Alhamdulillah hasil cetusan idea Ust Abd Muein untuk menggerakkan pelajar agar turun ke lapangan nampaknya memberi hasil. Respon dari pelajar2 tadabbur sangat positif dalam usaha mencari asnaf di sekitar mereka. Diharapkan akan lebih ramai lagi pelajar2 yang akan turut serta untuk menjadi “Agen Dakwah GAD”.
Kisah para Rasul yang dirakamkan di dalam Al Quran bukan sekadar sebuah cerita biasa. Bahkan itulah berita besar yang menjadi petunjuk bagi yang mahu mengambil peringatan.
Dengarkan perkongsian yang sangat menarik daripada Ustaz Abd Muein Abd Rahman tentang perkataan Nabi Nuh yang telah Allah rakamkan supaya kita mengambil ibrah dari perjalanan dakwah Nabi Nuh.
Sila share tazkirah ini supaya lebih ramai mendapat manfaat dan marilah bersama mendidik masyarakat untuk lebih memahami kalam Allah yang agung.
Luangkan sedikit masa untuk tadabbur bersama Ustaz Abd Muein Abd Rahman tentang punca golongan bangsawan menolak dakwah Nabi dan mengejek kehidupan para sahabat kerana kelebihan yang mereka miliki.
Semoga tazkirah ini bermanfaat dan bersama mengambil peringatan. Sebarkan tazkirah ini agar lebih ramai mendapat manfaat dan bersama menanam saham akhirat.