Kurma Yang Dikunyah Orang yang hanya menghisap sebiji kurma tanpa mengunyahnya,…

[ad_1]

Kurma Yang Dikunyah

Orang yang hanya menghisap sebiji kurma tanpa mengunyahnya, biasanya tidak dapat merasai kemanisan kurma.

Sebaliknya, jika seseorang itu menggigit dan mengunyah kurma itu, maka dia akan mendapati rasa manisnya.

Setiap kali dikunyah, setiap kali rasa manisnya akan lebih dirasakan.

Bisyr bin As-Sariy rahimahullah berkata:

إنما الآية مثل التمرة كلما مضغتها استخرجت حلاوتها

"Tiadalah AYAT (Al-Qur'an) itu melainkan seumpama KURMA . Setiap kali engkau MENGUNYAHNYA , engkau keluarkan (rasakan) KEMANISANNYA " [Al-Burhan Fi Ulum Al-Qur'an 2/103]

Jangan bosan membaca dan memahami Al-Qur'an. Ini kerana kemanisan Al-Qur'an akan dirasakan oleh orang yang sentiasa berusaha membaca dan memahaminya.

Semoga Allah ta'ala menjadikan kita semua di kalangan ahli Al-Qur'an.

-Via Dr ARAR-

[ad_2]

Sumber

AKU TAK KISAH! Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah berkata: …

[ad_1]

AKU TAK KISAH!

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah berkata:

يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي ،
Wahai anak Adam. Selagi mana engkau berdoa dan mengharapan kepada Ku, nescaya Aku ampuni apa sahaja yang engkau lakukan, Aku tidak kisah.

يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي ،
Wahai anak Adam. Jika dosa mu melangit tinggi, kemudia engkau memohon keampunan Ku, Aku akan ampuni diri mu, Aku tidak kisah.

يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً "
Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada ku dengan dosa seluas bumi, dan engkau bertemu dengan Aku dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan datang kepada mu dengan seluas keampunan.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, hadis no: 3491, hasan gharib]

#MMMR

[ad_2]

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor