setelah beliau mentadabbur dan memahami maksud-maksud kalimah Allah didalam Al Quran yg dipelajari, beliau mengambil inisiatif keluar sendiri utk berdakwah. Umur serta tahap kesihatan beliau tidak menjadi penghalang untuk beliau istiqamah dalam menyampaikan maksud dan ayat-ayat Allah kepada sasaran mad’u beliau.
Bermula dgn mencari asnaf di persekitaran kejiranan serta menyantuni mereka dan mengajarkan asnaf² ini dirumah mereka sendiri. Kini beliau telah pun membuka sebuah kelas pengajian Agama berhampiran tempat tinggal mad’u untuk kemudahan mereka tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Tidak kenal erti putus asa dan bersabar, walaupun pada awal pembabitan beliau dalam bidang dakwah hampir-hampir “giveup”, namun dengan berpegang kuat pada perintah Allah yang tertera didalam Al Quran serta hadis sahih dari Rasulullah s.a.w yg bersabda بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً yang bermaksud (sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat) menguatkan lagi semangat beliau mencari mad’u serta keluar untuk berdakwah.
Ikutilah ringkasan kisah pahit getir beliau sebagai seorang guru dan “EJEN DAKWAH GAD”.Semoga kisah ini menjadi pembakar semangat dan motivasi buat kita semua terutamanya pelajar-pelajar yang belajar mentadabbur Al Quran supaya tidak hanya menjadi “PELAJAR” akan tetapi bergeraklah untuk keluar mencari mad’u dan teruskan berdakwah.

Sumber

MISI DAKWAH SERTA ZIARAH MENYANTUNI KELUARGA ASNAF SERTA BERTEMU PELAJAR² TADABBUR ONLINE



HARI/TARIKH : Sabtu & Ahad (24 – 25 April 2021)
LOKASI: Pantai Remis/ Beruas & Bota Perak
Misi dakwah serta ziarah menyantuni asnaf kali ini bermula di Pantai Remis Perak untuk melihat keadaan rumah seorang pelajar tadabbur online dan juga seorang asnaf.
Seterusnya team GAD meneruskan perjalanan ke Beruas untuk sesi ziarah rumah asnaf yang yang berikutnya.
Seperti biasa misi ziarah serta dakwah menyantuni asnaf rumah ke rumah disertai dengan menghulurkan bantuan berupa Al Quran, buku² poket, bantuan kewangan serta tazkirah ringkas oleh Ust Abd Muein.
Sebanyak 3 buah rumah asnaf sempat disantuni dihari pertama kami disana dan berakhir pada jam 7ptg untuk kami berbuka puasa.
Meneruskan program hari pertama dengan solat maghrib/ isyak dan tarawih berjemaah serta kelas tadabbur online bermula pada jam 10.15 malam yang disampaikan oleh Ust Abd Muein.
Hari kedua diteruskan lagi dengan program melawat pusat pengajian GAD di Bota dan beberapa lagi rumah asnaf untuk diziarahi dikawasan Kg Beruas Ayer Tawar.
Fokus utama misi ziarah ini adalah utk menyampaikan dakwah serta mengajak mereka mendekatkan diri kpd Allah dan meninggalkan segala laranganNya juga menekankan kepentingan membaca dan memahami isi Al Quran (Tadabbur) serta tujuan utama sebagai pelajar tadabbur untuk keluar menyampaikan dakwah dan membantu asnaf dari sudut ekonomi yg terjejas.
Jazakumullahu khayr kpd semua penginfak.
Semoga Allah merahmati kalian.

Sumber

ZIARAH & DAKWAH – (Musibah Sakit)



Kelebihan ziarah orang sakit.
Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mempereratkan lagi hubungan ukhuwwah sesama muslim dan silaturrahim sesama keluarga.
Amalan ziarah sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar pada masa sakit sahaja. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar,
sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw:
Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor